Peminat Setia Doktor Pakar

Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

Friday, November 02, 2012

Diabetes Kanak-Kanak Meningkat

Secara umumnya masyarakat juga mengetahui penyakit diabetes ini hanya akan ‘menyerang’ orang dewasa yang berumur 30 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun sukar untuk mempercayai apabila kanak-kanak atau remaja turut dilaporkan mengalami diabetes di negara ini.

Tetapi realitinya senario ini berlaku malah kanak-kanak atau remaja yang menghidap penyakit kencing manis ini selalunya adalah jenis 1.

Yang pasti pada usia muda sekiranya individu tersebut menghidap diabetes ini adalah disebabkan antibodi dalam badan telah merosakkan organ pankreas yang mengeluarkan insulin hingga mengakibatkan mereka ini mengalami kekurangan insulin.

Ini bermakna diabetes tidak lagi mengenal usia dan sesiapa sahaja berisiko untuk menghidapinya.

Menurut Pakar Perunding Physician & Endocrinologist, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Vijay Anada Paramasvaran, angka untuk penyakit diabetes di kalangan penduduk Malaysia pasti akan bertambah setiap tahun.

Bukan itu sahaja, penyakit diabetes ini akan berganda setiap 10 tahun dan sudah pasti situasi ini amat membimbangkan.

Katanya lagi, satu kajian yang dilakukan dalam kumpulan kecil populasi di negara ini mendapati 15 peratus golongan kanak-kanak pra sekolah dan hampir 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengalami masalah obesiti.

Masalah tersebut merupakan salah satu penyebab utama mereka mendapat diabetes.

“Bagi kanak-kanak, simptom-simptom mereka menghidap diabetes ini sebenarnya tiada.

“Masalah diabetes di kalangan kanak-kanak tidak datang sendiri malah sering dikaitkan dengan masalah kegemukan atau obesiti yang semakin meningkat dari sehari ke sehari serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

“Pada masa yang sama kanak-kanak yang menghidap diabetes adalah daripada jenis 1 di mana mereka memerlukan rawatan suntikan insulin sepanjang hayat," ujar Dr. Vijay ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, secara keseluruhan di negara ini sebanyak 30 peratus pesakit diabetes yang terdiri daripada orang dewasa tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.

Ini kerana mereka tidak pernah melakukan ujian saringan kesihatan di mana ujian ini adalah penting untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Pada masa yang sama, jelas Dr. Vijay, ujian saringan kesihatan perlu dilakukan dalam usaha mengesan sesuatu jenis penyakit pada peringkat awal dan seelok-eloknya ia haruslah dilakukan setahun sekali terutama mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini.

Dr. Vijay turut menyarakan agar kanak-kanak turut melakukan ujian saringan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Memetik statistik yang sedia ada, antara 2006 hingga 2008 seramai 630 kanak-kanak dan remaja dikesan menghidapi diabetes di mana 80 peratus daripada mereka menghidap diabetes jenis 1 manakala 20 peratus lagi penghidap diabetes jenis 2.

Malah daripada statistik tersebut, Dr. Vijay turut menjelaskan bahawa dahulu lazimnya kanak-kanak yang menghidap penyakit ini hanya adalah dari jenis 1.

Tetapi sekarang dengan pelbagai masalah kesihatan yang dihidapi terutama sekali masalah obesiti, mereka (kanak-kanak dan remaja) juga sudah boleh mendapat diabetes jenis 2.

Beliau menerangkan bahawa diabetes jenis 2 kebiasaannya dialami oleh orang dewasa.

Kata beliau lagi, diabetes di kalangan kanak-kanak bukan hanya berpunca daripada faktor keturunan atau riwayat keluarga, pemakanan dan cara hidup, tetapi boleh juga disebabkan oleh jangkitan virus.

“Semua sedia maklum, penyakit ini tidak boleh dirawat tetapi masih boleh dikawal sekiranya kanak-kanak ini memiliki disiplin dan semangat yang tinggi serta mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat.

“Walaupun ada statistik menunjukkan diabetes jenis 1 kurang daripada 5 peratus manakala 95 peratus adalah penghidap jenis 2, tetapi angka ini boleh berubah pada bila-bila masa sahaja," katanya lagi.

Beliau berkata, dalam hal ini, ibu bapa, guru dan anggota masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memotivasi dan menyokong kanak-kanak yang menghidapi diabetes agar mereka tidak rasa tersisih.

Pada masa yang sama mereka juga seharusnya didedahkan dengan pengetahuan terhadap diabetes dan cara penjagaannya.

Gaya hidup yang tidak sihat selain kurang bersenam dan kegilaan generasi muda kepada permainan video dan asyik menonton televisyen, menjadikan masyarakat kita terdedah kepada pelbagai penyakit.

Oleh yang demikian, amalkanlah gaya hidup yang sihat dan cegahlah sebelum terlambat. - mariatul qatiah zakaria

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

Friday, August 03, 2012

Rawatan Mudah Diabetes


Cuba anda bayangkan bagaimana hidup anda jika hilang deria penglihatan, menggunakan kerusi roda akibat strok atau gangren kaki (kaki dipotong) selain berisiko tinggi mengalami serangan jantung sedangkan umur belum mencecah 40 tahun.

Itulah yang menanti pesakit diabetes mellitus akibat gagal mengawal penyakitnya, sama ada kerana tidak mengubah gaya hidup, tidak mahu mengambil ubat atau mengambil ubat tradisional sesuka hati.

Keadaan diburukkan lagi jika di kalangan mereka ini telah menghidap diabetes sejak usia muda lagi.

Diabetes mellitus adalah satu sindrom masalah metabolisma yang menyebabkan tahap gula di dalam darah tinggi (hiperglisemia) sama ada akibat masalah penghasilan (diabetes jenis pertama) atau fungsi (sensitiviti) insulin (diabetes jenis kedua atau diabetes gestasi).

Kebanyakan orang dewasa menghidap diabetes melitus jenis 2 (T2DM).

Namun, ramai penghidap T2DM tidak dapat mengawal penyakit dengan ubat anti-diabetes masing-masing, mereka menghadapi risiko mengalami kerumitan.

Profesor Perubatan Diabetes University Leicester, Profesor Melanie Davies memberitahu sekurang-kurangnya 67 peratus daripada penghidap T2DM menghadapi risiko kemerosotan fungsi ginjal yang tinggi dan kira-kira 30 peratus sudah mengalami kemerosotan fungsi ginjal di Amerika Syarikat.

Sementara itu, lapan hingga 10 pesakit diabetes dengan kemerosotan fungsi ginjal mempunyai risiko lebih tinggi mengalami kerumitan serius seperti keadaan hipoglisemia dan penyakit kardiovaskular.

"Justeru, pesakit amat memerlukan ubat anti-diabetes oral (OAD) yang boleh dipercayai dengan profil keselamatan dan toleransi lebih baik yang mudah digunakan tanpa mengira fungsi ginjal pesakit.

"Kebanyakan OAD tidak disyorkan atau memerlukan pelarasan dos dan pemantauan teliti kerana mewujudkan halangan penting kepada penghidap T2DM dengan kemerosotan fungsi ginjal, " ujarnya pada majlis pelancaran ubat (T2DM) terbaru Trajenta oleh Boehringer Ingelheim dan Eli Lilly.

Trajenta adalah rawatan diabetes yang diluluskan sebagai ubat satu kekuatan dos (lima miligram, sekali sehari) bagi pesakit dewasa. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) di bawah Kementerian Kesihatan telah meluluskan Trajenta seperti yang disyorkan di kalangan pesakit dewasa dengan T2DM untuk meningkatkan kawalan glisemia bersama diet dan senaman, sebagai monoterapi rawatan tunggal atau sebagai tambahan kepada metformin, sulfonilurea atau metformin serta sulfonilurea.

