Peminat Setia Doktor Pakar

Monday, March 17, 2008

Hiperhidrosis: Peluh Basah Menitik-Nitik

SOALAN 1:
Doktor, saya pemuda berusia 24 tahun, mengalami penyakit yang agak luar biasa berbanding insan normal lain. Sejak 10 tahun yang lalu, keadaannya tetap sama sahaja sehinggalah sekarang. Peluh yang berlebihan di telapak tangan dan kaki membuatkan saya tertekan.

Saya malu untuk bersalaman dengan kawan-kawan kerana ia bagaikan mengalir setiap masa. Kadangkala apabila berjabat tangan dengan sesiapa pun jua, pasti mereka akan mengelap kembali tangan dia orang seolah-olah jijik akibat peluh yang membasahi tangan saya.

Kalau boleh, saya mohon penjelasan doktor tentang punca-punca berlakunya penyakit ini dan istilah perubatan bagi penyakit ini. Adakah ia boleh diubati dan berapakah pula kos yang terlibat untuk saya kembali normal? Di manakah boleh saya merujuk penyakit saya ini?

Semoga doktor dapat membantu saya menghadapi masalah yang merunsingkan fikiran saya ini sejak sekian lama. Terima kasih doktor.

Skutter Biru,
Pelabuhan Klang, Selangor

SOALAN 2:
Doktor, saya berusia 21 tahun dan menghadapi masalah perpeluhan yang berlebihan terutamanya di bahagian tapak tangan dan bawah lengan. Saya ada terbaca mengenai penyakit ini yang kalau tidak salah saya dikenali sebagai, hiperhidrosis?

Keadaan ini menyebabkan saya begitu malu untuk berdepan dengan orang ramai. Bolehkah doktor terangkan puncanya dan kaedah rawatannya serta adakah ubat yang khusus untuk mengubati penyakit ini?

Rosiah


JAWAPAN:

Masalah perpeluhan yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan dan bawah lengan di dalam istilah perubatannya lebih dikenali sebagai hiperhidrosis.

Hiperhidrosis dibahagikan kepada dua jenis iaitu primer (atau idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya) dan hiperhidrosis sekunder yang disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti hypertiroidism, kencing manis/diabetes, tuberkulosis/batuk kering, obesiti, kehamilan serta menopaus.

Hiperhidrosis primer biasa berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun, tetapi ia boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja.

Punca sebenar hiperhidrosis primer tidak diketahui dengan tepat. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit ekrin kelenjar peluh di seluruh badan, tetapi paling banyak di tapak tangan dan kaki.

Kemungkinan kedua adalah aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh normal, menyebabkan kelenjar menghasilkan peluh secara berlebihan.

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini manakala jenis rawatannya pula bergantung kepada tahap masalah.

* Rawatan topikal: Jika masalah hanya sedikit, penggunaan ubat sapu atau antipeluh yang mengandungi 12 hingga 20 peratus aluminium klorida boleh membantu mengurangkan peluh.

* Rawatan sistemik: Ubat makan mengandungi agen antikolinergik seperti glycopyrrolate dan amitriptyline boleh mengehadkan aktiviti saraf simpatetik dan ini mengurangkan pengeluaran peluh yang berlebihan.

* Suntikan Botulinum Toksin A (Botoks): Suntikan Botoks juga digunakan untuk merawat hiperhidrosis aksilari dengan melumpuhkan saraf yang merangsang kelenjar peluh.

* Iontoforesis: Iontoforesis adalah kaedah di mana air mengalirkan arus elektrik dari alat khas melalui permukaan kulit dan ini menyebabkan produksi kelenjar peluh terencat.

* Pembedahan simpatektomi torasik endoskopi (endoscopic transthoracic sympathectomy/ETS): Pembedahan dilakukan dengan memotong (clipping) saraf simpatetik yang merangsang kelenjar peluh terlibat.

Suka saya menasihatkan baik Rosiah, Skutter Biru atau para pembaca lain yang menghadapi masalah serupa agar mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor pakar kulit (pakar dermatologi) terlebih dahulu untuk memastikan sebab dan rawatan yang tepat.


