Peminat Setia Doktor Pakar

Friday, March 28, 2008

Sakit Kepala Apabila Datang Bulan

SOALAN:
Doktor, saya gadis berumur 20 tahun. Masalah saya di sini ialah setiap kali saya dalam keadaan haid pasti saya akan mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Untuk menghilangkan sakit kepala saya mengambil Panadol.

Persoalannya, adakah saya boleh mengambil sebarang ubat atau pil makan dalam keadaan haid dan bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada mengalami sakit kepala yang teruk.

Untuk pengetahuan doktor, saya tidak pernah mengalami masalah senggugut ketika haid. Oleh itu, saya berharap sangat doktor dapat memberikan penjelasan kepada persoalan saya ini. Sekian, terima kasih.

Nur,


JAWAPAN:

Dari ringkasan cerita yang diberikan, sakit kepala semasa haid yang dialami oleh saudari boleh dikaitkan dengan sindrom yang dinamakan Premenstrual tension syndrome.

Gadis-gadis yang mengalami sindrom ini boleh mengalami berbagai-bagai perubahan sebelum (lebih kurang seminggu) dan semasa haid.

Mereka boleh merasai sakit kepala, pening, rasa mual, muntah, letih dan sebagainya. Salah satu daripada tanda-tanda yang dinyatakan boleh dialami.

Ubat-ubat tahan sakit boleh diambil untuk sakit kepala semasa haid. Terdapat berbagai-bagai jenis rawatan untuk sindrom yang dinyatakan.

Jika sakit kepala tidak boleh dikawal dengan ubat tahan sakit atau terdapat tanda-tanda lain seperti muntah atau perubahan pada penglihatan, anda mestilah mendapatkan nasihat doktor.


Ditulis oleh:

Dr S. Silvam
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan,
Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Selangor

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

1 comment:

  1. saya berumur 18 thn...sya selalu sakit kepala dan tak kira masa..saya pernah pergi klinik tapi di marahi oleh doktor kerana sakit kepala jarang di hadapi oleh orng muda dan saya di gelar nenek tua oleh doktor itu...saya x di beri sebarang ubat.. kepala saya selalu berasa kebas..kadang kala sebelah tgn saya jugak berasa kebas..saya memakai cermin mata pada usia 13 thn..sekarang saya terpaksa makan ubat thn sakit...saya harap ada doktor yg boleh tlong saya..dgn mehubungi no telefon saya 0178265154..saya mengharapkan perjelesan doktor..

    ReplyDelete