Tambah Profesor Melanie, Trajenta boleh diambil dengan satu dos untuk semua pesakit tidak kira tahap kegagalan buah pinggang atau hati.

"Ia menawarkan manfaat yang diberikan oleh kelas perencat DPP-4 dengan tahap kemujaraban dan toleransi yang baik serta neutral dari segi berat dan mewujudkan risiko hipoglisemia yang rendah dan juga memberikan kelebihan tambahan tiada pelarasan dos tanpa mengira fungsi ginjal dan hati pesakit," katanya.

Perkembangan positif ini pasti menggembirakan penghidap T2DM, terutamanya di Asia kerana penularan diabetes telah meningkat antara dua hingga lima kali ganda dalam tempoh dua dekad lepas berbanding 1.5 kali ganda di negara Barat.

Tambahan lagi, disebabkan oleh kesan sampingan yang dikaitkan dengan OAD yang tidak sesuai, pesakit mungkin mendapati sukar untuk mematuhi rawatan yang disyorkan. Kadar pematuhan pesakit dengan T2DM adalah antara 65 peratus hingga 85 peratus bagi OAD dan 60 peratus hingga 80 peratus bagi insulin.

"Trajenta memberikan pelbagai manfaat yang berkesan dan sesuai bagi kebanyakan penghidap T2DM," kata Pengarah Urusan Boehringer Ingelheim Malaysia Sdn. Bhd., Cheong YK.

Katanya lagi, ramai penghidap diabetes selalunya khuatir tentang peningkatan berat badan atau hipoglisemia yang mengurangkan pematuhan terhadap ubat.

"Trajenta tidak memberi kesan terhadap berat apabila digunakan sebagai monoterapi dan boleh diambil pada bila-bila masa, dengan atau tanpa makanan, yang memberikan kawalan T2DM lebih baik tanpa menjejaskan penjagaan pesakit," tambahnya.

Ditulis oleh: Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah  

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

Monday, July 09, 2012

Lelaki Lebih Terdedah Pada Diabetes Jenis 2

Seorang pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.
Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.
Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka.
Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.
Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam.


Dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/

Saturday, March 24, 2012

Sengsara Akibat Diabetes

Sejak tiga bulan kebelakangan ini Ahmad Hashim, seorang penghidap diabetes berumur 55 tahun kerap mengalami kehilangan rasa dan kekebasan di tangan dan kakinya. Perkara ini boleh berlaku pada bila-bila masa setiap hari. Puan Salmah, berumur dalam lingkungan empat puluhan pula kerap kali merasai seolah-olah kakinya panas seperti api. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku atau mengapa dia mengalami keadaan ini. Seorang lagi penghidap diabetes, Johan Rais mengalami rasa berdenyut dan menjengkelkan di bahagian tangan dan kaki sejak setahun lalu.

Diabetes ialah penyebab paling biasa masalah saraf seperti ini. Jangan anda sekali-kali mengabaikan tanda kerosakan saraf yang disebabkan oleh paras gula darah yang tinggi.

Cara yang terbaik untuk mempastikan dan mencegah diabetes daripada menjadi tidak terkawal ialah mengambil ujian paras gula dalam darah secara berterusan. Daripada keputusan ujian ini anda dapat melakukan perubahan terhadap gaya hidup dan tabiat pemakanan. Jika hasil ujian itu menunjukkan paras dalam gula darah anda lebih tinggi daripada normal, ia menunjukkan pra-diabetes atau diabetes. Diabetes juga menyerang dalam senyap. Lebih lima puluh peratus penghidap diabetes tidak menyedari mereka menghidapi penyakit tersebut; ia merupakan salah satu penyebab utama kematian yang disebabkan oleh sesuatu penyakit di Malaysia.

Ramai orang buat pertama kalinya sedar mereka mempunyai masalah paras gula dalam darah yang tinggi sebaik sahaja mula mengalami kerosakan saraf atau salah satu komplikasi yang mengancam nyawa, seperti pemotongan kaki, kebutaan, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan strok.

Sekiranya berat badan anda berlebihan atau badan anda terlampau gemuk, ini boleh mempercepatkan kemunculan komplikasi diabetes. Diabetes dan segala komplikasinya boleh berlaku pada semua peringkat umur, tidak kira bangsa dan kumpulan etnik.

Menurut Kajian Kesihatan Nasional dan Mobiditi 2006 (National Health and Morbidity Survey 2006), yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, seorang daripada tujuh warga Malaysia menghidapi diabetes. Namun, ini mungkin hanya satu petanda kecil sahaja bagi suatu masalah yang lebih besar. Ramai pakar yang terkemuka dalam masyarakat perubatan dan nutrisi di Malaysia kini mempercayai diabetes menimpa sejumlah besar penduduk; iaitu sehingga sebanyak 22 peratus daripada jumlah populasi negara ini. Ini bermakna seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia adalah penghidap diabetes. Satu fakta yang sangat menakutkan.

Pemotongan anggotaPemotongan anggota merupakan satu kemungkinan besar komplikasi neuropati yang serius. Diabetes ialah salah satu penyebab utama pemotongan bahagian bawah kaki di seluruh dunia sehingga sebanyak 50 peratus daripada semua pemotongan. Risiko pemotongan kaki adalah 27.7 kali ganda lebih tinggi bagi orang yang menghidapi diabetes.

RawatanMenurunkan paras gula darah kepada paras normal adalah langkah rawatan yang pertama untuk mencegah kerosakan saraf daripada berterusan. Pemantauan paras gula dalam darah secara kerap, merancang pemakanan, kegiatan fizikal, mengambil ubat atau insulin, akan membantu mengawal paras glukosa dalam darah. Ini mungkin mengambil masa, tetapi umumnya gejala itu akan berkurangan apabila pengawalan glukosa dilakukan dengan baik. Pengawalan yang baik juga membantu mencegah atau melambatkan kemunculan masalah selanjutnya.

Para saintis Jepun kini telah mendapati saraf yang rosak boleh dipulihkan semula dengan mengambil sejenis suplemen yang mudah, dikenali sebagai "mecobalamin" atau "methylcobalamin", iaitu bentuk vitamin B12 yang aktif. Dalam pada itu, mecobalamin merupakan bentuk Vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi. Dengan adanya mecobalamin, hepar tidak perlu lagi menukarkan bentuk vitamin B12 yang tidak aktif (cyanocobalamin) kepada mecobalamin, kerana ia sudah pun aktif dari segi oral. Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan melalui mekanisme unik yang berbeza daripada terapi semasa. Sesetengah gangguan yang mungkin dapat dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi vitamin semula jadi ini termasuklah neuropati periferal. Ambil satu kapsul yang mengandungi 500 mcg tiga kali sehari untuk menggalakkan pertumbuhan saraf yang sihat dan melindungi daripada proses kemerosotan sistem saraf.


Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

Monday, September 19, 2011

Pesakit Diabetes Kekang Keinginan

Sekalipun hidangan makanan melimpah-ruah ketika menyambut Syawal tetapi itu sebenarnya bukannya untuk pesakit diabetes.


Pesakit diabetes mungkin rasa perit kerana sekadar melihat sahaja dan terpaksa mengekang keinginan demi mengekalkan paras gula dalam badan.

Setelah menunjukkan prestasi baik sepanjang berpuasa di bulan Ramadan, sudah tentu ia perlu diteruskan.
''Hendak makan boleh tetapi jamah sedikit sahaja supaya tidak terkilan untuk merasa makanan yang dihidangkan tetapi bukan dimakan sehingga kenyang,'' kata Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Sdn. Bhd, Dr. Zainordin Md. Noor.

Katanya, sekalipun perit bagi pesakit diabetes untuk mengawal selera makan pada musim perayaan yang sememangnya penuh dengan makanan tetapi hanya itu sahaja jalan terbaik untuk mereka.

