Senarai Doktor Pakar Yang Terdapat di Malaysia dan Bidang Kepakaran Mereka dan Soal Jawab Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Pesakit. Pakar Bedah, Pakar Bius, Pakar Oftalmologi, Pakar Ortopedik, Pakar Otorinolaringologi, Pakar Sakit Puan, Pakar Sakit Tuan,Pakar Traumatologi, Pakar Kanak-Kanak, Pakar Sakit Hidung, Telinga & Mulut (List of Specialist Doctor in Malaysia and Daily Health Information for Malaysian)
Peminat Setia Doktor Pakar
Sunday, March 15, 2009
Hari Sindrom Down Sedunia
Sambutan tahun ini juga penuh bermakna bagi Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), yang kini berusia lapan tahun, dan ahli-ahli dengan Sindrom Down yang bakal menikmati kualiti pendidikan yang lebih baik melalui Program Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sekolah-sekolah aliran perdana.
PKBP bakal dilaksanakan melalui Pelan Tindakan, Program Peningkatan Kualiti Pendidikan Murid Sindrom Down, yang telah dibentangkan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Ahli Majlis PSDM dan lapan ahli-ahli gabungannya dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Sarawak dalam satu mesyuarat pada 2 Mac lalu.
Kandungan pelan tindakan tersebut telah dibangunkan bersama oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Khas dan Ahli Majlis PSDM sendiri pada 2008.
Sememangnya kami di Persatuan Sindrom Down Malaysia serta semua ibubapa kepada anak-anak dengan Sindrom Down di seluruh Malaysia amat berterima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab dan berusaha keras dalam memberi peluang pendidikan dan latihan kepada murid-murid dengan Sindrom Down di seluruh negara melalui inisiatif murni ini.
Seikhlas hati kami berpendapat pegawai-pegawai di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin dan percaya kesemua golongan sasar akan diberi peluang yang saksama untuk menikmati dan menyertai sistem pendidikan negara.
Ini dilihat hasil inisiatif bahagian berkenaan membina perhubungan pintar dengan pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PSDM.
Melalui pelan tindakan tersebut, diharapkan kanak-kanak dengan Sindrom Down di seluruh negara kini dapat menikmati peningkatan kualiti dalam sistem penyampaian pendidikan khas.
Ini seterusnya membolehkan kanak-kanak ini menikmati kualiti hidup yang lebih baik kelak kerana pendidikan akan mengubah nasib serta masa depan seseorang individu, tidak kira sama ada mereka kurang upaya ataupun tidak.
Dengan itu, marilah kita meraikan Hari Sindrom Down Sedunia 2009 pada 21 Mac ini dengan penuh kesyukuran dan harapan untuk masa depan anak-anak yang lebih cerah dan terbela.
Ditulis oleh:
Profesor Madya Dr. Sharifah Zainiyah Syed Yahya
Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my
Sunday, March 16, 2008
Sambutan Hari Sindrom Down 2008 Kiwanis
Yayasan Sindrom Down Kiwanis dengan kerjasama Hospital Pakar Damansara akan mengadakan sambutan Hari Sindrom Down 2008 pada 21 Mac ini (Jumaat ) bertempat di Lobi Utama Hospital Pakar Damansara, 119 Jalan SS20/10, Damansara Utama.
Orang ramai dijemput hadir ke sambutan yang berjalan serentak di seluruh dunia ini, yang akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Sindrom Down Kiwanis atau Syimma di talian 03-78030179.