Peminat Setia Doktor Pakar

Tuesday, March 04, 2008

Anak Sering Keletihan, Mengantuk

SOALAN:
SAYA mempunyai dua orang anak yang sedang membesar. Kedua-duanya sedang belajar di sekolah menengah dengan jadual harian yang ketat. Saya kerap mendengar rungutan, di mana mereka sering kepenatan, mudah mengantuk yang turut memberi kesan kepada proses pembelajaran mereka. Apakah vitamin atau suplemen yang sesuai untuk mereka?

JAWAPAN:
Rehat yang mencukupi adalah ubat yang mujarab bagi melegakan keletihan. Namun begitu, faktor pemakanan juga tidak harus diabaikan kerana kekurangan nutrien juga turut menjejaskan fungsi normal tubuh. Tambahan pula, tuntutan kerja atau aktiviti harian menjadikan tubuh memerlukan lebih banyak nutrien.

Antara suplemen yang boleh diamalkan dan bermanfaat untuk anda termasuklah Spirulina. Spirulina membekalkan sumber protein yang lengkap selain beta karotena, mineral, zat besi, klorofil dan enzim dalam bentuk semula jadi untuk penyerapan optimum. Ia juga mengandungi asid lemak, iaitu GLA seperti yang dijumpai dalam susu ibu dan minyak evening primrose.

Spirulina turut membantu menguatkan sistem imun, memperbaiki kesihatan penghadaman dan gastrousus serta bersifat antioksida. Maka tidak hairanlah ia turut dikenali sebagai ‘superfood’.

Nutrien-nutrien ini bukan sahaja diperlukan untuk kecergasan fizikal, tetapi juga kecerdasan mental yang sangat penting untuk daya penumpuan dan proses pembelajaran.

Spirulina termasuk dalam kategori tumbuhan alga biru kehijauan dengan dinding sel yang lembut dan sangat senang untuk dihadam. Ia merupakan sejenis pemakanan lengkap yang sesuai untuk semua peringkat usia. Spirulina organik seharusnya menjadi pilihan kerana ia didapati mengandungi nutrien yang lebih tinggi berbanding dengan bukan organik. Selain itu anda juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin B kompleks setiap hari, sebaiknya selepas sarapan pagi. Ia boleh diamalkan secara berterusan untuk kesan yang lebih memuaskan.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment