Peminat Setia Doktor Pakar

Monday, March 17, 2008

Jangan Pandang Ringan Hidung Berdarah

Mungkin anak anda pernah mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba. Sebagai ibu tentu keadaan itu agak mencemaskan, maklum sahaja darah keluar dengan banyak melalui hidung anak secara tidak henti-henti.

Tanpa berlengah anda menyuruh anak ke bilik air, cuba menghentikan darah dengan memicit batang hidung, membersihkan dengan air, kemudian menyuruh anak berbaring.

Tetapi tahukah anda, langkah yang diambil itu tidak betul?

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dari sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr. Abdul Hakim Jaafar, apabila ibu atau bapa berhadapan dengan masalah tersebut, mereka dinasihatkan agar tidak cepat panik.

“Sebaliknya anda harus mengambil langkah seperti mengarahkan anak bertenang, duduk, bernafas melalui mulut seterusnya picit bahagian lembut hidung iaitu tulang rawan hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk,” katanya.

Kata Abdul Hakim, langkah tersebut perlu dilakukan segera bagi menghalang darah terus keluar dari hidung.

Membincangkan lebih lanjut mengenai pendarahan hidung atau epistaxis, katanya, ia merupakan perkara biasa yang berlaku terutama di kalangan kanak-kanak.

Bagaimanapun, masalah tersebut tidak harus dipandang ringan kerana ia juga mungkin memberi petanda kepada penyakit lain.

‘‘Adalah lebih baik melihat perkara normal dahulu, sebelum melihat kepada ketidaknormalannya,’’ ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menerangkan secara terperinci mengenai faktor penyebab terjadinya pendarahan hidung, beliau berkata, hidung berdarah boleh disebabkan berlakunya pendarahan hidung akibat luka pada lapisan dalam hidung,

Walaupun saiznya kecil, hidung mempunyai banyak salur darah halus yang berbaris di bahagian atas lubang hidung.

Permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap.

Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah luka. Kehadiran salur darah ini bertujuan membantu memanas dan melembapkan udara yang disedut ketika bernafas.

Oleh kerana salur darah ini hampir dengan kulit dalam lubang hidung, ini menyebabkan ia mudah terluka walaupun menerima hentakan kecil, terutama di kalangan kanak-kanak.

Luka

‘‘Sikap kanak-kanak yang suka memasukkan objek kecil ke dalam hidung juga boleh menyebabkan salur darah halus luka dan berdarah. Malah perubahan cuaca, alahan, selesema, bersin dan batuk juga boleh menyebabkan hidung berdarah,’’ ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada dua jenis. Satu daripadanya ialah anterior (pendarahan bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung).

Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka. Apabila kita menghembuskan nafas terlalu kuat atau terkena objek tajam seperti hujung kuku, darah akan mengalir keluar melalui satu daripada lubang hidung.

Pendarahan hidung anterior juga boleh disebabkan cuaca terlalu panas dan kering. Kekeringan membran hidung (lapisan luar dalam hidung) akan menyebabkan ia retak, menggelupas dan berdarah seperti yang biasa berlaku pada kanak-kanak.

Jenis kedua pula, ialah pendarahan posterior iaitu pendarahan yang bermula di bahagian hidung paling dalam yang mengalir ke mulut dan tekak ketika pesakit berdiri atau duduk. Bagaimanapun jenis ini jarang berlaku di kalangan kanak-kanak.

Beliau turut mengaitkan trauma kecil juga boleh berlaku apabila seseorang mengorek hidung dengan kuku tajam atau jari pada mukosa hidung yang radang. Ia juga terjadi apabila seseorang itu bersin dengan kuat.

Trauma membawa kepada luka pada lapisan membran hidung yang kaya dengan saluran darah.

Sementara itu katanya, tahap pendarahan bergantung kepada saiz dan jenis pembuluh darah terbabit. Jika satu arteri besar seperti yang terlibat, maka pendarahan menjadi serius dan tidak terkawal. Tidak terkecuali, rinitis ialah penyakit dalam rongga hidung yang berlaku akibat radang pada membran mukosa yang diserang virus atau bakteria atau sebagai satu tindak balas kepada alahan. Hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa akan menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.

Pendarahan biasanya sedikit dan berhenti dengan sendiri, tetapi boleh berulang. Pendarahan boleh dicegah dengan mengubati penyakit rinitis.