Ditulis oleh:
Dr Noraziah Andul Kadir Jailani
Pakar Perubatan Am dan Dermatologi,
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

29 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam
    Dr.saya mengalami keguguran rambut.berumur 39thn.adakah rawatan yang berkesan untuk merawatnya..?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah cari minyak zaitun.. minum satu sudu waktu pagi... dan sapukan dikepala... minyak zaitun bleh didapati dipasaraya...

      Delete
  3. salam...
    dr. saya mempunyai masalah berpeluh bukan di tapak tangan atau kaki..tapi satu badan dan paling ketara berpeluh di muka...apabila saya nervous saya berpeluh sama seperi saya berlari 2.5km..kadang-kadang saya duduk tanpa melakukan aktiviti pon berpeluh macam orang melakukan sesuatu kerja berat...jantung saya juga berdegup laju macam nak pecah dan tangan menggeletar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama..sy pun mengalami masalah sedemikian rupa..kadang2 malu untuk berhadapn dgn org ramai.apa lg bila bertemu dgn org ramai..

      Delete
  4. salam..
    dr, saya menghidapi masalah berpeluh di seluruh badan. yang paling teruk pada bahagian muka,badan dan tangan. saya malu untuk berinteraki dengan orang abapila mereka melihat saya berpeluh. kadang-kadang, bila saya duduk di bilik yg b'aircond pun saya boleh berpeluh. saya nak sangat masalah saya ni cepat d'selesaikan. saya malu sangat-sanagt

    ReplyDelete
  5. Salam ,,
    Saya sdh membuat pembedahan hyperhidrosis tp lps bt pembedahan peluh byk kluar kt Badan.smpi basah
    Saya walaupun Saya hanya duduk lepak kt kedai kopi Dgn kwn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. be your self.... sampai sekarang ke masih lagi berpeluh kat belakang??? sebab saya baca artikel katanya ia bersifat sementara....

      Delete
    2. cuba minum 100 plus atau air cincau bagi menyejukkan badan

      Delete
  6. saya juga sudah menjalani pembedahan ETS baru2 ni....ALhamdulillah tapak tangan saya x lagi basah.... tapi ianya beralih pulak kat belakang badan n peha saya...sama mcm be your self....sampai basahhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole wasap saya tak 0199585631 nak tahu lebih lanjut... Plesea

      Delete
  7. nak tanya,berapa kos rawatan utk pembedahan ETS??

    ReplyDelete
    Replies
    1. asraf ... xmahal pon x sampai RM500.00 di HSA JB...sy buat kat situ...berbaloii

      Delete
    2. boley trg kn ksn lps bt pembdhn.. huhuhu.... i need to know... hhuhu

      Delete
    3. KESAN dia peluhh awk akan bergalih kat belakang badan n peha...but leh cover lagi pakai t-shirt ke...hape ke...Tp alhamdulillah tapak tgn saya 100% peluh da ilang..ketiak 90%& kaki 60%sahaja(tetap peluh jugak) Tp syukurr sgt sebab ketiak n tgn dah kering..pakai baju apa pun da x malu lagik...;P ermmm kesan lepas bedah xler teruk mana pon tp nama pon bedah..mmg sakit sikit la..tp dalam 2mggu dah baik sepenuhnya...kalo ade apa2 pertanyaan leh email je kat saya nanahakimi84@gmail.com

      Delete
  8. yang air ade letrek tu da wat,xjadi,..yg mkn ubt tu pun da wat,xjadi gk..sapu ubt,xjadi gk..nk yg botox tu mcm agk costing ngat..tggl pembedahan je..tp yg tu doc mmg ade bgtau,peluh still akn ada kuar tp kt tmpat len pulak dia pegi..same mcm yg da penah wat bedah tu..

