Peminat Setia Doktor Pakar

Tuesday, March 18, 2008

Bengkak Dalam Hidung

SOALAN:
Doktor, saya menghadapi masalah bengkak dalam hidung yang berulang semula. Saya telah berjumpa empat doktor (termasuk seorang pakar telinga, hidung dan tekak/ENT) untuk mendapatkan rawatan.

Setiap doktor memberikan diagnosis yang berbeza-beza iaitu polip, bisul, jangkitan virus dan sista. Biasanya, apabila mendapat rawatan, saya diberi antibiotik, ubat penahan sakit dan/atau ubat untuk menyurutkan bengkak/polip.

Doktor pakar pula kata, langkah terakhir jika bengkak tidak surut adalah dengan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cecair di dalam sista. Saya benar-benar risau kerana bengkak di dalam hidung berulang pada awal Mac 2007.

Ia tidak sembuh sepenuhnya walaupun setelah saya memakan ubat selama dua minggu pertama. Seboleh-bolehnya saya mahu mengelakkan prosedur pembedahan dan tidak mahu mengambil antibiotik terlalu banyak. Apakah sebenarnya penyakit saya ini doktor?

Atie


JAWAPAN:

Satu soalan yang sangat penting bagi menjawab soalan saudara ialah di bahagian mana di dalam rongga hidung timbulnya bengkak yang berulang.

Ini memerlukan pemeriksaan endoskopi hidung yang teliti dan ada kalanya memerlukan ujian radiologi dan pemeriksaan ini sebaiknya dilakukan pada masa bengkak tersebut jelas ada.

Diagnosis seperti polip hidung, bisul, sista hidung dan sinus dan, hipertrofi turbinat hidung adalah beberapa keadaan biasa yang boleh menyebabkan bengkak.

Punca dan lokasi bengkak berbeza bagi setiap keadaan dan begitu juga kaedah rawatannya. Saudara dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan endoskopi hidung sekiranya masalah bengkak tidak sembuh.


Ditulis oleh:
Dr Abdul Razak Rahman Hamzah
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

6 comments:

  1. saya juga menghadapi masalah begini...
    malah makin parah bengkak dalam lubang ini tidak hilang..
    apa yang sy pasti ianya tumbuh didalam lubang hidung sebelah kanan..
    mengeluarkan cecair berwarna kuning.. dan kadang kala cecair kekuningan tu bila di pegang ianya akan terasa melekit..(seperti larutan air bergula)
    baru2 ni pula cecair keluar dari hidung berwarna kuning kemerahan (oren)..
    kadang bngakakan tu seakan2 membesar..
    dan kadang kala seperti ianya mengecil..
    apa yang patut sy buat?

    ReplyDelete
  2. saya juga bermasalah yang sama. kata pakar yang merawat saya punca cecair tersebut disebabkan saya mempunyai pertumbuhan gigi aktif selepas gigi kekal (hanya dibahagian depan). sekarang selepas xray kali ke 4 melibatkan tengkorak baru saya nampak gigi yg tumbuh di dlam gusi. disebabkan gigi itu tidak boleh keluar maka gigi itu membusuk di dalam gusi & akhirnya memakan tulang2 gigi lain.. jangkitan itu telah terkena bahagian sinus saya. & agak besar. Tanpa saya sedar selama ini saya yang tidak mempunyai masalah kesihatan atau sakit gigi, kini saya diuji dengan berita yang mengejutkan. saya dalam proses membuat ctscan untuk melihat jangkitan di dalam badan. Saya rumuskan luaran saya chat tetapi dalaman saya semakin merebak. Jalan penyelesaian terbaik adalah saya perlu membuang sarung pertumbuhan gigi aktif. selagi tidak dibedah sista itu akan merebak. dahulu saya bengkakan berlaku sekejap ada & sekejap besar.. tetapi kini bengkakan itu berterusan.dahulu doktor x dapat kenal pasti puncanya... kini baru nampak kesannya. malangnya sista itu telah membentuk sarang tersendiri di dalam rongga mulut saya tanpa saya sedari kehadirannya...kerana memang saya tidak pernah sakit.(sekadar perkongsian bersama--saya dijangkakan akan terlibat dalam pembedahan pada bulan ini juga)keputusan doktor masa belum keluar saya khuatir saya tergolong dalam pesakit kanser... :( mrs:nurul

    ReplyDelete
  3. doktor, baru-baru ini sy mengalami bengkak didalm hidung n keras... berdenyut dan sakit... sy telah pergi keklinik n dibekalkn ubat tahan sakit,antibiotik,susut bengkak n ubat sapu..tetapi sakit n bengkak masih tidak hilang... masuk hari ini da 4 hari sy menanggung kesakitan yg teramat sangat.. jikalau boleh sy ingin mengelakkn dr melakukan pembedahan..tolong lah doktor..apa yg harus sy buat.. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. doktor saya punya masalah didalamd kelenjar mengalami pembengkakan dimana terdapat di lubang hidung sebelah kan, sedangkan sebelah kiri masih normal,
    saya risaukan kalu makin besar bengkaknya,,,saya takut nanti kesulitan bernafas,,,,
    tolong jawabannya dokter;;;

    ReplyDelete
  5. CUBA ANDA BUAT RAWATAN RESDUNG TRADITIONAL . SAYA TELAH BUAT RAWATAN SECARA INI. INSYAALLAH ANDA AKAN BERJAYA.HUBUNGI 019-9398578 / 0139085945

    ReplyDelete
  6. Doktor anak sy berusia 1tahun5 bulan,sy ingin mengetahui samada ketulan didalam hidung itu penyakit atau bukan ye kerana,anak sy tidak menunjukkan simpton2 sebarang sakit hidung,adakah diselak hidung kita mempunyai kwsn yg mmg akn mengembang dan akan mengecut mengikut keadaan spt kdg2 sebelah kiri dan kdg sebelah kanan yg berada di dinding hidung berwarna ungu

    ReplyDelete