Dr. Zainordin memberitahu, adalah merugikan jika pesakit diabetes tidak mengawal selera makan kerana kebiasaannya kandungan gula telah terkawal sepenuhnya pada bulan puasa.

''Jangan rosakkan paras gula yang terkawal selama sebulan itu dengan sekelip mata disebabkan pengaruh makanan yang dihidangkan dengan banyak di bulan Syawal,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, sepanjang bulan Ramadan kebanyakan pesakit diabetes dapat menurunkan paras gula selepas berpuasa sepanjang hari.

''Ada sesetengah pesakit, tahap gula antara empat hingga lima sahaja dan pencapaian ini sebenarnya cukup baik bagi pengidap diabetes,'' katanya.

Katanya, walaupun selepas berbuka puasa biasanya paras gula akan kembali tinggi antara 10 hingga 11 tetapi akan kembali normal setelah berpuasa pada siangnya.

Jelas Dr. Zainordin, untuk mengelakkan pesakit daripada terjebak dengan longgokan hidangan yang banyak maka ada baiknya jika mereka disediakan dengan hidangan sendiri.

''Ahli keluarga kena membantu menyediakan makanan untuk pesakit dalam bekas berasingan supaya jumlah makanan yang diambil itu tidak berlebihan,'' katanya.

Sehubungan itu katanya, pesakit masih boleh makan bersama dengan keluarga tetapi tidak perlu terikut-ikut mengambil makanan bersama orang lain dengan sesuka hati.

Katanya, tidak boleh juga disalahkan pesakit kerana sesiapa sahaja akan terpengaruh untuk makan kalau makanan yang enak terhidang dengan banyak di atas meja.

Selain itu, kata Dr. Zainordin, pesakit juga dinasihatkan supaya makan ubat yang telah diberikan oleh doktor selama setengah jam sebelum makan.

''Pengambilan ubat amat penting kerana pesakit diabetes tidak boleh mengabaikan ubat untuk mengawal paras gula masing-masing,'' katanya.

Selain itu, pesakit juga dinasihatkan tidak mengambil makanan tradisional yang dihidangkan pada hari raya seperti ketupat, lemang dan rendang dengan banyak.

Menurut beliau, semua makanan itu sememangnya kaya dengan kolesterol yang cukup mudah untuk meningkatkan paras gula.

''Cukuplah jika ingin makan lemang itu hanya sepotong kerana jika lebih sebenarnya ia mengundang lebih banyak kalori,'' kata Dr. Zainordin.

Katanya, pesakit diabetes masih boleh makan tetapi dalam jumlah yang kecil hanya selepas empat jam.
''Ini untuk memberikan masa supaya kandungan gula yang terdapat dalam makanan dapat diserap sepenuhnya,'' katanya.

Biasanya kata beliau, pesakit diabetes digalakkan makan kerap iaitu empat hingga lima kali sehari tetapi dalam jumlah yang kecil.

Dr. Zainordin memberitahu, cara pemakanan yang kerap tetapi sedikit itu lebih baik supaya kadar gula dapat dikawal dan tidak naik mendadak.

''Pesakit perlu sedar adalah penting menjaga makanan di peringkat terkawal ini bagi mengelak penyakit ini lebih teruk sehingga terpaksa melakukan suntikan insulin,'' katanya.

Bagaimanapun kata Dr. Zainordin pesakit yang sudah di peringkat teruk yang terpaksa menggunakan suntikan insulin lebih mudah mengawal gula khususnya di musim perayaan.

''Ini kerana mereka biasanya akan lebih berhati-hati ketika mengambil makanan dan jika terlebih makan biasanya mereka akan menambah dos insulin yang diperlukan,'' katanya.

Disebabkan makanan punca pesakit diabetes bermasalah, maka Dr. Zainordin menasihatkan agar memakan buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan lebihkan minum air kosong untuk menstabilkan kandungan gula.

Katanya, motivasi dalam diri pesakit diabetes itu amat penting kerana pada peringkat ini tidak ada siapa yang akan dapat membantu tetapi ia banyak terserah kepada diri sendiri.

Beliau berkata, jadikan latihan sebulan berpuasa di sepanjang Ramadan itu berterusan bukan sahaja pada bulan Syawal tetapi pada bulan-bulan seterusnya.

Dr. Zainordin memberitahu, apa pun selain mengawal makanan pesakit dinasihatkan juga sesekali tidak meninggalkan ubat yang telah disyorkan oleh doktor.

Ditulis oleh: Sholina Osman
Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

Sunday, May 29, 2011

Victoza Rawat Diabetes

Menurut perangkaan daripada Persekutuan Diabetik Antarabangsa, pada 2010 seramai 285 juta penduduk dunia menghidap diabetes dan ia dijangka meningkat kepada 438 juta menjelang tahun 2030.

Daripada jumlah tersebut, di Malaysia sahaja seramai 1.8 juta telah dikenal pasti menghidap penyakit tersebut dan ia merupakan satu peningkatan yang tinggi berbanding 1.4 juta pada tahun 2006.
Pada tahun 2010 juga, sejumlah 23,800 kematian adalah disebabkan diabetes.

Menurut Pakar Endokrinologi Senior, Hospital Universiti Sains Malaysia, Professor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed, melihat akan senario tersebut, pakar kesihatan bersetuju bahawa Malaysia akan terus mengalami peningkatan dalam jumlah pesakit diabetes di masa akan datang.

Katanya lagi, jumlah kes diabetes di Malaysia dianggarkan mencecah 2.5 juta menjelang tahun 2030.
''Diabetes terbahagi kepada dua iaitu jenis 1 dan 2. Kebanyakan pesakit di negara ini menghidap diabetes jenis 2 di mana pankreas mengeluarkan kuantiti insulin yang tidak mencukupi dan secara tidak langsung ia akan mengalami kesan berkurangan ke atas otot dan sel hati.

''Dalam hal ini, pesakit selalunya mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ini adalah punca kebanyakan kematian pesakit yang menghidap diabetes jenis 2.
''Bagi diabetis jenis 1 pula, badan pesakit langsung tidak mengeluarkan insulin,'' katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah beliau, untuk itu setiap pesakit diabetes perlu dirawat dan tujuannya adalah untuk mengurangkan tahap glukosa darah ke tahap sasaran kerana penyakit ini menyebabkan tahap gula darah meningkat.
Dalam kes ini, lebih 60 peratus pesakit diabetes jenis 2 tidak mencapai kawalan glukosa darah yang baik dengan rawatan sedia ada.

Untuk itu, baru-baru ini, Novo Nordisk telah melancarkan Victoza, sejenis ubat yang dihasilkan untuk rawatan diabetes jenis 2 di Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai penemuan tersebut, Profesor Perubatan Monash Universiti, Prof. Datuk Dr. Khalis Abdul Kadir berkata, dengan Victoza, pesakit diabetes jenis 2 yakin bahawa mereka dapat mengawal tahap glukosa darah di samping mendapat manfaat penurunan berat badan.

Ujar beliau lagi, kes tersebut (penurunan berat badan) adalah pencapaian penting bagi pesakit diabetes jenis 2 yang ramai di antaranya menghadapi masalah berat badan.

''Sebahagian besar kes diabetes di Malaysia adalah diabetes jenis 2 yang boleh dikaitkan dengan peningkatan bilangan mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obes.

''Tetapi dengan Victoza, ia mampu membantu pesakit menurunkan berat badan dan ini adalah satu faktor penting dalam rawatan diabetes jenis 2 .

''Dengan Victoza, pesakit hanya perlu menyuntik sekali sehari sahaja dan tidak bergantung kepada waktu makan. Ini bermakna suntikan boleh diambil pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan,'' katanya.

Victoza merupakan sejenis ubat yang mampu membantu pesakit diabetes jenis 2 mengembalikan tahap glukosa darah kepada normal.