    ReplyDelete
  9. im 24 and have this hiperhidrosis since i was 22,kaki,tangan,ketiak,paha,belakang badan.even if u put me in the refrigerator sekali pun i tetap berpeluh tahap (banjir kilat)sangat terkanan terutamanya di bahagian ketiak bab sukar utk saya hide it.
    i found this product call perspirex googel it bukan nak promote cuma i tau benda ne dari 1 blog hiperhidrosis.for now ia berkesan pada saya tapi mungkin tidak pada semua org,tahap kekeringan ketiak(kemarau)1 sapuan tahan hingga 3-5 hari tapi klu saya tak pakai banjir kilat muncul kembali.so this product is a temporary thing la.im more in2 the permanent thing like pembedahan,rm500 i ingat it cost like rm5000 thank god.rm500 cost utk bahagian mana?sakit ker?utk bahagian ketiak berapa cost?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.....kos dia x sampai pon RM500.00 tp operate di hospital kerajaan....memandangkan sy pon kije swasta so kena la bayar...kalo keje gomen F.O.C....agaknya kena bayar duit pendaftaran jek kot RM30..hehhehe..setahu saya kalo operate Hiperhidrosis ni xde utk bahagian2 mana..dia merangkumi semuanya.....ketiak kaki tgn...Adatler ...nama pon operate,,,mmg sakit..tp sementara sahaja...sebab pikir nak baikkk je..hehhehe

      Delete
  10. nak tanya pembedahan u buat kat hospital mane??

    ReplyDelete
  11. Doc, sy mengalami msalah peluh di muka, terlalu banyak peluh keluar. Kadang2 bila keluar bejalan dgn kawan, sy sorng je bepeluh, kawan semua kering. Smpai malu untuk bercakap dgn kawan. Dan kadang2 juga sy sering ponteng kelas.sbb malu dgn keadaan sy yg kuat peluh. Sy pun x tau mcm mana nk atasi masalah ni. Sy cuba selesai kn msalah sendiri dgn dgn mencari petua2 di google. Ternyata tidak berkesan. Sy harap doc dapat membantu msalah sy ini.

    ReplyDelete
  12. Blh sharong dgn saya tgt pmbedahan ni.. d mana n lokasi d kl kt mana blh saya buat sbb ketiak saya kuat berpeluh.. apabila berpeluh ia akan kluar sdikit bau dan mnyebabkan saya sndri jd tidak selesa. Saya sudah lama tinggalkan mkn makanan yg blh mngeluarkan bau mcm bawang kari n sbgainya. Tak semua jnis deadoran blh saya pakai. Skrg saya amalkan pakai kapur sirih. Tolong watsap saya.. 0176515657. TQ

    ReplyDelete
  13. Sy kuat berpeluh sekitar kepala dan muka. Bila berjalan dari rumah menuju ke stesen lrt dlm 5 minit..mesti tudung akan basah sbb berpeluh. Berkesan tak if operate?

    ReplyDelete
  14. Sy kuat berpeluh sekitar kepala dan muka. Bila berjalan dari rumah menuju ke stesen lrt dlm 5 minit..mesti tudung akan basah sbb berpeluh. Berkesan tak if operate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm sy.. Berpeluh di kepala dan blkg bdn.. Sgt2 x selesa, kjap je tudung n baju basah wlu x buat apa2.. Mcm mna la nk buat ye 😥

      Delete
    2. Sama mcm sy.. Berpeluh di kepala dan blkg bdn.. Sgt2 x selesa, kjap je tudung n baju basah wlu x buat apa2.. Mcm mna la nk buat ye 😥

      Delete
  15. Sy peluh di bhgn kpla, muka,leher,bila kuar pasti tudung yg dipakai basah..fuhh..malu sangat bila org pndang2..time knduri nk tolong pun malu coz asyik lap peluh..sesiapa blh tolong sy dapatkn rawatan area kedah...

    ReplyDelete
  16. Lepas operation ets, mmg berpeluh dkt badan teruk ke? Saya baru 3 hari lpas operate..tp tgn, muka, mmg setitik peluh pn xde dah

    ReplyDelete
  17. Aslm dr..muke saye sllu kluar bnyk peluh.. knpe eh?

    ReplyDelete