Kadangkala penyakit resdung juga boleh menyebabkan pendarahan. Begitu juga lapisan mukosa hidung yang terlalu kering akibat udara terlalu panas atau terlalu sejuk.

Turut dikaitkan dengan masalah pendarahan hidung ialah kesan sampingan penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin, warfarin dan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).

Katanya, rawatan kecemasan hidung berdarah perlu dilakukan segera untuk memberhentikan pendarahan dan mencari puncanya.

‘‘Ini sebabnya pendarahan hidung tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin berkait dengan penyakit serius dan berbahaya. Sesiapa yang ada masalah hidung berdarah perlu segera berjumpa doktor untuk mengetahui sebab pendarahan,’’ ujarnya.

Antara maklumat diperlukan ialah kuantiti darah (sedikit atau banyak) setiap kali mengalami pendarahan, berdarah dari lubang hidung kiri, kanan atau kedua-duanya.

Pendarahan

Selain itu, doktor perlu mengetahui sama ada pendarahan keluar melalui lubang hidung atau keluar melalui belakang hidung dan terus masuk ke mulut. Pendarahan akan berhenti dalam masa beberapa minit atau terus berdarah tanpa henti. Pendarahan berlaku buat pertama kali atau sudah sebaliknya.

Dr. Abdul Hakim berkata, kebanyakan kes pendarahan akan berhenti selepas tindakan di atas. Jika pendarahan masih berterusan, segera bawa pesakit berjumpa doktor pakar.

Langkah seterusnya dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi resusitasi kepada pesakit dan melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya.

Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi, jika perlu.

Apa yang perlu anda lakukan jika tiba-tiba anak anda mengalami pendarahan hidung

* Arahkan anak bertenang, duduk (jangan baring), dan bernafas melalui mulut dengan perlahan-lahan.

* Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Picit sekurang-kurangnya lima hingga 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika hidung masih berdarah terus picit lagi sehingga 10 minit.

* Anda juga boleh letakkan pek sejuk atau ketulan ais di atas tulang hidung.

* Arah meludah atau mengeluarkan darah dari mulut dengan perlahan (lembut). Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.

Bagaimana mengelakkan pendarahan hidung berulang

* Jangan mencederakan membram mukosa

* Sekiranya ada luka di membran mukosa, elak berpanas bersin dan mengangkat benda berat

* Rawat luka di membram mukosa sehingga pulih.


Ditulis oleh:
Roslah Othman

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

26 comments:

  1. betol ke hidung berdarah jangka hayat pendek?saya tak nak kehilangan seseorang..dokter kate serius..betol ke?please bg jawapan kt saya...apa yang harus dilakukan untuk sembuh?=(

    ReplyDelete
  2. macam mana kalau hidung berdarah setiap hari walaupun dalam kuantiti yang sedikit??? boleh dikategorikan dalam simptom ape??

    ReplyDelete
  3. tahun lps,pernah smpai 2mggu..setiap kali nk tdur je berdarah..
    sekarang terjadi balik..ni dah masuk 3hari..asyik berdarah..perlu check tak ?

    ReplyDelete
  4. setiap kali datang haid..hidung saya berdarah xpe ke???

    ReplyDelete
  5. murni ..assalamualaikum.. sy telah mengalami sakit dada kanan dan kiri membawa ke lengan dan kaki dan juga belakang dada..sakit dada slalu mnyebabkan sy sesak nafas dan sering terjaga dan x dpt tidur malam sbb sakit ..badan tersa letih ..batuk lebih daripada 5 bulan ,kahak berwarna putih berbuih – kuning coklat ..kadang2 ada sedikit darah dalam kahak , juga mengalami pendarahan hidung .. sy ingin bertanya adakah ini normal ?

    ReplyDelete
  6. Anak saya berusia 4 tahun sering berdarah hidung pada waktu malam iaitu semasa sedang tidur. Pendarahan berlaku agak kerap iaitu selang seminggu sekali. Tetapi ianya tidaklah berlaku berterusan. Maksudnya kadang kala ianya berlaku sebulan sekali...Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah ianya normal atau sebaliknya? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anak akak tidur tiarap tanpa bantal?? Atau pun kepala rendah dari badan??

      Delete
    2. anak saya tidur meniarap dan tanpa bantal.. tidur, bila bangun pagi tgk hidung berdarah. Adakan tidur meniarap salah satu punca hidung berdarah ketika tidur?

