Peminat Setia Doktor Pakar

Showing posts with label diari kesihatan. Show all posts
Showing posts with label diari kesihatan. Show all posts

Tuesday, October 06, 2009

Ceramah Kesihatan

Hospital Pakar Metro (Kedah) menjemput orang ramai untuk menghadiri ceramah kesihatan bertajuk "Punca Gastrik dan Kanser Mulut" seperti berikut :

Tajuk Ceramah : Punca Gastrik dan Kanser Mulut
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Jam : 10 pagi hingga 11 pagi
Tempat : Auditorium, Hospital Pakar Metro, Sg Petani, Kedah

Tajuk Ceramah : Perancang Keluarga dan Teknik-Teknik Terkini
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Jam : 11 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Auditorium, Hospital Pakar Metro, Sg Petani, Kedah


Kemasukan adalah PERCUMA di samping saringan kesihatan dan cenderahati disediakan. Maklumat lanjut, sila hubungi Suwaibah, Thila atau Sheena di talian 04-423 8888


Hidup Sihat Dengan EFT (Teknik Kebebasan Emosi)

Monday, October 05, 2009

Kelas Antenatal

Hospital Pantai Ipoh akan menganjurkan Kelas Antenatal seperti berikut :

Tajuk : Kelas Antenatal
Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Jam : 9.30 pagi hingga 2 petang
Tempat : Dahlia Utama, Tingkat 4, Hospital Pantai Ipoh

Maklumat lanjut, sila hubungi Rini di talian 05-5405 710 atau 012-930 9351


Hidup Sihat Dengan EFT (Teknik Kebebasan Emosi)

Tuesday, May 13, 2008

Bengkel Pengurusan Berat Badan UPM

Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengadakan satu bengkel pengurusan berat badan pada 14 Jun 2008 (Sabtu) bertempat di Dewan Kuliah Utama FPSP. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan terkini mengenai obesiti selain cara pengurusan berat badan yang berkesan untuk diri sendiri dan juga keluarga.

Yuran penyertaan ditetapkan RM100 untuk penyertaan umum dan RM60 untuk penyertaan pelajar sementara tarikh akhir pendaftaran adalah pada 9 Jun 2008. Orang ramai atau pelajar yang berminat menyertai bengkel ini boleh mendapatkan maklumat lanjut pendaftaran dengan menghubungi Profesor Dr. Asmah Rahmat di talian 03-89472470 atau Ainul di talian 03-8947-2459.

Pemeriksaan Gigi Percuma

DentalPro Dental Specialist Centre, Bangsar akan mengadakan sesi pemeriksaan gigi percuma untuk warga emas sepanjang bulan Mei ini. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat temujanji dengan menghubungi Didi atau Ruby di talian 03-22873333.

Latihan Pendidikan Khas Kiwanis

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF) akan mengadakan satu sesi latihan Asas Perkembangan Anak dan Pendidikan Khas dari 26 hingga 30 Mei 2008, di Dewan Kiwanis, Pusat Kebangsaan KDSF, Petaling Jaya.

Program ini sesuai dihadiri guru pendidikan khas, pendidik awal kanak-kanak, pengasuh kanak-kanak dan ibu bapa. Yuran penyertaan adalah RM600 bagi setiap peserta (termasuk bahan latihan, sijil, makan tengah hari sementara tarikh akhir pendaftaran adalah 12 Mei ini (Isnin). Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Kebangsaan KDSF di talian 03–78030179.

Sunday, March 30, 2008

Imbasan Tulang Percuma Anlene

Anlene akan mengadakan semula program Pemeriksaan Kesihatan Tulang Anlene melalui imbasan tulang percuma untuk orang ramai bermula semalam, 29 Mac 2008.

Orang ramai dijemput hadir ke pasar raya terpilih mengikut tarikh ditetapkan dari pukul 11 pagi hingga 10 malam untuk imbasan tulang konsultasi percuma.

Untuk mengetahui lokasi pasar raya terpilih yang terdekat, sila layari laman web www.fonterra.com atau hubungi talian bebas tol Anlene 1800-88-3122.

* 29 - 30 Mac - Mydin, Selayang & Giant, Batu Caves

* 4 - 6 April - NSK, Selayang

* 12 - 13 April - Giant, Klang & Mydin, USJ

* 19 - 20 April - Bintang, Kajang

* 25 & 27 April - NSK, Rawang

Ceramah Kanser Mulut di Gleneagles

Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) akan mengadakan forum kesihatan umum mengenai kanser mulut pada pukul 2 petang hari ini, 30 Mac 2008.

Forum ini akan diadakan di Auditorium, Tingkat 8, Bangunan Suit Perundingan Perubatan, GIMC, Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua sementara jamuan ringan juga disediakan pihak penganjur.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran di talian 03-42552761 (Sheemi) atau 03-42552892 (Samiha)

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2008 PCMC

Pusat Perubatan Pantai Cheras (PCMC) akan mengadakan program ‘PCMC Prihatin’ sempena Hari Kesihatan Sedunia 2008 pada 5 April 2008 bertempat di PCMC dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari..

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial PCMC kepada masyarakat bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan mewujudkan kesedaran penjagaan kesihatan peringkat awal.

Kemasukan adalah percuma dan orang ramai dialu-alukan untuk hadir menyertai program pemeriksaan penyaringan kesihatan percuma yang disediakan, termasuklah pemeriksaan ke atas kandungan lemak, kandungan gula dalam badan, jisim berat badan unggul (BMI) serta konsultasi nutrisi percuma oleh pakar pemakanan PCMC.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuklah senam robik, pesta makanan, jualan jumbo, pertandingan pakaian beragam dan cabutan nombor bertuah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bernice atau Waylon di talian 03-9132 2022 sambungan 8871/8872.

Sunday, March 16, 2008

Forum Awam Sempena Bulan ARMD dan Masalah Penglihatan

Kemerosotan Makular Berkaitan Usia (ARMD) merupakan antara punca kemerosotan penglihatan dan menjadi buta di kalangan warga emas.

ARMD adalah penyakit kronik mata yang dikaitkan dengan peningkatan usia yang secara perlahan-lahan mengurangkan ketajaman dan penumpuan penglihatan.

Pesakit yang mengalami kemerosotan penglihatan atau menjadi buta juga pasti mengalami kualiti hidup yang lebih rendah akibat gangguan kepada aktiviti harian dan kebolehan melakukan kerja-kerja tertentu.

Bersempena dengan itu, Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn (THONEH) mendedikasikan bulan Mac tahun ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ARMD supaya penjagaan kesihatan mata dijadikan antara keutamaan bersama penjagaan kesihatan fungsi badan yang lain.

THONEH juga akan mengadakan satu forum khas pada 22 Mac ini (Sabtu) untuk mendedahkan maklumat penjagaan kesihatan mata dan kemungkinan hilangnya penglihatan jika tidak dijaga dengan baik.

Forum berkenaan akan disampaikan oleh Pakar Runding Oftalmologi, Dr. Gayatri Devi bermula pukul 2 petang di Auditorium Bangunan Institut Oftalmologi Kebangsaan, THONEH, tingkat 5, 2 Lorong Utara B, Petaling Jaya.

Kemasukan adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir untuk menambah pengetahuan tentang penjagaan kesihatan mata.

Selain itu peserta yang melebihi umur 50 tahun juga ditawarkan pemeriksaan mata secara percuma, bergantung kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mengesahkan kehadiran, sila e-mel ke marketing.pr@thoneh.com atau appointment@thoneh.com, atau hubungi Patrina di talian 03-77181564, Azreena dan Zura di talian 03-79561511 sambungan 3521 atau 3522.

Sambutan Hari Sindrom Down 2008 Kiwanis

Yayasan Sindrom Down Kiwanis dengan kerjasama Hospital Pakar Damansara akan mengadakan sambutan Hari Sindrom Down 2008 pada 21 Mac ini (Jumaat ) bertempat di Lobi Utama Hospital Pakar Damansara, 119 Jalan SS20/10, Damansara Utama.

Orang ramai dijemput hadir ke sambutan yang berjalan serentak di seluruh dunia ini, yang akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Sindrom Down Kiwanis atau Syimma di talian 03-78030179.

Monday, March 10, 2008

Hari Buah Pinggang Sedunia 2008

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Buah Pinggang Sedunia 2008 dan CKD, sila layari laman web www.worldkidneyday.com atau laman web MSN (www.msn.org.my) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (www.nkf.com.my).

Aturcara sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2008

Tarikh: 10 Mac (Isnin), 3.30 petang

* Perbincangan mengenai penyakit buah pinggang kronik (CKD) di RTM Mutiara bersama Dr. Rozina Ghazali

KUALA LUMPUR
Hospital Kuala Lumpur (HKL)

  • Majlis pembukaan dan pelancaran Hari Buah Pinggang Sedunia 2008

Tarikh: 13 Mac (Khamis), 9.30 pagi
Tempat: Auditorium Utama, HKL

  • Forum awam

Masa: 9.30 – 10.30 pagi
Tempat: Auditorium Utama, HKL

  • Pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma

Masa: 9.30 pagi – 5 petang
Tempat: Lobi Utama, HKL

  • Forum Penjagaan Buah Pinggang untuk doktor dan paramedik

Masa: 2 – 4 petang
Tempat: Auditorium Dermatologi, HKL

  • Pertandingan memasak ‘Memasak untuk Buah Pinggang yang Sihat’ dengan pengadil jemputan selebriti Chef Wan Ismail

Masa: 11 pagi – 1 petang
Tempat: Foyer Bank Simpanan Nasional, HKL

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi
Khalizah atau Sheila di talian 03-26156009.

  • Demonstrasi masakan kesihatan oleh selebriti Chef Wan Ismail

Masa: 1.30 – 3.30 petang
Tempat: Foyer Bank Simpanan Nasional, HKL

  • Demonstrasi membuat aiskrim dan mengukir makanan oleh kakitangan Jabatan Pakar Diet

Masa: 3.30 – 5 petang
Tempat: Foyer Bank Simpanan Nasional, HKL

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Tarikh: 14 Mac (Jumaat)
Tempat: Foyer Hospital

  • Forum awam CKD, satu epidemik baru dan persoalan kemampuan kita menghalang perkembangannya
  • Pameran poster CKD
  • Pemeriksaan kesihatan – urinalysis, dextrostix, tekanan darah, kaunseling bioimpedence mengenai diet dan cara hidup yang sihat


SELANGOR

Hospital Selayang

  • Ujian saringan percuma: 9 pagi – 4 petang

Tarikh: 13 Mac (Khamis)
Forum awam: 10.30 pagi – 12 tengah hari

Hospital Sungai Buloh

  • Ujian saringan percuma: 12 tengah hari – 4 petang

Tarikh: 11 Mac (Selasa)
Forum awam: 10.30 pagi – 12 tengah hari

Hospital Tengku Ampuan Rahimah

  • Pameran poster di Hospital Tengku Ampuan – Rahimah
  • Kuiz untuk kakitangan perubatan dan orang ramai
  • Temu ramah radio @ Radio Shah Alam

Hospital Serdang

  • Pameran di lobi utama, pemeriksaan kesihatan, forum awam dan kaunseling diet.

Tarikh: 13 Mac (Khamis)
Walkaton sekitar Hospital Serdang


PERAK

Hospital Ipoh

  • Forum awam

Tarikh: 13 Mac (Khamis)
Tempat: Auditorium dan foyer Hospital Ipoh
Masa: 9 – 10 pagi

  • Ujian saringan untuk orang ramai dan pameran poster

Masa: 10 pagi – 12.30 tengah hari

  • Bengkel CKD untuk doktor dan paramedik

Masa: 2.30 – 5 petang

Hospital Taiping

  • Pemeriksaan kesihatan, pameran poster dan pertunjukan video

Tarikh: 14 Mac (Jumaat)


PULAU PINANG

Hospital Pulau Pinang

  • Pameran poster CKD

Tarikh: 8 – 15 Mac

  • Pelancaran Hari Buah Pinggang Sedunia 2008 oleh Datuk Lee Kah Choon di Hospital Pulau Pinang

Tarikh: 13 Mac (Khamis)

  • Senaman aerobik untuk kakitangan dan pesakit
  • Pertandingan melukis untuk kanak-kanak
  • Persembahan video CKD
  • Pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai
  • Bengkel pencegahan perkembangan CKD

Tarikh: 18 April (Jumaat)


KEDAH

Hospital Alor Star

  • Pameran poster

Tarikh: 15 Mac (Sabtu)
Star Parade, Alor Star

  • Forum awam, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, pameran poster dan kempen mendermakan organ.

Tarikh: 15 Mac (Sabtu)


PAHANG

Hospital Temerloh

  • Perbincangan CME untuk kakitangan perubatan mengenai nephropati diabetik oleh Dr. Mohd. Ramli Seman

Tarikh: 21 Mac (Jumaat)

  • Forum awam, pameran poster, pemeriksaan kesihatan, sesi video, kuiz dan permainan interaktif, ceramah dari pakar diet

Tarikh: 22 Mac (Sabtu)


KELANTAN

Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

  • Pameran kesihatan di lobi hospital

Tarikh: 10 – 17 Mac

  • Pemeriksaan kesihatan, kaunseling dan pameran poster CME

Tarikh: 11 – 12 Mac


TERENGGANU

Hospital Sultanah Zahirah

  • Pameran poster

Tarikh: 1 – 31 Mac

  • Pemeriksaan kesihatan awam

Tarikh: 13 Mac (Khamis)


JOHOR

Hotel Classic Muar

  • Pemeriksaan kesihatan dan forum awam

Tarikh: 17 Mac (Isnin)


NEGERI SEMBILAN

Hospital Seremban

  • Walkaton 3-5 kilometer sekitar Hospital Seremban

Tarikh: 23 Mac (Ahad), 7 pagi – 12 tengah hari

  • Pameran awam dan pemeriksaan kesihatan dan syarahan CME untuk pakar dan pegawai perubatan di Hospital Seremban

Tarikh: 26 Mac (Rabu), 9 pagi – 12 tengah hari

Jaya Jusco Seremban

  • Pameran awam dan pemeriksaan kesihatan

Tarikh: 23 Mac (Ahad), 12 tengah hari – 6 petang


MELAKA

Kolej Komuniti Masjid Tanah

  • Pemeriksaan kesihatan dan forum awam

Tarikh: 18 Mac (Selasa)


SABAH

Hospital Queen Elizabeth

  • Seminar CKD untuk penjagaan kesihatan primary di Post Graduate Medical Centre

Tarikh: 15 Mac (Sabtu), 7.45 pagi – 4 petang

Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu

  • Perbincangan makan malam

Tarikh: 15 Mac (Sabtu), 7 malam


SARAWAK

Kuching Specialist Hospital

  • Pemeriksaan kesihatan dan rundingan pakar dengan percuma: tekanan darah, infeks jisim badan (BMI), glukos darah, ujian air kencing, forum awam mini bersama pakar runding nefrologi, gerai pameran dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Tarikh: 9 Mac (Ahad), 8.30 pagi – 12 tengah hari

The Boulevard, Kuching

  • Pemeriksaan dan pameran kesihatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Tarikh: 16 Mac (Ahad)

Tuesday, March 04, 2008

Kempen kesihatan Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2008

Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diadakan pada 8 Mac setiap tahun, Pusat Perubatan Gleneagles Intan akan mengadakan Kempen Kesihatan Wanita bertajuk ‘Inspire, Aspire, Empower’.

Orang ramai dijemput hadir ke program ceramah kesihatan dan kecantikan yang diadakan, di samping pakej ujian saringan (ThinPrep, pemeriksaan payudara) dan khidmat nasihat eksklusif berharga RM85.

Kempen ini akan diadakan pada 16 Mac dari pukul 11 pagi di Auditorium, Tingkat 8, Bangunan Suite Perundingan Perubatan, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Masuk adalah percuma dengan cenderahati menarik, baucer diskaun pakej pemeriksaan serta jamuan ringan akan disediakan untuk orang ramai yang turut serta.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Samiha di talian 03-42552892 atau Sheemi di talian 03-42552761.

Rawatan Akupunktur Korea

Pakar rawatan akupunktur dari Korea, Dr. Muhammad Kim menawarkan rawatan akupunktur laser kepada pesakit kencing manis, strok, darah tinggi dan masalah berat badan dengan harga RM30 untuk satu jam rawatan.

Rawatan akan diberi menggunakan peralatan canggih dari Korea seperti katil urutan badan menggunakan batu jed serta katil elektrik kristal untuk mereka yang sakit pinggang dan melancarkan perjalanan darah.

Sesiapa yang mempunyai masalah berat badan berlebihan juga boleh mencuba rawatan akupunktur laser serta peralatan mesin membuang lemak yang disediakan.

Rawatan dijalankan di Pusat Terapi Mentari Korea, Kelab Golf Titiwangsa PDRM, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur antara hari Isnin hingga hari Ahad dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temu janji, sila hubungi Dr. Muhammad Kim atau Puan Rozita di talian 03-26980595 atau 019-2652966.

Ceramah Pemakanan Kesihatan Gamat Emas

Satu ceramah kesihatan mengenai khasiat Gamat Emas (Stichopus her manii) akan diadakan oleh Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, lulusan dari Universiti Vrije di Brussels, Belgium.

Orang ramai yang ingin mendapatkan penerangan mengenai penggunaan Gamat Emas dalam mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kronik dijemput hadir ke Dewan Muktamar 1, Pusat Islam, UiTM, Seksyen 2, Shah Alam pada pukul 9 malam, 4 Mac 2008 (Selasa).

Masuk adalah percuma dan terdapat cabutan bertuah bernilai sehingga RM1,000 untuk dimenangi dengan setiap pembelian kupon RM5 di samping cenderamata untuk 100 peserta terawal.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ida di talian 017-3116870, Zee (013-3746313), atau Suhaimi (019-2781665).