SOALAN:
Doktor, saya berusia 19 tahun dan telah dimasukkan ke hospital September lalu akibat tekanan menghadapi peperiksaan percubaan STPM sehinggakan perlu dimasukkan dua botol air (IV drip). Ketika itu, saya sering menghadapi masalah mahu pitam, badan tidak bermaya, leher kebas, sesak nafas, hilang selera makan dan bermacam masalah lain lagi.
Tidak lama kemudian saya menghadapi masalah mahu pitam lagi dan doktor sebuah klinik berhampiran kediaman saya mengesahkan saya menghidap gastrik. Akibatnya, saya tidak boleh menyentuh nasi. Ada pula yang mencadangkan supaya saya minum susu.
Saya ingin bertanyakan pendapat doktor tentang diet yang seimbang untuk penyakit gastrik.
Mengikut pembacaan saya, makanan yang terlalu manis, masam dan pedas tidak sesuai untuk pesakit gastrik. Adakah ini benar?
CT Payung,
Perak
JAWAPAN:
Masalah utama yang saudari hadapi kini mungkin masalah rasa cemas akibat tekanan yang timbul dalam bentuk gejala melibatkan masalah gastrik.
Bagaimanapun, saudari tetap disarankan untuk menjalani ujian endoskopi (OGDS) untuk memastikan sakit gastrik berkenaan bukan berpunca daripada penyakit ulser peptik memandangkan saudari menyatakan tidak dapat makan dengan baik (nasi).
Susu pula mengandungi kandungan kalsium yang tinggi dan ini dikhuatiri akan menyebabkan keradangan kepada perut saudari.
Perlu difahami bahawa tiada diet khusus yang dapat dicadangkan untuk pesakit gastrik selain mengelakkan makanan yang pesakit sendiri tahu memburukkan lagi kesakitan akibat penyakit gastrik.
Saudari mungkin perlu menemui pakar psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan kaunseling bagi mengatasi masalah tekanan perasaan yang dihadapi selain belajar menguruskan perasaan bimbang dan cemas.
Ditulis oleh:
Dr Abdul Malik Jamal Buhari
Pakar Runding Perubatan dan Gasteroenterologi,
Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC)
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
doktor..saya mempunyai mslh halitosis..mslh ni amat menganggu pembelajaran saya.
ReplyDeleteNamun slps saya pergi ke klinik gigi dan berjumpe dgn pakar ENT msg2 mengatakan saya tiada apa2 mslh..last2 pakar ENT cakap mgkn disebabkn gastrik..saya mmg sering mengalami gastrik lbh2 lg bila berada disekolah..doktor, nafas saya berbau busuk sgt..seperti bau najis..apa perlu saya bt doktor?
Tq doktor utk info ini.Selama ini saya ingatkan susu boleh menyembuhkan gastrik.
ReplyDelete