Peminat Setia Doktor Pakar

Monday, March 10, 2008

Gejala Berbeza Sindrom Haid Dan Masalah Tulang

SOALAN:
Doktor, saya berumur 35 tahun dan sering mengalami sakit kepala yang teruk sampai muntah-muntah seminggu sebelum atau selepas datang haid. Saya juga mengalami sakit lutut yang begitu teruk sehinggakan lutut akan bengkak dan berasa sangat sakit jika banyak berjalan. Doktor, tolong jelaskan tentang penyakit saya ini. Apakah kemungkinan punca masalah yang saya hadapi ini?

Ririn,

JAWAPAN:
Gejala yang anda nyatakan dipanggil premenstrual syndrome (sindrom sebelum datang haid). Sindrom ini kerap berlaku di kalangan golongan muda berusia remaja, namun hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan gejala ini berlaku pada usia yang lebih matang. Antara cara rawatan yang boleh digunakan untuk masalah ini adalah pengambilan hormon estrogen dan progesterone secara berjadual setiap bulan.

Ini bukan sahaja dapat mengaturkan semula kitaran haid malahan dapat mengurangkan gejala sindrom tadi. Rasa sakit dan bengkak lutut yang anda hadapi pula menunjukkan kemungkinan terdapat masalah sendi atau penyakit artritis. Anda dinasihat mendapatkan perhatian pakar ortopedik atau rheumatologi untuk ujian lanjut bagi menentukan rawatan bersesuaian untuk masalah berkenaan.


Ditulis oleh:

Dr Norleen Mohd Salleh
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan,
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment