Peminat Setia Doktor Pakar

Monday, March 17, 2008

Kerap Kencing Malam, Tersekat-Sekat

SOALAN:
Doktor, saya berumur 25 tahun mempunyai beberapa kemusykilan berkaitan kesihatan prostat saya. Saya tidak pasti adakah saya sihat atau sebaliknya. Antara masalah-masalah saya itu adalah seperti sukar kencing, kencing tersekat-sekat dan kerap kencing malam. Kadangkala semasa membuang air kecil, saya terasa sakit dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuang air kecil.

Selain itu, paha hingga kaki ada ketikanya mengalami kejang atau seperti sakit urat. Pinggang saya juga terasa sakit termasuklah kadangkala sakit semasa berjalan. Saya juga mengalami sakit leher, bahu dan seluruh pergelangan sendi.

Saya pernah membaca berkaitan masalah kanser prostat dan daripada apa yang saya fahami, tanda-tanda awalnya adalah seperti yang saya alami. Apakah langkah- langkah yang saya perlu ambil dan di manakah saya boleh mendapat rawatan.

Untuk makluman pihak tuan, saya datang daripada keluarga yang miskin dan tidak mampu membayar kos perubatan yang tinggi. Adakah kerajaan mempunyai sistem perubatan yang meliputi kanser prostat secara percuma? Kalau ada, bagaimanakah caranya? Perlukah saya membuat sebarang temu janji? Sekian, terima kasih.

Joe Insan Bermasalah,
Putrajaya

JAWAPAN:
Lazimnya, kanser prostat tidak melibatkan kaum lelaki yang berada dalam lingkungan umur 20-an seperti anda. Kemungkinan anda menghidap kanser prostat adalah tipis.

Masalah yang anda hadapi ada kemungkinan berpunca dari sistem urinari. Mungkin anda menghidap penyakit batu karang atau pundi kencing.

Oleh demikian, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor pakar urologi supaya pakar tersebut boleh membuat penyiasatan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anda. Usah bimbang tentang kos rawatannya. Hospital-

hospital kerajaan turut menyediakan perkhidmatan ini pada kadar yang sangat minimum.


Ditulis oleh:

Dr Sulaiman Tamanang
Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear,
Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

3 comments:

  1. salam, saya hendak bertanya, saya berusia 26 dan saya mempunyai penyakit darah tinggi. soalan saya bagaimana dalam usia saya 26 saya boleh terkena darah tinggi?selain daripada faktor keturunan dan kemarin saya baru first time terkena kerap kencing malam dalam semalam 4 kali saya pergi bilik air. apa masalah saya sebenarnya?adakah ia berkaitan dengan masalah buah pinggang?saya risau

    ReplyDelete