Peminat Setia Doktor Pakar

Tuesday, March 18, 2008

Risiko Otak Gegar

SOALAN:
Doktor, baru-baru ini anak saya yang berusia lima bulan telah terjatuh dari katil yang agak tinggi dalam keadaan terlentang di lantai papan. Apabila terjatuh bayi saya hanya menangis yang sangat sekejap dan kelihatan sedikit terkejut. Saya khuatir berlaku gegaran otak atau kecederaan di dalam kepalanya.

Setakat ini, bayi saya tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan misalnya, mengalami sawan, muntah atau menangis tidak henti-henti. Malah kelakuannya adalah seperti biasa. Soalan saya, apa yang boleh menyebabkan gegaran dan kecederaan pada otak bayi?

Adakah semestinya setiap kali kepala terhentak akan menyebabkan perkara tersebut? Adakah kemungkinan bayi saya akan mengalami kesan pada fizikal dan mentalnya di masa akan datang? Perlukah saya membawa anak saya berjumpa dengan doktor pakar?

Adakah amalan pengambilan zat-zat makanan tertentu seperti kalsium dapat membantu mengurangkan risiko gegaran dan kecederaan pada otak? Harap mendapat penjelasan doktor. Sekian, terima kasih.

Ibu Runsing,
Kuala Lumpur


JAWAPAN:
Terima kasih kembali di atas pertanyaan puan. Otak manusia mempunyai beberapa lapisan perlindungan bagi mengurangkan risiko kecederaan kerana ia adalah salah satu organ yang penting untuk membolehkan kita berfungsi secara normal.

Otak kita terletak di dalam tempurung kepala dan dikelilingi oleh cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat apabila berlaku kecederaan.

Kecederaan otak boleh berlaku sama ada melalui trauma seperti jatuh atau gegaran yang kuat terhadap bayi iaitu jika bayi digoncangkan dengan kuat (sindrom bayi goncangan).

Seperti yang telah dinyatakan tadi, otak manusia mempunyai banyak lapisan perlindungan. Oleh itu, otak hanya akan tercedera atau mengalami gegaran yang kuat jika terjatuh dan terus menghempap kepala.

Kepala yang selalu terhentak tanpa impak yang kuat tidak akan mencederakan otak.

Bayi yang terus menangis sejurus selepas terjatuh merupakan satu petanda baik berbanding jika bayi terus terdiam atau pengsan selepas jatuh.

Jika tiada kesan seperti muntah, menangis yang berterusan atau sawan selepas 48 jam, besar kemungkinan jatuh tersebut tidak mempunyai kesan terhadap otak. Ini juga tidak akan mengganggu kesihatan fizikal dan mentalnya pada masa akan datang.

Pemeriksaan doktor boleh memberikan kepastian yang bayi tidak mengalami sebarang masalah akibat insiden tersebut.

Bayi yang masih menyusu akan mendapat bekalan kalsium yang cukup dan penambahan kalsium dalam makanan tidak akan menjamin bahawa otak tidak akan tercedera apabila terjatuh kerana trauma adalah suatu yang mekanikal.

Pastikan bayi anda tidak ditinggalkan di tempat yang tinggi seperti di atas katil bersendirian kerana pada usia lima bulan, mereka sudah mula berpusing dan terdedah kepada bahaya seperti terjatuh.


Ditulis oleh:

Dr Roliza Ibrahim
Pakar Pediatrik,

Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

18 comments:

  1. salam dr Roliza..sy ana...skrg bf sya dalam keadaan koma kerana mengalami pendarahan otak..2mngu lepas die baru sahaja selesai menjalani pmbedahan buang tumor pada otak dan alhmdulh tumor 2 berjaya dibuang...cuma sekarg sya nak tau masih ade x peluang die nak idup?..dan saya nak tau brapa lame die akan koma?saya dh bntu xtau nak tye sape pasl ni..pls dr...inform kan saya..

    ReplyDelete
  2. Salam Dr. Rozila..nama saya abg syafiqnurain. saya sering kali mendengar bunyi buih2 dalam kepala saya. tidaklah menyakit kan, untuk masa sekarang.tetapi kadang2 terasa pening sedikit. perkara ini berterusan setiap hari. tapi bunyi buih tersebut hanya berlaku selama kurang dari 10 saat setiap kali.ia berlaku lebih dari 2 kali sehari.

