|
|
Anda mungkin mengambil sikap endah tak endah tentang aktiviti menelan makanan iaitu menggigit, mengunyah dan menelan. Kebanyakan orang tidak memikirkan hal ini. Tetapi tahukah anda, menelan menjadi satu cabaran yang besar bagi sesetengah orang?
Acap kali, kesukaran sewaktu menelan (disfagia) bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Ia terjadi apabila anda makan terlalu cepat atau tidak mengunyah makanan dengan sempurna. Bagaimanapun, kesukaran menelan makanan mungkin menandakan keadaan perubatan yang serius dan memerlukan rawatan.
‘‘Kesukaran menelan makanan mungkin bermaksud proses menelan itu mengambil masa dan daya usaha untuk menggerakkan makanan atau cecair daripada mulut ke perut anda.
‘‘Kesukaran menelan makanan juga boleh dikaitkan dengan rasa sakit. Dalam beberapa kes, anda mungkin tidak dapat menelan langsung,’’ kata Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan.
Dr. Abd. Hamid Mat Sain berkata, disfagia terjadi apabila terdapat masalah dengan mana-mana bahagian proses menelan makanan.
Apabila menelan, lidah menolak makanan ke bahagian belakang kerongkong anda. Otot-otot akan mengecut dengan cepat dan mengalihkan makanan melalui farinks, kawasan yang bersambung dari bahagian belakang kerongkong ke bahagian atas esofagus anda.
Kemudian, makanan bergerak melepasi trakea ke dalam esofagus, tiub yang menyambungkan kerongkong ke perut anda. Lingkaran otot-otot sfinkter di bahagian atas dan bawah esofagus akan terbuka setiap kali anda menelan makanan untuk membiarkan makanan berlalu dan akan cepat-cepat tertutup.
Bahagian bawah sfinkter akan membenarkan makanan memasuki perut anda dan menyimpan asid perut daripada naik semula ke dalam esofagus. Otot-otot di dinding esofagus akan membantu menolak makanan ke arah perut anda.
Punca-Punca Disfagia Esofageal
Merujuk kepada rasa sensasi makanan yang terlekat di bahagian pangkal kerongkong atau dada anda. Punca biasa disfagia esofageal termasuklah proses penuaan dan tumor esofageal. Lain-lain:
* Bahan asing. Kadangkala, makanan seperti seketul daging yang besar atau objek-objek lain tersekat di dalam kerongkong atau esofagus anda.
Orang dewasa yang memakai gigi palsu dan mereka yang mempunyai kesukaran mengunyah makanan dengan betul mempunyai risiko berlakunya penyekatan di kerongkong atau esofagus anda.
Kanak-kanak juga lebih cenderung untuk menelan pin, duit syiling, barang permainan atau objek-objek kecil yang boleh tersekat di kerongkong mereka.
* Penyakit refluks gastroesofageal (GERD). Kerosakan pada tisu esofageal daripada asid perut yang naik semula (refluks) ke dalam esofagus anda boleh menyebabkan spasma atau parut dan penyempitan bahagian bawah esofagus, menyukarkan anda untuk menelan. GERD dalam jangka panjang akan menyebabkan esofagus Barrett‘s, sekali gus meningkatkan risiko kanser esofageal.
* Divertikula faringeal. Satu kantung kecil terbentuk dan mengumpul partikel-partikel makanan di dalam kerongkong anda, di atas esofagus anda, menyebabkan anda mengalami kesukaran menelan, mengeluarkan bunyi gogokan, nafas berbau dan batuk atau berdehem yang berulangkali.
Disfagia Orofarinkgeal
Terdapat beberapa masalah berkaitan dengan neuromuskular yang akan melemahkan otot kerongkong anda, menjadikannya sukar untuk mengeluarkan makanan daripada mulut ke dalam kerongkong dan esofagus.
Anda mungkin tercekik atau batuk apabila cuba untuk menelan, atau mempunyai sensasi makanan atau cecair turun melalui trakea atau ke atas hidung anda, menyebabkan pneumonia.
