Peminat Setia Doktor Pakar

Tuesday, March 04, 2008

Risau Keselamatan Pembedahan Telinga Anak

SOALAN:
Doktor, saya ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia 5 tahun. Anak saya dilahirkan dengan masalah yang dinamakan “Conginetal Left Microtia dan External Audiotory Canal Atresia”.

Saya telah dinasihatkan oleh doktor supaya menjalani ujian imbasan bagi mengetahui keadaan organ dalaman telinga (inner ear) sebelum rawatan atau langkah susulan diambil.

Menurut doktor tersebut, sekiranya organ dalaman telinga lengkap, disarankan supaya pembedahan dilakukan bagi membentuk saluran telinga dan cuping telinga luar.

Masalahnya, saya amat risaukan kesan sampingan yang dihadapi anak saya akibat pembedahan tersebut kerana pembedahan ini melibatkan kepala.

Adakah pembedahan ini akan melibatkan otak? Saya juga ingin mengetahui apakah kaedah pembedahan yang akan dilakukan dan adakah ianya biasa dilakukan?

Ibu bimbang

JAWAPAN:
Masalah “Conginetal Microtia dan External Audiotory Canal Atresia” adalah apa yang dapat diperhatikan di luar, iaitu ketiadaan ataupun saiz cuping telinga yang kecil, dan juga tiada pembukaan lubang telinga.

Ujian imbasan patut dilakukan terlebih dahulu untuk menentukan keadaan saluran telinga luar dan organ pendengaran iaitu koklea.

Seperti yang telah dinasihati doktor anak puan, jika struktur dalaman telinga berada dalam keadaan yang sempurna, pembedahan patut dilakukan untuk membentuk cuping telinga dan saluran telinga supaya gelombang bunyi dapat disalurkan ke bahagian koklea, seterusnya membolehkan anak puan mendengar seperti biasa.

Pembedahan ini mungkin dilakukan melalui beberapa tahap pembedahan. Kaedah pembedahan juga mungkin berlainan bagi pakar bedah yang berlainan.

Setiap jenis pembedahan akan ada risiko-risiko yang tertentu. Walau bagaimanapun pembedahan untuk masalah ini ia tidak akan melibatkan otak

Jika organ pendengaran dalaman anak puan tidak lengkap, saluran telinga tidak perlu dibentuk tetapi cuping telinga boleh dibentuk untuk tujuan kosmetik dan alat “bone anchored hearing aid” boleh dipasang untuk menolong pendengaran bunyi dari sebelah yang bermasalah, iaitu sebelah kiri untuk anak puan.

Saya syorkan puan menunggu sehingga keputusan imbasan berkenaan diperoleh dan membincangkan keputusannya dengan doktor pakar anak puan untuk rawatan selanjutnya.

Puan juga boleh membincang tentang kelebihan pembedahan tersebut selain risiko yang dihadapi anak puan.


Ditulis oleh:
Dr Loganathan Athanari
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT),
Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC)

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

2 comments:

  1. Doktor,Adik Saya Dilahir Kan Dengan Tidak Mempunyai Kedua Dua Cuping Telinga. Adik Saya Telah Menjalani Ujian Ctscan. Keputusan Doktor Mengatakan Adik Saya Tak Boleh Bercakap Dan Mendengar. Namun Apa Yang Berlaku Di Rumah Adalah Adik Saya Boleh Memanggil, Menangis Dan Ketawa. Apakah Rawatan Atau Pembedahan Yang Perlu Diambil Supaya Adik Saya Boleh Bercakap Seperti Kanak Kanak Normal?

    ReplyDelete
  2. Doktor, saya ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia 3 bulan. Anak saya dilahirkan dengan masalah yang dinamakan “Conginetal Left Microtia dan External Audiotory Canal Atresia”.
    sekarang ni saya tidak tahu nak rujuk ke hospital mana untuk rawatan selanjutnya...selepas bersalin,dr ada bg temujanji kat hospital kerajaan tetapi pada bulan november ini.saya rasa terlalu lambat untuk membuat rawatan awal.jadi saya ingin tahu hospital pakar (swasta) yang mana boleh saya pergi untuk membuat pemeriksaan telinga anak saya.

    ReplyDelete