    Saya sangat takut akan terjadi perkara yang lebih teruk berlaku pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. salam.. saya Lana. 1 bulan lps sy tergelincir dalam blik mandi. Kepala sya (bahagian belakang kepala) terhantuk dengan kuat pada lantai. selama seminggu sya mengalami pening-pening dan sakit kepala. tetapi sekarang kesan itu tidak lagi sy rasai. cuma kadang2 ada juga terasa sakit kepala ketika sya berbaring...apakah kemungkinan saya mengalami gegaran otak?

    ReplyDelete
  4. salam,saya bellaa ..
    tahun lepas ,sya mengalami gegaran otak akibat tergelincir disebabkan lantai licin ,saya nak tahu kenapa semenjak itu ,saya sering lupa contoh harini saya cakap besok saya tak ingat ?

    ReplyDelete
  5. Salam Dr. Roliza,

    Saya Mary, baru2 ini adik lelaki saya telah terlibat dlm kemalangan motosikal dan telah di masukkan ke ICU, doktor telah mengesahkan bahawa adik saya telah mengalami gegaran otak yg kuat. Namun sekarang ini adik saya kini bertambah baik, tetapi selepas kejadian itu..percakapan/perbualannya tidak seperti dlu lagi...perangainya seperti keanak anakan, sedangkan sekarang ini beliau telahpn berumur 18tahun...memang doktor jg telah memberitahu yg semua itu adalah kesan daripada gegaran otak...

    Jadi Dr. di sini pertanyaan saya ialah, adakah keadaan adik saya yg seperti keanak anakan itu akan berterusan, ataupn ia hanya sementara saja, dan adakah alternatif lain untuk memulihkan otak adik saya.

    sekian...

    ReplyDelete
  6. salam Dr Rozila...

    saya ainil,mak saya telah mengalamisatu pembedahan tumor tirod,pembedahan berjaya tetapi selepas 4jam,dia mengalami pendarahan di kawasan pembedahan,disebabkan hosptal lambat mengambil tindakan mak saya sesak nafas dan terus pengsan...jantung mak saya terhenti selama 3 minit...sekepas pembedan membuang pendarahan mak saya telah koma selama 8 hari...baru sedar tetapi dia hanya boleh buka mata sahaja...apakah kesan kepada otak mak saya dan punca mengapa mak saya hanya boleh buka mata sahaja,tetapi angota badan lain tidak boleh bergerak??

    sekian..

    ReplyDelete
  7. salam Dr.saya samantha,adik saya terjatuh terlicin di bilik mandi beberapa hari yang lalu, dia pngsan 2 minit dan muntah selepas sedar.apabila dihantar ke hospital dan di xray,tidak didapati ssuatu yg luar biasaa dan didiscaj keesokkan paginya,namun apa yang merunsingkan ialah,dia sering merasa loya dan kadang2 akan muntah,selain itu dia merasa pening terutama apabila lama berdiri dan berjalan.Dia juga kelihatan sangat lesu,dan sering merasa mengantuk.tidak ada kesan lebam pada kepala dan perlakuannya seperti biasa,..berapa lama tempoh adik saya akan pulih sepenuhnya.?adakah ini akan menjadi lebih serius sehinggakan memberi kesan yang lebih teruk jika berterusan.

    ReplyDelete
  8. Salam DR.Roliza,
    saya azie dan saya ada masalah yang hendak ditanya kepada Dr.
    saya kerap mengalami sakit kepala dan ada masanya kesakitan itu terlampau sampai saya rasa semua benda disekeliling saya berpusing dan rasa hendak pengsan. Ada masanya, penglihatan kabur saya dan rasa loya. Adakah ini tanda-tanda awal barah otak?

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum DR ROLIZA,saya Muhamad Nazri,suatu ketika dahulu saya mengalami satu kemalangan jalan raya ,kepalasaya mengalami satu hentakan yang kuat,selepas 3 hari kemalangan itu berlaku tiba2 saya pengsan dan mengalami tarik/fit,selepas mendapatkan rawatan hospital,DR yg merawat saya mengatakan saya mengalami penyakit epilapsy akibat drpada gegaran itu.apakah cara utk saya mengubatinyA?

    ReplyDelete
  10. salam. dr. saya Ernieza ., suatu ketika dulu (pada tahun 2009) saya giat aktif dgn sukan .. terutamanya, pencak silat. Pada masa itu saya terpilih untuk join sukma bg mewakili daerah selangor. tapi malangnye, saya ditimpa musibah. Pada waktu itu, saya dan rakan membuat aksi yg cukup membahayakan. kerana kami menggunakan alat2 yg tajam dan keras. (kayu rotan yg tebal dan parang sudah ditumpulkan tapi masih juga tajam).. keadaan yg belaku terhadap saya itu, rakan telah memegan sebatang kayu rotan itu utk membuat aksi pengakhiran yang mana saya sebagai pihak lawan akan mati dalam mesej yg kami sampaikan itu dengan menggunakan salah satu alat yg ada. Kemudian rakan saya cuba menjatuh kan saya di lantai setelah itu saya kononnya cuba bangun sedikit sahaja. tetapi pada masa itu, rakan saya akan memukul saya dgn kayu rotan itu tanpa sentuh. seblum itu, kami dberi masa 3 minit utk membuat aksi berkenaan dalam acara tempur.. jadi dlm beberapa saat jer, rakan saya terus menghuluskan kayu rotan menuju di kepala saya dan saya terus rebah kan kepala , sehingga terasa berpusing2... telinga terus saya kurang pendengaran .. maka automatik, saya tak leh nak bangun.. sehingga kini, saya masih terasa sakit.. sampaikan sy hentakkan di dinding.. cukup memeritkan.. ble bwa kite terasa kite berjlan dgn sendiri.. sdgkan wktu itu lampu isyarat masih merah.. tolong dr.roliza bantu sya.. sy dh makn ubt tetap tidak jalan. ble nak makan sy muntah semula pil2 itu.. sampaikan dr yg sy pergi itu tidak tahu ingin memberi ubat apa.. ubt tahan sakit juga tidak dapat bantu saya.. tolong dr...

    ReplyDelete
  11. salam dktr sy dh mnjalani pembedahan msukkn semula tmpurung kpla.... dan sy dapati tempurung kpla bhgian yg diletakkan ada cm lekuk2 berbanding sebelum ini.... adakah sy tmpurung kpla sy tdak brfngsi dan semakin mengecil? tetapi sy xberasa sakit....

    ReplyDelete
  12. salam doctor, dalam masa 3 minggu ni saya selalu pening kepala especially bila makan/minum. Adakah ini normal atau symptom kepada 1 penyakit? terima kasih

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    Dr.Roliza,
    Saya nik,saya baru seminggu kemalangan dan kepala saya terhantuk.Semasa kejadian saya pengsan.Selepas kejadian itu saya selalu sakit kepala dan pening-pening rasa seperti mahu pitam.Kenapa ya???

    ReplyDelete
  14. Assalam doc.. sy Kee berumur 23 tahun... hampir dua minggu lepas sy pengsan dan jatuh ke depan dan kepala sy terhantuk ke lantai dengan kuat.. selepas beberapa hari bagahian depan kepala sy sangat sakit... kawasan mata dan dahi... adakah sy perlu membuat pemeriksaan ke hospital? Apa risikonya sekiranya sy terlambat membuat pemeriksaan... kerana sakit yg sy alami itu masih berlanjutan sehingga saat ini...

    ReplyDelete
  15. salam doktor kepala saya baru saja dihempap besi berat di funfair tetapi saya tidak berasa sakit atau pening. adakah itu normal?

    ReplyDelete
  16. Salam doktor...2 hari lepas suami saya kemalangan,nak elak kereta tapi suami saya jatuh dan kepalanya terhentak.. suami saya masih boleh bangun tapi keadaannya menjadi bingung dan asik tanya soalan sama berulang ulang.. suami saya juga lupa macam mana dia boleh eksiden..
    Saya telah mendapatkan rawatan di klinik tapi doktor mengesahkan tiada kecederaan serius..
    2 hari lepas kejadian hidung suami saya berdarah dan terus pergi hospital tapi hospital mengesahkan tiada kecederaan serius..
    Saya nak tanya betul ke tak serius atau doktor sengaja tidak mahu memberikan rawatan...

    ReplyDelete
  17. Salam DR, saya pernah mengalami hentakkan kepala ketika kemalangan usia bawah 12 tahun, semakin saya membesar dan dewasa saya menjadi selalu lupa dan sukar faham ketika orang bercakap, dan kurang fokus sampai kawan-kawan selalu mengejek saya asyik lupa dan blur.. lepas tu saya akan stress dn down (kemurungan) sebb saya tak macam orang lain. kadang-kadang ada masa2 saya akan blank macam kertas hitam. benda yang saya minat kadang2 saya lupa walaupun saya cuba sedaya untuk ingat. otak saya kadang2 lembap untuk berfikir. Adakah ini disebabkan kemalangan saya yang dulu je? saya pernah dengar penyakit tentang alzheimer.. adakah ini petanda alzhaimer? berkemungkinan tak akan kena alzhaimer? saya mohon sangat penjelasan doktor..

    ReplyDelete