Pakar rawatan akupunktur dari Korea, Dr. Muhammad Kim menawarkan rawatan akupunktur laser kepada pesakit kencing manis, strok, darah tinggi dan masalah berat badan dengan harga RM30 untuk satu jam rawatan.
Rawatan akan diberi menggunakan peralatan canggih dari Korea seperti katil urutan badan menggunakan batu jed serta katil elektrik kristal untuk mereka yang sakit pinggang dan melancarkan perjalanan darah.
Sesiapa yang mempunyai masalah berat badan berlebihan juga boleh mencuba rawatan akupunktur laser serta peralatan mesin membuang lemak yang disediakan.
Rawatan dijalankan di Pusat Terapi Mentari Korea, Kelab Golf Titiwangsa PDRM, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur antara hari Isnin hingga hari Ahad dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap minggu.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temu janji, sila hubungi Dr. Muhammad Kim atau Puan Rozita di talian 03-26980595 atau 019-2652966.
No comments:
Post a Comment