Ia bertindak balas dengan tubuh untuk mengawal tahap glukosa darah dengan merangsang pengeluaran insulin hanya ketika ia menjadi terlalu tinggi.

Penghasilan Victoza juga adalah untuk mengenal pasti kaedah terbaik untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mengawal tahap glukosa darah di samping mengurangkan risiko tahap glukosa darah terlalu rendah (hipoglisemia).

Sebelum Victoza diperkenalkan kepada umum, kajian yang dilakukan membuktikan dua faedah tambahan Victoza adalah penurunan tekanan darah sistolik dan pemulihan fungsi sel beta.

Kelebihan ini telah dibuktikan melalui fasa 3 ujian Liraglutide Effect and Action in Diabetes (LEAD) yang melibatkan 4,000 pesakit diabetes jenis 2 menerima rawatan Victoza di 40 buah negara termasuk Malaysia.

Ditulis oleh: Mariatul Qatiah Zakaria
Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

Wednesday, December 02, 2009

Petua Menghadapi Diabetes

Kebanyakkan mereka yang didiagnosis mengalami diabetes atau pra diabetes, sentiasa dimaklumkan mengenai komplikasi jangka panjang akibat diabetes yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok, buta, sakit buah pinggang dan pemotongan anggota badan.

Malangnya, hanya sebilangan sahaja yang diberitahu kesemua komplikasi tersebut umumnya boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup yang disyorkan seperti diet, makanan tambahan, kerap bersenam dan mengambil perhatian kepada ujian perubatan seperti HbA1c, pemeriksaan mata yang kerap dan sebagainya. Kebanyakan penghidap diabetes boleh mencegah atau melambatkan kebangkitan komplikasi itu.

Menurut Laporan oleh USA Today keluaran April 2009, walaupun ujian HbA1c mudah diperolehi, terdapat kurang daripada 42 peratus penghidap diabetes telah melakukannya atau memahami makna kesimpulan yang dicapai.

Di bawah ini merupakan beberapa cara yang mudah namun penting untuk mencegah terjadinya komplikasi yang berkaitan dengan takat gula darah tinggi:

Perubahan gaya hidup yang merangkumi:

1. Diet

Walaupun anda mengalami pra-diabetes atau diabetes, ini tidak bermakna anda tidak boleh menikmati pelbagai makanan. Matlamatnya ialah mempelajari pengambilan makanan seimbang dalam jumlah yang betul. Di sini terdapat beberapa petua mengenai pemilihan makanan berkhasiat bagi anda sekeluarga:

"Makan banyak sayuran dan buahan. Cuba pilih dari warna yang berlainan agar kepelbagaian dimaksimumkan.

"Makan sayuran yang tidak berkanji seperti bayam, lobak merah, brokoli atau kekacang hijau.

"Pilih makanan bijirin penuh dan bukan makanan bijirin yang diproses. Makan nasi beras perang, bukan nasi putih serta pilih roti perang dan bukan roti putih.

"Keluarkan kulit daripada sebarang jenis daging seperti ayam, daging lembu dan sebagainya..

"Minum air dan minuman "diet" tanpa kalori dan bukan minuman soda biasa, teh yang manis dan lain-lain minuman yang dimaniskan dengan gula.

"Kurangkan makanan ringan berkalori tinggi dan pembasuh mulut seperti keropok, biskut, kek, dan ais krim lemak penuh.

2. Kerap Bersenam

Senaman adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat bagi semua orang terutamanya penting bagi mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes. Tetapi, senaman bukan bermaksud berlari marathon atau menekan tubi 300 kali. Matlamatnya adalah untuk menjadi aktif dan kekal aktif dengan melakukan perkara yang anda gemari seperti berkebun atau bersiar-siar.

3. Pemeriksaan perubatan tetap terutamanya:

a) Ujian Darah HbA1c

HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangkamasa merangkumi dua hingga tiga bulan.

Secara khusus, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah. Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus. Ini bermakna kurang daripada 6 peratus molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

Berdasarkan kepada hasil kajian seperti Percubaan Pengawalan dan Komplikasi Diabetes (DCCT), yang menunjukkan kawalan ketat glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata, buah pinggang dan penyakit saraf akibat diabetes, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya penghidap diabetes cuba mengawal takat HbA1c di bawah 7 peratus.

b) Pemeriksaan mata

Jika anda menghidap diabetes, dapatkan pemeriksaan mata menyeluruh sekurang- kurangnya sekali setahun dan jika anda mempunyai diabetes retinopati, anda mungkin memerlukan pemeriksaan mata lebih kerap. Orang yang mempunyai retinopati proliferatif boleh mengurangkan risiko mereka menjadi buta sebanyak 95 peratus dengan mendapatkan rawatan tepat pada masa dan rawatan susulan yang betul.

4. Suplemen Nutrien

Suplemen multivitamin dan mineral berpotensi tinggi dirumus untuk menyokong keperluan nutrien khas bagi golongan yang mempunyai paras gula darah yang tinggi, termasuk diabetes. Pembekalan nutrien utama tambahan kepada mereka yang mengalami pra diabetes dan diabetes telah menunjukkan pengawalan gula yang lebih baik dan juga mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama diabetes.

Contoh khusus nutrien utama yang diperlukan oleh pesakit diabetes dalam jumlah yang lebih tinggi daripada kandungan dalam formula multivitamin dan mineral harian yang biasa adalah Asid Alfa Lipoik, Vanadium Sulfate dan Kromium. Pesakit diabetes memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik, sejenis antioksidan "sejagat" yang boleh berfungsi dalam sel berair dan berlemak.

Sekumpulan badan penyelidikan telah menemui sejenis vitamin B12 yang bersifat aktif secara neurologi dikenali sebagai mecobalamin (atau methylcobalamin) yang boleh membantu dalam menumbuhkan kembali saraf yang rosak, iaitu komplikasi paling umum yang berkaitan dengan takat glukosa darah tinggi.

Mecobalamin

Saintis Jepun telah mengetahui bahawa Mecobalamin memberi perlindungan terhadap penyakit neurologi (saraf) dan penuaan melalui mekanisma yang berbeza daripada terapi masa kini. Beberapa gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semulajadi ini termasuk neuropati periferal.

Perkataan neuropati berasal daripada dua bahagian: "neuro" merujuk kepada saraf dan "pati" menunjukkan penyakit. Nueropati periferal adalah sejenis keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat terutamanya pada lengan dan kaki.

Saraf merupakan laluan komunikasi badan. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian badan. Badan menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat tersebut ke otak melalui saraf.

Kebanyakan saraf periferal bertanggungjawab untuk keupayaan perasaan yang anda perolehi seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan penghujung saraf tersebut di jejari anda, tangan, jari kaki dan kaki yang direka untuk melindungi anda daripada bahaya dan menjauhi perkara-perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Gejala-gejala neuropati periferal mungkin merangkumi:

>> Kekebasan atau tidak sensitif terhadap kesakitan atau suhu

>> Rasa berdenyut-denyut, panas membahang atau rasa menyucuk

>> Rasa sakit menusuk atau kekejangan

>> Terlalu sensitif terhadap sentuhan, sekalipun sentuhan yang lembut

>> Hilang keseimbangan dan koordinasi

Membeli Suplemen

Pesakit diabetes berada pada tahap risiko lebih tinggi terhadap jangkitan dan penyembuhan luka yang lambat. Kajian menunjukkan pesakit diabetes yang mengambil suplemen harian selama setahun telah mengalami kadar jatuh sakit dan jangkitan yang berkurangan jika dibandingkan dengan subjek kajian yang mengambil plasebo.

Jika anda adalah seorang pesakit pra-diabetes atau diabetes, keperluan pemakanan anda adalah berbeza. Dengan itu, anda harus beringat untuk mendapatkan suplemen multivitamin dan mineral harian yang mengandungi kesemua bahan kandungan tersebut di atas yang didapati dalam potensi lebih tinggi. Ambillah jenis yang dirumus khas untuk pesakit diabetes dan pra diabetes untuk membantu dalam penjagaan optimum kesihatan dan mencegah penyakit.