Punca-punca disfagia orofaringeal termasuklah kerosakan mendadak pada neurologikal seperti strok atau kecederaan di otak atau korda spina yang boleh menyebabkan kesukaran sewaktu menelan makanan atau tidak boleh menelan.
Disfagia Di Kalangan Kanak-Kanak
Punca biasa termasuklah masalah yang berkembang disebabkan lahir tidak cukup bulan atau kurang berat badan sewaktu bayi dilahirkan; gangguan sistem saraf seperti palsi serebrum atau meningitis; bibir atau lelangit sumbing.
*Disfagia yang tidak dapat dijelaskan
Sesetengah orang mengalami disfagia tanpa mana-mana punca anatomikal.
* Kesukaran sewaktu mengambil ubat-ubatan oral. Sesetengah orang tidak dapat menelan pil atau tablet walaupun mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk menelan makanan.
* Ketulan di kerongkong. Sesetengah orang mengalami sensasi seketul bahan asing atau ketulan di dalam kerongkong mereka padahal, tidak terdapat sebarang benda atau ketulan yang tersekat di kerongkong anda.
Stres atau rasa keseronokan mungkin memburukkan lagi sensasi ini. Kadangkala, menyelesaikan stres yang dialami dapat meringankan masalah ini. Padahal, kesukaran menelan sebenarnya tidak berlaku.
Simptom-Simptom
Rasa sakit apabila menelan – Langsung tidak boleh menelan – Tercekik atau tersedak sewaktu makan – Rasa makanan tersekat di kerongkong, dada atau belakang tulang dada – Tekanan atau rasa sakit pada bahagian dada – Mengeluarkan makanan semula – Pedih ulu hati yang kerap – Asid makanan atau perut yang naik semula ke kerongkong anda – Bunyi gogokan (kumuran) di kerongkong anda – Kehilangan berat badan luar biasa
Faktor Risiko
Menurut Dr. Abd. Hamid, disebabkan proses penuaan dan kesan koyakan di dalam esofagus, orang dewasa lebih berisiko mengalami kesukaran sewaktu menelan berbanding kanak-kanak.
Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan juga lebih cenderung mengalami masalah perkembangan termasuk gangguan gastrousus yang akan menyebabkan kesukaran sewaktu menelan.
‘‘Disfagia boleh menyukarkan anda untuk mengambil makanan dan minuman yang secukupnya untuk kekal sihat. Mereka yang mengalami kesukaran menelan berisiko untuk mengalami malnutrisi dan dehidrasi.
‘‘Jika makanan atau cecair memasuki rongga udara sewaktu anda cuba untuk menelan, masalah respiratori atau jangkitan akan berlaku seperti pneumonia atau infeksi respiratori,’’ katanya.
Tambahnya, jika terdapat sesuatu halangan untuk menelan atau mengganggu pernafasan seseorang, dapatkan pertolongan kecemasan dengan segera.
‘‘Kesukaran menelan makanan yang sedikit atau tidak kerap selalunya bukan merupakan punca untuk dirisaukan. Tetapi kesukaran bernafas boleh menandakan masalah medikal yang serius seperti kanser esofageal.
‘‘Berjumpalah doktor dengan segera jika anda mempunyai sebarang masalah sewaktu menelan. Begitu juga jika anda mengesyaki anak anda mengalami kesukaran menelan,’’ saran beliau.
Rawatan
Punca-punca kesukaran menelan ini berbeza-beza dan rawatannya bergantung kepada sebab ia berlaku. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini boleh disembuhkan sepenuhnya atau separuh sahaja.
* Untuk disfagia orofaringeal, doktor akan mengarahkan anda berjumpa doktor pakar kerongkong atau neurologi untuk ujian diagnostik dan pakar pertuturan atau menelan untuk terapi seterusnya.
Senaman tertentu mungkin boleh membantu menyelaraskan otot-otot yang digunakan untuk menelan atau merangsang saraf-saraf yang mencetuskan refleks untuk menelan.
Anda juga akan belajar cara-cara ringkas untuk meletakkan makanan di dalam mulut anda atau membetulkan kedudukan tubuh dan kepala untuk membantu anda menelan makanan.
