Peminat Setia Doktor Pakar

Wednesday, March 05, 2008

Sinusitis Kronik, Nafas Berbunyi

SOALAN:
Doktor, saya berusia 17 tahun. Sejak empat tahun lalu saya sering sakit di hadapan kepala terutamanya pada waktu cuaca sejuk seperti hujan dan di tempat berhawa dingin.

Pada waktu lain pula, tidak kira malam atau petang, bahagian ubun-ubun saya juga berasa sakit.

Saya tidak mempunyai luka atau lebam pada kepala saya tetapi sakit kepala ini turut membuatkan hidung saya berasa panas.

Saya lebih suka duduk apabila sakit kepala dan selepas lima minit saya akan bangun tetapi pandangan pula menjadi kabur sehingga berjalan terhuyung-hayang.

Saya juga sukar hendak bernafas ketika bercakap kerana nafas berbunyi seperti bersiul.

Saya seorang pendebat di sekolah, kerana kesukaran bernafas ini, perkataan yang saya tuturkan sukar difahami terutamanya dalam bahasa Inggeris.

Tahun hadapan pula saya akan menyertai PLKN. Apakah masalah saya ini?

Aurora,
Banting, Selangor

JAWAPAN:
Sakit kepala di bahagian hadapan kepala selalunya dikaitkan dengan sinusitis. Masalah ini mungkin menjadi lebih serius di tempat yang berhabuk mahupun di tempat yang sangat sejuk.

Sinusitis juga boleh disebabkan oleh pembukaan rongga sinus tersumbat. Memandangkan sakit ini berterusan, ia mungkin sinusitis kronik (tidak diiringi dengan demam).

Simptom-simptom lain yang anda alami mungkin disebabkan oleh bengkak di rongga hidung atau pernafasan yang berpunca daripada kahak dari rongga sinus.

Kahak ini mungkin menitis keluar secara berterusan ke dalam rongga hidung dan ke belakang ke rongga pernafasan (larinks).

Ini boleh menyebabkan rintangan kepada udara ketika bernafas dan memberikan bunyi seperti bersiul.

Sakit kepala sebegini pula boleh juga disebabkan oleh gejala-gejala lain seperti migrain dan sebagainya.

Saya syorkan supaya anda berjumpa seorang pakar ENT supaya pemeriksaan endoskopi sinus dan diikuti dengan imbasan CT di bahagian kepala dan sinus boleh dilakukan untuk diagnosis yang tepat dan dirawat dengan sewajarnya.


Ditulis oleh:
Dr Loganathan Athanari
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT),
Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC)

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

1 comment:

  1. Sy berumur 33 thn dn mempunyai ank 5 org..doktor ent menyatakan sy mengidap.Rhinosinusitis! Mslhya sekarang hidung sy terlalu kerap tersumbat walaupn baru menyedut nasal spray..Kekadang sy pyh nk menelan air liur ini membuat jantung2 berdebar2 dn Sy kerap sesak nafas terutama waktu mlm! Suami sy menghantar sy ke hospital tp doktor emergency kata x boleh buat apa2 kerana ini perlu rawatan dari doktor ent! Seluruh tangan n kaki berasa semut2 dn sy x blh berjalan kerana terhoyong-hayang.dn mata menjadi kabur...kerana penyakit inilah sy kehilangan kerja...bile.sy menceritakan.mslh sy pd.ent doktor..idung sy.ok je..itu yg sy pelik nape lendir byk keluar n laju turun ke tekak...lendir sy berwarna putih dn byk sehingga sy x boleh tido asyik meludah.membuang.lendir! Tlg lah doktor..sy org susah n sekarang x.bekerja...sy mau kehidupan spt dulu..sy ingin bekerja semula.agar dpt menyara ank2 sy..tolonglah saya..

    ReplyDelete