Walaupun betapa pentingnya suplemen, multivitamin dan mineral harian yang baik perlu dipilih bagi mereka yang mengalami paras gula darah tinggi. Gabungan vitamin B12 dan mecobalamin yang aktif secara neurologi adalah disyorkan kerana keupayaannya untuk membantu dalam pencegahan dan penyembuhan kembali saraf yang rosak - sejenis komplikasi umum yang dialami oleh mereka yang mempunyai takat gula darah tinggi.



Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Tuesday, February 17, 2009

Kerosakan Saraf Jejaskan Fungsi Seksual

SOALAN:
Doktor ada menjelaskan bahawa semakin lama seorang itu menghidap diabetes, maka semakin teruk kesannya kepada kesihatan, akibat terjejasnya fungsi saraf.

Kini saya mengakui kebenarannya apabila didapati kesihatan seksual saya semakin lemah dan turut memberi tekanan emosi. Namun saya masih berusaha agar saya boleh menikmati kehidupan saya. Adakah suplemen yang dapat membantu?


JAWAPAN:

Mereka yang menghidap diabetes sememangnya berisiko lebih tinggi untuk mengalami kemerosotan fungsi seksual.

Risikonya semakin bertambah seiring dengan tempoh seseorang menghidap diabetes. Menurut Persatuan Diabetes Kanada, antara 50 hingga 70 peratus lelaki yang menghidap diabetes mengalami gangguan kesihatan seksual.

Penegangan alat kelamin lelaki terjadi apabila mendapat rangsangan seksual menyebabkan saraf membebaskan isyarat.

Isyarat ini akan membenarkan lebih banyak darah mengalir ke alat kelamin, menyebabkan ia mengeras dan menegang.

Namun, apabila fungsi saraf atau salur darah terjejas atau rosak (biasanya akibat kesan ubat atau penyakit), aliran darah akan berkurangan. Ini akan mengganggu penegangan daripada terjadi.

Dengan sebab itulah masalah kemerosotan fungsi seksual merupakan antara komplikasi diabetes yang kerap terjadi akibat sama ada kerosakan saraf, salur darah atau kedua-duanya.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai penyakit lain yang boleh menyumbang kepada kerosakan saraf dan salur darah seperti penyakit jantung, pembedahan dan sebagainya.

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang serta gaya hidup sihat mampu mengawal diabetes, sekaligus mengurangkan risiko-risikonya.

Manakala dari segi makanan tambahan, nutrien antioksida poten seperti asid alfa lipoik merupakan antara nutrien yang paling banyak digunakan dalam menjaga kesihatan saraf.

Penggunaannya secara meluas adalah ekoran daripada sokongan daripada pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa pengambilannya memberi kesan positif kepada penghidap diabetes dan simptom-simptom terjejasnya fungsi saraf.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Saturday, July 05, 2008

Menentang Komplikasi Berkaitan Kencing Manis

Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra kencing manis telah dihuraikan. Telah dinyatakan bahawa bukan penyakit itu yang harus dirisaukan tetapi akibat daripada tidak membetulkan ketidakseimbangan atau kerosakan kepada toleransi glukosa yang perlu ditangani, sama ada pesakit kencing manis jenis kedua atau pra kencing manis.

Penyakit biasa yang diketahui ada hubungkaitnya dengan kencing manis ialah penuaan pra masa, tekanan darah tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung kogestif, strok, osteoporosis, masalah mata (katarak, glaukoma, retinopati), kepincangan fungsi erektil serta neuropati (kekebasan atau rasa berdenyut di kaki atau tangan). Anda mungkin tidak berasa sakit sepenuhnya, oleh itu kudis akan berkembang lebih buruk dan anda rentan kepada jangkitan. Kerosakan teruk pada saraf penghidap kencing manis merupakan sebab utama pemotongan paha dan kaki dan kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat jangkitan. Gula darah yang tinggi membuatkan lebih susah untuk badan menentang jangkitan.

Pesakit kencing manis juga menanggung risiko lebih tinggi untuk menghidapi beberapa penyakit lain. Sebaik sahaja penyakit menimpa, mereka menghadapi masalah besar untuk pulih. Oleh itu adalah penting bukan sahaja menumpukan usaha untuk menurunkan paras gula darah, tetapi juga menjaga penentangan insulin. Satu lagi perkara penting yang harus dilakukan ialah mencari jalan bagaimana kita boleh mencegah komplikasi ini daripada berkembang atau menjadi bertambah buruk.

Pemantauan secara kerap beberapa unsur berkaitan dengannya merupakan langkah penting yang mesti diambil. Apabila ini dilakukan, maka ia menjadi lebih mudah untuk membetulkannya sama ada melalui pemakanan atau mengambil suplemen nutrien tertentu.

Mencegah Daripada Menderita Komplikasi Kencing Manis

Anda pasti tidak mahu menderita akibat komplikasi penentangan insulin ataupun penyakit kencing manis. Jika anda mempunyai masalah toleransi glukosa, maka memakan jenis makanan yang wajar dan mengambil pelbagai suplemen nutrien penting adalah perlu untuk membantu mencegah dan menangani komplikasi kencing manis.

Terdapat banyak suplemen nutrisi penting untuk pesakit kencing manis. Mintalah nasihat pakar kesihatan yang arif dalam kedua-dua bidang nutrisi dan pemakanan. Diberikan di sini senarai nutrien penting yang disyorkan sebagai sebahagian daripada rawatan kencing manis.

Sebagai seorang pengamal perubatan holistik, lazimnya pesakit kencing manis akan dinasihatkan supaya memulakan dengan mengambil formula multivitamin dan mineral yang baik dengan kandungan 19 nutrien penting termasuk Kromium, Vanadil Sulfat, Biotin dan Asid Alfa Lipoik (ALA).

ALA, salah satu antioksidan paling penting untuk kencing manis, telah dinilaikan sebagai pengawal gula darah, neuropati kencing manis dan penyakit buah pinggang. Satu dos yang mengandungi antara 50 miligram (mg) hingga 300 mg ALA dibahagikan bergantung kepada dos mengikut tahap ketenatan penyakit supaya boleh ditangani dengan jayanya. Jika dos lebih tinggi diperlukan, ambil kapsul suplemen ALA tambahan yang memberi tindakan lebih lama.

Pati Kayu Manis (satu hingga lima gram setiap hari) akan memperbaiki paras gula dan mengurangkan lipid darah. Pilihlah suplemen yang mengandungi pati Kayu Manis larut air yang telah distandardkan dan digabungkan dengan Banaba untuk memperoleh manfaat maksimum dalam meningkatkan kesensitifan insulin dan mengimbangi gula darah.

Selain dari suplemen asas tersebut, suplemen lain juga disarankan tetapi bergantung kepada tahap komplikasi:

>> Minyak ikan akan mengekalkan aliran darah yang sihat, terutama sekali dalam peredaran mikro.

>> Rawatan menggunakan Acetyl-L-carnitine mempunyai harapan baik bagi neuropati kencing manis, lazimnya pada dos yang mengandungi 100 hingga 400 mg. setiap hari. Dua kajian rawak plasibo terkawal terhadap Acetyl-L-carnitine mengesahkan bahawa ia melegakan kesakitan, mewujudkan pertumbuhan semula saraf, dan persepsi getaran pada para pesakit yang menderita neuropati kencing manis yang kronik.

>> Dos Vitamin C yang tinggi (antara dua gram hingga lima gram setiap hari) dan L-Lysine (lima gram) mungkin dapat memperbaiki aliran darah, bahkan memundurkan penimbunan plak. Ini juga membantu dalam jangka panjang dan bagi mereka yang menderita libido lemah dan kepincangan fungsi erektil mungkin bermanfaat mengambil dos yang lebih tinggi.

