Peminat Setia Doktor Pakar

Tuesday, March 04, 2008

Kempen kesihatan Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2008

Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diadakan pada 8 Mac setiap tahun, Pusat Perubatan Gleneagles Intan akan mengadakan Kempen Kesihatan Wanita bertajuk ‘Inspire, Aspire, Empower’.

Orang ramai dijemput hadir ke program ceramah kesihatan dan kecantikan yang diadakan, di samping pakej ujian saringan (ThinPrep, pemeriksaan payudara) dan khidmat nasihat eksklusif berharga RM85.

Kempen ini akan diadakan pada 16 Mac dari pukul 11 pagi di Auditorium, Tingkat 8, Bangunan Suite Perundingan Perubatan, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Masuk adalah percuma dengan cenderahati menarik, baucer diskaun pakej pemeriksaan serta jamuan ringan akan disediakan untuk orang ramai yang turut serta.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Samiha di talian 03-42552892 atau Sheemi di talian 03-42552761.

No comments:

Post a Comment