* Untuk sfinkter esofageal yang ketat (akalasia) atau striktur esofageal, doktor mungkin menggunakan endoskop dengan belon khas terlekat di hujungnya untuk meregang dan mengembang kelebaran esofagus anda (dilatasi).
Bagi tumor esofageal atau divertikula faringeal, anda mungkin memerlukan surgeri untuk membersihkan laluan esofageal anda.
Kesukaran menelan sering dikaitkan dengan GERD yang boleh dirawat dengan preskripsi medikasi oral untuk mengurangkan asid perut selepas striktur dikembangkan. Anda mungkin perlu mengambil medikasi ini untuk jangkamasa yang panjang.
Jika anda mempunyai spasma esofageal tetapi esofagus kelihatan normal dan tanpa GERD, anda mungkin dirawat dengan medikasi untuk merehatkan esofagus dan mengurangkan ketidakselesaan.
* Disfagia yang teruk. Jika kesukaran menelan menghalang anda daripada makan dan minum secukupnya untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan mengelakkan dehidrasi, doktor anda mungkin mencadangkan diet khas yang mengandungi cecair.
Dalam kes-kes disfagia yang teruk, anda mungkin memerlukan satu tiub makanan untuk memintas bahagian mekanisme menelan yang tidak berfungsi dengan normal.
‘‘Walaupun kesukaran menelan agak sukar dihalang apabila puncanya adalah kerosakan atau gangguan neurologikal, anda boleh mengurangkan risiko kesukaran yang dialami dengan makan perlahan-lahan dan mengunyah makanan dengan betul.
‘‘Jika dikesan lebih awal dan diberi rawatan GERD yang berkesan akan merendahkan risiko anda menghidapi disfagia yang dikaitkan dengan striktur esofageal,’’ akhiri Dr. Abd. Hamid.
Ditulis oleh:
Shafinaz Sheikh Maznan
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
Salam Doc.
ReplyDeleteSaya mengalami masalah terlekat ketulan susu di kerongkong setiap kali saya minum minuman berasaskan susu. Kebiasaannya, ketulan tersebut terlekat di saluran kerongkong dan akan keluar apabila dijolok serta betuk berulang kali. Namun, sejak minggu lepas ( 27/5 ) ketulan susu sekali lagi terlekat di keronkong, namun ia terlekat di bawah sedikit dari saluran kerongkong. Apabila dijolok dan batuk berulang kali, ketulan tersebut tetap tidak dapat dikeluarkan. Ini menimbulkan rasa ketidakselesaaan kepasa saya setiap kali saya minum dan makan, mahupun menelan air liur. Ketulan susu tersebut jelasa kelihatan.
Adakah saya perlu mendapatkan rawatan doktor??
Bagaimanakah cara untuk saya mengeluarkan ketulan tersebut?
Perempuan 20tahun
Salam Doc.
ReplyDeleteSaya mengalami rasa kering dan seperti ada sesuatu ditekak tiap kali menelan air liur. Keadaan ini membuatkan saya rasa kurang selesa. Perkara ini terjadi hampir sebulan. Pada mulanya saya ingatkan tekak saya rasa kering disebabkan saya berpuasa. Tetapi pada masa saya tidak berpuasa pun keadaan ini masih berlarutan.Saya memang sering kekurangan minum air,adakah ia berkaitan? Adakah kemungkinan saya mempunyai masalah tiroid? Mohon penjelasan Doc. Terima kasih.
Salam doctor. Sy mengalami kesukaran menelan makanan. Setiap kali makan minum sy akan merasa pedih dan sakot dada. Untuk makluman doktor saya baru selesai menjalani pembedahan apendiks pecah dan dalam tempoh untuk sembuh. Tq
ReplyDeleteSalam doktor...saya nak tnya.kes saya ni ada waktu2 tertentu...waktu mlm kerap terjadi apabila saya makan nasi tiba2 tidak blh menelan...saya kna cepat2 minum air...baru boleh telan dengan nasi...sakit atau apa2 rasa x ada...cuma saya jd gelisah shja...dan satu lg air liur pun kdg2 susah nak telan...waktu sedang tidur...apa rawatan yg ptut saya lakukan...
ReplyDeletePerlukan nasihat doktor...sekian