>> Astragalus mungkin boleh membantu nefropati kencing manis dan mencegah kegagalan jantung.

>> Whey Protein - Bagi mereka yang menghidap kencing manis jenis kedua, menambah whey kepada makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi akan merangsang pelepasan insulin dan mengurangkan kenaikan mendadak paras glukosa darah setiap kali lepas makan.

>> Bilberi, Lutin dan Zeaxanthin mungkin dapat mencegah katarak dan perkembangan retinopati.

>> Suplemen Magnesium juga sangat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi akibat komplikasi kencing manis.

>> Salah satu bidang yang paling menarik dalam rawatan holistik ialah Resveratrol, sejenis antioksidan polifenol yang didapati dalam wain merah dan tumbuhan herba Japanese Knotweed. Resveratrol membantu menurunkan paras “amyloid beta peptides” yang menyebabkan pembentukan plak dalam otak yang akan membawa kepada penyakit Alzheimer. Resveratrol juga mencegah osteoporosis, melindungi jantung serta mempunyai ciri antikanser. Daripada meminum lebih banyak wain merah, sebaliknya ramai pesakit rawatan holistik di Malaysia mengambil formula yang menggabungkan resveratrol yang diperoleh daripada sumber tumbuhan semulajadi dengan quercetin dalam satu kapsul cecair. Tambahan pula, mereka juga akan dapat menikmati manfaat anti penuaan daripadanya.

>> Terapi lain yang digunakan untuk memperbaiki komplikasi berkaitan kencing manis termasuklah terapi “chelation” (menerusi saluran darah atau rektum), “Far Infra-Red Hothouse Dome”, pemproses Air Alkali dan Bio-Ionizer yang dikenali sebagai “E-Power.”

Oleh itu, ambillah langkah pertama dan kawal masalah gula yang anda hadapi dengan mengamalkan gaya hidup sihat (disertai dengan pemakanan dan senaman yang wajar), ubah cara hidup dan mengambil suplemen nutrisi yang bersesuaian.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my

Friday, June 20, 2008

Kesihatan Mata Selepas Umur 50 Tahun

Dekad kelima kehidupan dan masa-masa seterusnya sering membawa perubahan besar dalam hidup seperti persaraan, menopaus dan juga potongan harga untuk sistem pengangkutan awam.

Mata juga akan mengalami perubahan akibat peningkatan usia. Sesetengah perubahan ini adalah normal dan berkait rapat dengan usia tetapi ada juga yang berpunca daripada datangnya penyakit.

Presbyopia (Rabun Dekat)

Penyakit ini adalah perubahan yang paling biasa berlaku di mana seseorang yang meningkat usianya kehilangan keupayaan untuk melihat dari jarak dekat.

Mekanisme memfokus mata pesakit sebegini telah menjadi semakin lemah sementara jalan penyelesaian paling mudah untuk masalah ini adalah dengan penggunaan ‘cermin mata membaca’ dari pakar mata.

Dalam keadaan ini, senaman mata atau memperbanyakkan melihat suasana hijau tidak akan membawa faedah lagi.

Cermin mata dengan lubang-lubang kecil juga tidak dapat membetulkan masalah penglihatan ini.

Selain itu, pesakit juga perlu berhati-hati dengan pembedahan kornea menggunakan laser kerana berkemungkinan banyak masalah boleh berlaku selepas beberapa ketika.

Katarak

Kira-kira 50 peratus daripada mereka yang mencecah usia 70 tahun akan mendapat katarak.

Katarak adalah pembentukan kekeruhan pada kanta asal mata pesakit yang berlaku secara berperingkat dan semakin teruk.

Kanta mata pada asalnya jernih seperti kanta pada cermin mata. Lama kelamaan, kanta ini akan menjadi keruh seperti cermin yang berwap.

Kebanyakan katarak tidak perlu dibuang selagi ia tidak mengganggu penglihatan pesakit. Menukar cermin mata juga hanya membazirkan wang kerana tidak dapat memulihkan masalah ini.

Dalam mendapatkan rawatan untuk katarak pula, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan kaedah terbaik menangani katarak daripada beberapa pakar memandangkan kepakaran teknikal dan kos rawatan amat berbeza di antara pakar-pakar mata terbaik.

Diabetes

Tiada siapa dapat memastikan jumlah sebenar pesakit yang menderita akibat diabetes. Namun dianggarkan lima peratus daripada golongan melebihi usia 50 tahun telah dikenalpasti menghidap diabetes sementara lima hingga 10 peratus lagi masih belum dikesan.

Penyakit ini menyerang dengan senyap dan merupakan ‘pembunuh’ berbahaya kerana pesakit mungkin hanya menunjukkan sedikit simptom sehinggalah kebanyakan daripada organ dan tisu badan telah rosak teruk.

Pengurusan penyakit ini secara klinikal juga tidak berkesan dan amatlah diharapkan semua pihak dapat menumpukan lebih banyak sumber dalam menguruskan ‘bom masa’ ini.

Pengurusan secara berkesan penyakit ini dari peringkat awal selalunya dapat memberi manfaat besar kepada kualiti hidup pesakit kelak.

Jika anda merupakan pesakit diabetes, adalah amat penting untuk mendapatkan pemeriksaan mata selepas didiagnosis menghidap diabetes dan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun selepas itu, atau lebih kerap bergantung kepada tahap kesihatan mata.

Rawatan sebelum berlakunya kerosakan pada penglihatan selalunya tidak menyakitkan, lebih berjaya dan lebih murah.

Bagaimanapun, jika rawatan hanya diterima selepas penglihatan terjejas, ia selalunya rumit, mahal dan paling penting, mungkin tidak dapat meningkatkan kembali tahap penglihatan pesakit.

Kemerosotan Makular Berkaitan Dengan Usia (ARMD)

Masalah ini merupakan satu-satunya punca utama individu di dunia Barat menghadapi gangguan penglihatan yang serius.

Walaupun terdapat kaitan genetik yang memainkan peranan dalam pembentukan ARMD, amalan pemakanan juga memainkan peranan yang besar.

Memandangkan diet harian di negara ini semakin mengikut gaya pemakanan Barat, bilangan pesakit ARMD di Malaysia juga dilihat semakin meningkat.

Masalah ini menyebabkan kawasan pusat retina yang sensitif menjadi kecut dan kadangkala ia berlaku dengan pantas dan amat membimbangkan.

Retina merupakan bahagian mata yang membentuk imej yang dilihat dan akibat ARMD, imej pertengahan yang tajam menjadi semakin kabur serta tidak jelas, dan akhirnya menjadi kabur sepenuhnya.

Penglihatan periferal (sisi) bagaimanapun tidak terjejas akibat masalah ini. Tabiat merokok juga merupakan satu faktor risiko utama untuk penyakit ini.

Pengambilan suplemen makanan yang kaya dengan vitamin A, C, E, zink, selenium dan lutein mungkin dapat mengurangkan perkembangan ARMD sehingga 25 peratus.

Glaukoma

Masalah yang seringkali terlebih diagnosis tetapi kurang difahami ini (walaupun di kalangan pakar mata), menyebabkan kematian pramatang saraf optik yang menghubungkan mata ke otak.

Keadaan ini selalunya berlaku secara berperingkat tetapi pesakit mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah kerosakan pada saraf tersebut tidak dapat diperbaiki lagi.

Namun, bagi kebanyakan pesakit, keadaan ini sering disalah diagnosis dan tidak diuruskan dengan betul.

Ini kerana terdapat banyak perubahan normal pada mata yang menyerupai glaukoma tetapi tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu diperhatikan perkembangannya.