      Delete
  7. hai...saya ingin bertanya...anak lelaki saya kini berumur 10 tahun.sejak berumur 4 tahun lagi anak saya telah mengalami hidung berdarah.dulu tidaklah kerap hanya sesekali saja..namun sejak dia mula bersekolah dia mula menghadapi hidung berdarah dgn lebih kerap.pd mulanya saya ingat anak saya hanya panas lalu setiap kali hidung berdarah saya pakaikan cool fever dan pasang aircond dlm bilik tidurnya namum kejadian hidung berdarah makin kerap berlaku kebelakangan ini.waktu bersekolah pernah seluruh baju sekolahnya dipenuhi dgn darah.saya agak tertekan bila saya bawa anak saya pergi berjumpa doktor..maklumbalas yg saya dpt ialah anak saya tidak boleh berada dlm keadaan panas.saya buntu melihat keadaan anak saya harap saya dapat jawapan yg lebih terperinci ttg masalah ini.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun penah hidunh berdarah n jumpa doc..doc x kasi duk di tempat yg panas (di bwh terik matahari @cuaca panas) atau kering (dlm bilik @ruang yg beraircond yg terlalu sejku atau kita rasa kering @ duk dlm aircond n bila kita pgg diri kita dgn tgn sendiri yg sejuk tp rasa panas, selaluny pegang dahi)

      Delete
  8. terima kasih atas perkongsian info ini :)

    ReplyDelete
  9. salam..saya seorang suri rumah sepenuh masa..saya mengalami masalah seperti yang dikatakan di atas..dari umur saya 6 tahun..tapi sampai sekarang saya masih mengalami hal yang sama..umur saya sekaran 23 tahun..adakah ini akan merbahayakan kesihatan saya..saya mempunyai anak seorang..
    dari kecil saya alami perkara ini,cuma dikatakan panas yang sangat tinggi..tapi saya hairan..sekarang saya x kerap kluar rumah..bila penat hidung saya akan berdarah..harap dapt bagi jawapan ya..saya berharap sangat..

    ReplyDelete
  10. Bahaya jg hidung berdarah ne walaupun sedikit yer..thanks for sharing :)
    Follow kat sne :)

    ReplyDelete
  11. Punca Hidung Berdarah
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang bila kita korek hidung pun boleh terluka dan berdarah.
    Betapa sensitifnya kan.
    Salah satu sebabnya kekurangan vitamin C dan vitamin K dalam darah.