Walaupun jika pesakit disahkan menghidap glaukoma, rawatan yang berjaya dapat diperolehi dengan hanya menggunakan ubat titisan mata sementara pembedahan jarang sekali perlu dilakukan ke atas pesakit.

Glaukoma mempunyai komponen kaitan genetik yang besar, maka adik-beradik kepada pesakit yang disahkan menghidap glaukoma perlu dibuat pemantauan untuk perkembangan masalah ini, seumur hidup mereka.

Kadangkala, keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk jika pesakit turut mengalami katarak yang semakin melarat.

Pembedahan membuang katarak selalunya menyelesaikan masalah sebegini tanpa memerlukan pembedahan khusus untuk glaukoma.

Bagaimanapun, pesakit yang berasa sangsi dinasihat untuk mendapatkan pandangan dari beberapa pakar lain sebelum bersetuju menjalani sesuatu bentuk rawatan.

Kebanyakan masalah mata hanya muncul dengan usia yang semakin meningkat.

Kebanyakan daripada masalah ini juga kini boleh dirawat di Malaysia dan tidak memerlukan rawatan di luar negara.

Namun, penjagaan kesihatan mata di negara ini masih kurang konsisten dari segi kualiti tinggi rawatan seperti yang diharapkan dan ini belum lagi ditambah dengan masalah perbezaan kos yang ketara walaupun untuk rawatan yang serupa.

Pesakit dinasihatkan untuk bijak memilih dan mendapatkan pandangan dari beberapa pakar mata terlebih dahulu.

Pesakit juga perlu memahami masalah mata yang dihidapi mereka dengan mendapatkan pelbagai maklumat percuma dari internet atau berjumpa pakar perubatan.


Ditulis oleh:
Dr Fatima Najla KM Muhd Jaafar
Pakar Runding Pembedahan Mata,
Pusat Pakar Mata Antarabangsa (ISEC) Midvalley, Kuala Lumpur

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Masalah Gula Darah

Sebelum, ini kita berbincang mengenai Disglisemia sebagai salah satu penyebab penyakit kencing manis jenis II. Hari ini kita akan membincangkan satu lagi teori menarik dan terbukti, dirujuk sebagai “hiperasiditi” (asid berlebihan) badan.

Penyakit Degeneratif (Penuaan) Dan Hubungkait Dengan Hiperasiditi

Kebanyakan penyakit degeneratif adalah akibat sisa buangan asid yang menimbun dalam badan. Ketika dilahirkan, badan kita bebas daripada deposit sisa buangan asid. Kita mempunyai konsentrasi mineral alkali dan pH badan yang tertinggi. Apabila semakin tua, proses hidup yang biasa ialah kita beransur-ansur menjadi lebih berasid. Itulah sebabnya mengapa degeneratif tidak berlaku semasa muda. Ia lazimnya berlaku selepas umur 40 tahun. Perbezaan antara ketika berusia 20 tahun dan 40 tahun ialah anda telah mengumpul lebih banyak sisa berasid pada usia 40 berbanding 20 tahun.

Untuk mempertahankan kehidupan, badan mestilah mengekalkan suhu badan yang mantap dan nilai pH cecair badan yang malar dengan pH yang sedikit menjurus kepada alkali pada julat yang ketat iaitu 7.3 hingga 7.45. Jika miring walau sedikitpun kepada pH darah yang berasid, ia akan membawa maut, satu keadaan yang badan kita tidak akan membiarkannya berlaku. Untuk mencegah keadaan ini, badan dengan cepatnya akan menyelaraskan pH darah kembali semula ke pH yang beralkali melalui pelbagai mekanisme, seperti menggunakan mineral alkali dalam badan untuk meneutralisasikannya. Apabila mekanisme ini tidak dapat menangani permintaan, maka mekanisme lain akan memainkan peranan. Salah satu daripadanya ialah pemejalan kimia berasid, kemudian mendepositkan dalam tisu dan organ badan. Kolesterol dan asid urik yang terhablur adalah contoh asid yang memejal.

Faktor Ketidakseimbangan Asid Badan

Gaya hidup dan tabiat makan yang tidak baik, pengambilan sayuran dan buah-buahan yang tidak mencukupi, mewujudkan ketidakseimbangan asid dan menyebabkan badan beransur-ansur menjadi berasid. Kita sentiasa sibuk dan sering mendesak badan habis-habisan untuk melakukan sesuatu. Kita berjaga sehingga larut malam dan esok pagi bangun awal untuk menunaikan tanggungjawab. Tekanan fizikal atau mental akan menjana lebih banyak sisa buangan berasid dalam badan. Pencemaran alam sekitar juga satu sebab pengasidan badan. Jika ini berterusan, ia akan membawa padah kepada kesihatan seperti arthritis, tekanan darah tinggi, kanser dan kencing manis (diabetes).

Dalam kes kencing manis, adalah dipercayai bahawa pankreas mengeluarkan salah satu cecair badan pH yang tertinggi dengan nilai pHnya 8.8. Kekurangan ion kalsium merencat pengeluaran dan pelepasan hormon insulin. Saluran darah yang tersumbat disebabkan oleh penimbunan asid juga melemahkan fungsi pankreas. Apabila semakin berumur, kita mengumpul produk sisa berasid, maka kecekapan pankreas juga berkurangan. Rupa-rupanya kita mengumpul sisa berasid di sekeliling pankreas, lebih-lebih lagi lelaki . Orang lelaki, mulanya akan mengumpul asid lemak di sekeliling pinggang .

Penjenisan Metabolik – Makanan Yang Baik Untuk Seseorang Mungkin Menjadi Racun Kepada Orang Lain.

Satu lagi teori yang terbukti tentang sebab-sebab keasidan darah dikenali dengan “teori penjenisan metabolik.” Berpengalaman sebagai pengamal semulajadi, saya dapati bahawa orang yang berlainan mempunyai jenis metabolik berbeza yang menentukan jenis diet manakah yang sesuai: sama ada jenis Karbo ataupun Protein. Keasidan atau kealkalian badan akan ditentukan oleh jenis makanan yang dimakan. Jika anda tidak memakan makanan mengikut jenis dominan anda, ini menyebabkan keasidan dan kealkalian darah yang akan membawa akibat buruk. Pada umumnya kita terbahagi kepada dua jenis metabolik yang nyata, iaitu Jenis Pengoksidaan dan Autonomik. Pengoksidaan pula terbahagi kepada Pengoksidaan Cepat dan Perlahan manakala Jenis Autonomik disubkumpulankan kepada jenis-jenis simpati dan parasimpati. Kira-kira 70% daripada kes kencing manis yang saya uruskan termasuk dalam kategori Pengoksidaan Cepat atau Jenis Protein. Bagi yang mempunyai Pengoksidaan Cepat, memakan makanan yang tinggi karbohidrat akan menyebabkan darah berasid. Diet yang mengandungi protein yang tinggi dan lemak yang baik mutunya merupakan penyelesaian yang unggul bagi masalah mereka. Untuk menentukan jenis metabolik, anda perlu menjalani ujian selama dua jam termasuk ujian air kencing, air liur, darah, serta ujian profil tanda-tanda penting. Sebaik sahaja jenis dipastikan, anda akan dinasihatkan tentang diet yang sesuai.

Penyelesaian Terhadap Keadaan Ini:

Kurangkan pengasidan dalam sistem dan alkalikan darah. Ini penting selain melakukan perubahan kepada gaya hidup, diet dan memakan suplemen untuk membantu mengawal paras gula darah. Bagi meningkatkan kealkalian dalam badan dan memastikan gula darah sentiasa dalam kawalan:

1. Kurangkan tekanan fizikal dan mental – pelajari bagaimana untuk bertenang

2. Tidur awal – penyelidik mendapati mereka yang tidur lima jam atau kurang adalah 34% lebih berkemungkinan menghidapi kencing manis berbanding yang tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam.