    ReplyDelete
  13. Sains Perubatan Telah menemui Cara baru Untuk pertempuran HIV AIDS DENGAN MENGGUNAKAN Seorang Lelaki bernama Dr Boadi !!
    NAMA SAYA Barbar Keltner. SAYA SAW A COMMENT ON BLOGS Positif DAN SAYA Akan LOVE TO TELL SETIAP BADAN CARA MY PERUBAHAN STATUS DENGAN Negatif dan SAYA Mendapat sembuh, dan AM Sekarang Saksi Hidup OF IT DAN SAYA RASA YANG Memalukan A ON ME JIKA SAYA TIDAK ovum INI LOVELY KISAH DENGAN ORANG LAIN dijangkiti DENGAN INI VIRUS BERBAHAYA. HIV TELAH Berterusan DALAM KELUARGA SAYA, SAYA HILANG KEDUA-DUA IBU BAPA DENGAN HIV. AND IT IS PAIN SO MUCH SAYA Masih TIDAK mampu Untuk Mengatasi .. Seperti Yang Kita SEDIA PERUBATAN TIDAK ADA Penyelesaian UNTUK IT..AND UBAT ADALAH SESEORANG SANGAT MAHAL .. SO memperkenalkan SAYA Kepada Seorang HERBAL pengamal DI AFRIKA .. SAYA MEMPUNYAI ADA KERJA UNTUK Menunaikan SO SAYA MENGAMBIL MASA UNTUK CHECK OUT ON HIM.I menunjukkan
    HIM SEMUA PEPERIKSAAN DAN KEPUTUSAN SAYA .. SAYA SUDAH teratur DENGAN HIV DAN TELAH TELAH MENGAMBIL TOLL ITS ON ME .. SAYA Telah membelanjakan Beribu-ribu dolar jadi SAYA memutuskan Untuk TRY HIM OUT WALAUPUN SAYA did'nt PERCAYA DALAM IT, SAYA WAS JUST CUBAAN IT kecewa kerana? DAN SELEPAS 14 HARI, beliau Memberitahu SAYA PERGI UNTUK PEPERIKSAAN PERUBATAN.
    DAN ANDA TIDAK PERCAYA Akan 5 DOCTORS BERBEZA DISAHKAN IT YANG AM NEGATIF ​​.. IT WAS LIKE DREAM A ,, SAYA JANGAN PERCAYA HIV HAS CURE..AM Sekarang Negatif ,, AM A WITNESS..I HIDUP TIDAK Tahu Bab bagaimana TERIMA MAN INI ? SAYA Hanya Mahu Membantu LAIN-LAIN DALAM APA CARA I CAN .. SAYA Telah menyertai Forum BANYAK DAN TELAH DISIARKAN INI Perakuan DAN BANYAK ORANG MEMPUNYAI MAIL DAN DIPANGGIL MAN INI PADA TELEFON DAN SELEPAS 14 HARI Mereka Semua DISAHKAN Negatif .. BBC NEWS MENGAMBIL IT LIVE DAN SEMUA ORANG SETIAP SAW IT DAN Sekarang ITS OUT IN KERTAS DAN MAJALAH YANG ADA CURE HERBA UNTUK HIV DAN SEMUA DENGAN Bantuan MAN INI ,, JIKA ANDA INGIN AMBIL IT OR NOT .. ALLAH MENGETAHUI SAYA Telah mencuba MY BEST. ABOUT 28 orang disahkan Negatif MELALUI CURE HERBA DARI DR HERBA Boadi CENTRE. DAN Acha HANTAR MEL KE THANKS ME SELEPAS Acha TELAH DISAHKAN Negatif ,, MAN INI REAL..DON'T MISS peluang-peluang INI ,, HIV virus maut ,, MENGHILANGKAN Sekarang .. JIKA ADA sesiapa Yang mempunyai sama Masalah dan Masih Mencari jalan Keluar , e-mel beliau Masih Kekal, (drboadiherbalcentre@yahoo.com) Atau hubungi Dia Atau whataspp dia di 2348156769001
    Terima kasih

    ReplyDelete
  14. anak saya berumur 6thn..
    jika dhulu hdung bdarah nye tidak la kerap.. tapi skang,,smngu kdg² 2x.. waktu tidur oun ade bdarah.. darah nya pula kehitaman..

    ReplyDelete
  15. saya dari kecil hidung mmg selalu berdarah smpai umur sy 32tahun masih kerap berdarah terutama hidung kanan perlu ke saya jumpa doctor

    ReplyDelete
  16. sy pon alami perkara yg sama..hidung kerap berdarah lepas pakai alat iud...sebelum nie ok jew...

    ReplyDelete
  17. Baby sy baru 9 bulan. Tiba2 hidung nya berdarah.. knp tu ahh.. 😞

    ReplyDelete
  18. Anak saya berumur 8 tahun...Kadang-kadang pada waktu malam hidung dia berdarah..bukan sekali saja ni...ini fah masuk 8 kali dalam tahun lepas dan tahun ini..sebelum ini hidung dia x pernah berdarah...sejak dari peristiwa dia terkena suatu benda di hidung dia tahun lepas sehingga menyebabkan pendarahan hidung dia kerap berdarah sekarang..adakah ini berpunca daripada luka tahun lalu...tetapi mengapa begitu lama kesannya

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum...anak perempuan saya selalu hidyng berdarah dari kecil sampai sekarang..umurnya 16 tahun dah...apa simptom dia ya? saya cuma takut.....bila dia letih berdarah...cuaca panas pon berdarah dan dia tak stress ataupun x sakit apa2 pon berdarah..

    ReplyDelete
  20. Nak tanya ni. Sejak kecik hingga sekarang hidung saya selalu berdarah. Masa umur saya 15 tahun saya ada buat pemeriksaan doktor, tapi doktor kata tekanan darah saja. Hingga lah sekarang umur saya 18 tahun hidung saya selalu berdarah. Adakah saya perlu membuat pemeriksaan semula?

    ReplyDelete
  21. putri sayA berumur9 bln,,tiba2 hidungnya kluar darah,,apakah mungkin itu bsa disebabkn krna cuaca panas,,atw yg lain,,tp darahnya tdk tealu bayak,itu knp ya

    ReplyDelete