3. Senaman boleh memejalkan otot dan membakar kalori, menaikkan suhu dalaman badan dan mengembangkan saluran kapilari yang tersumbat agar dapat menyedut sisa buangan yang terpendam dalam sistem.

4. Makan mengikut jenis metabolik anda. Jalani ujian untuk menentukan jenis metabolik dan sebaik sahaja mengetahuinya, makan mengikutnya bagi memastikan pH badan dikekalkan pada tahap optimum.

5. Jauhi minuman ringan, berkarbonat khususnya jenis kola. Selain kandungan gula yang tinggi, ia juga amat berasid.

6. Makan makanan yang pHnya banyak beralkali, dilihat sebagai dapat memulihkan semula kesihatan pankreas:

>> Jika mampu, belilah alat pemproses air alkali. Air beralkali kaya dengan ion mineral beralkali seperti ion kalsium, kalium dan magnesium. Dengan minum sekurang-kurangnya lima gelas air alkali setiap hari akan beransur-ansur menurunkan keasidan badan dan membolehkan badan membuang semua sisa buangan yang dikeluarkan.

>> Makan makanan yang membentuk alkali seperti (mengikut urutan kealkaliannya): halia, kacang ginjal, bayam, kacang soya, pisang, buah berangan, karot, kulat, strawberi, ubi kentang, lobak, lobak putih, labu besar, keledek, turnip, jus oren, buah epal, putih telur, buah pir, jus anggur, timun, tembikai, terung, kopi, bawang, teh, kacang panjang, susu manusia, susu lembu dan tofu.

7. Herba, suplemen nutrien dan mineral yang menyumbangkan kepada kealkalian.

>> Makanan super seperti klorella, spirulina, aphanizomenon flos-aquae, rumput gandum dan rumput barli menambahkan alkali kepada darah. Salah satu formula seperti itu yang saya syorkan kepada pesakit saya ialah “Greens Total” yang diperkuatkan dengan 76 jenis makanan super, herba dan fitonutrien yang membersihkan serta merancakkan sistem badan. Ia juga kuat mengalkalikan.

>> Suplemen kalsium yang baik.

8. Lain-lain suplemen penting untuk pesakit kencing manis

>> Dalam semua keadaan gula darah tinggi, adalah penting untuk memastikan pesakit mengambil diet yang sesuai, iaitu yang rendah gula dan kanji serta mengambil suplemen formula multivitamin khas untuk pesakit kencing manis yang mengandungi nutrien penting seperti Asid Alfa Lipoik, Kromium, Biotin dan Vanadium untuk membantu menguruskan paras gula darah. Ini merupakan 4 nutrien penting untuk pesakit kencing manis kerana ia membantu meningkatkan sensitiviti insulin, menstabilkan paras gula darah dan mencegah perkembangan komplikasi kencing manis.

>> Herba seperti pati kayu manis dengan Banaba juga penting kerana mempunyai ciri-ciri yang boleh menurunkan paras gula darah. Pilihlah pati kayu manis larut air yang dipiawaiankan kerana ia mengandungi Polifinol jenis A Polimer yang dapat meningkatkan aktiviti insulin sebanyak 20 kali, oleh itu ia membuatkan paras gula darah dalam kawalan. Banaba mengandungi asid korosolik yang selamat dan berkesan untuk menurunkan paras gula darah. Bila digabungkan, kedua herba ini berfungsi secara bersinergi dan mengawal paras gula darah.

9. Terapi Bowen: Salah satu teknik yang diamalkan di klinik saya ialah satu bentuk kerja unik dilakukan ke atas badan dan ini mengawal sistem badan serta menyahtoksikkan badan daripada sisa buangan berasid.

10. Gelombang “Far Infrared” - gelombang terapi ini menusuk sedalam kira-kira 2 hingga 3 inci ke dalam kulit dan menaikkan suhu badan untuk mengeluarkan sisa buangan berasid daripada sistem. Salah satu alat seperti itu ialah “FIR Hothouse Dome” yang saya syorkan kepada para pesakit saya.

Ini merupakan beberapa cara dan kaedah yang lazimnya saya masukkan sebagai sebahagian daripada modul rawatan untuk mereka yang menghadapi masalah gula darah. Saya harap rencana ini memberi pendekatan baru yang agak berbeza mengenai kesihatan anda agar ia boleh memberi panduan dalam mencari penyelesaian terhadap masalah penyakit kencing manis anda.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my

Tuesday, June 10, 2008

Suplemen Untuk Diabetes

SOALAN:
Ibu saya telah menghidap diabetes lebih daripada 10 tahun dan mengambil ubat- ubatan seperti yang disarankan doktor. Namun agak sukar baginya untuk mengekalkan paras gula, yang mungkin juga berpunca daripada pemakanan yang tidak begitu terkawal.

Kini, ibu kerap mengadu yang beliau kerap merasa kebas dan rasa seakan mencucuk-cucuk di bahagian kaki. Ibu juga sering kelesuan dan tidak bermaya. Apakah pemakanan tambahan yang boleh membantunya?


JAWAPAN:
Bagi penghidap diabetes, penjagaan makanan adalah merupakan rawatan paling asas dalam menangani diabetes. Oleh itu patuhilah panduan yang disarankan doktor. Bijirin penuh, sayur-sayuran juga membantu dalam pengawalan gula darah.

Antara herba yang sesuai untuk diamalkan oleh penghidap diabetes adalah Fenugreek (Halba), Biter melon atau peria, gymnema dan juga holy basil.

Gabungan herba-herba ini didapati membantu dengan mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus, menahan rasa manis daripada makanan serta merangsang penghasilan insulin.

Rasa kebas dan mencucuk-cucuk pada bahagian kaki juga menjadi simptom kepada kerosakan saraf atau diabetik neuropati.

Peningkatan paras gula yang tidak terkawal dalam tempoh yang lama juga meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi lain seperti penglihatan yang semakin kabur, kerosakan buah pinggang, luka yang sukar sembuh yang menjurus kepada jangkitan dan pemotongan anggota badan, serangan jantung dan juga strok.

Asid alfa lipoik boleh ditambah sebagai suplemen harian kerana ia juga meningkatkan fungsi insulin serta mengurangkan kerintangan insulin dalam usaha mengawal glukosa darah dan mengurangkan kerosakan saraf akibat diabetes.

Ia juga melindungi sel hati daripada kerosakan radikal bebas dan membantu vitamin B dalam penghasilan tenaga daripada metabolisme karbohidrat, protein dan lemak.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my

Sunday, June 01, 2008

Penawar Kencing Manis Pada Alam Semulajadi

Dianggarkan antara 10 hingga 15 peratus orang Malaysia menghidapi penyakit kencing manis jenis II dan hampir 20 peratus lagi mempunyai pra kencing manis. Malangnya, lebih 50 peratus daripada mereka tidak menyedari menghidapinya. Yang menakutkan ialah bukannya penyakit itu sendiri. Namun jika seseorang itu menghidapi penyakit kencing manis, dia menghadapi risiko lebih tinggi untuk menderita tekanan darah tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung kongestif, neuropati, masalah seksual, osteoporosis, kanser, katarak, kegagalan buah pinggang dan penuaan pramasa.

Memahami Dua Jenis Penyakit Kencing Manis (Jenis I dan II)

Mereka yang menghidapi kencing manis jenis I (kencing manis bergantung insulin) akan mengeluarkan hanya sedikit sahaja ataupun tiada langsung insulin, manakala dalam penyakit kencing manis jenis II (kencing manis tidak bergantung insulin) pankreas terus membuat insulin tetapi badan kita mewujudkan penentangan terhadap kesan insulin itu, maka gula darah tidak dapat memasuki sel-sel dengan cekap sehingga ia menghasilkan paras gula darah yang lebih tinggi.

Apa Sebenarnya Kencing Manis?

Apa yang kita ketahui tentang kencing manis jenis II hanyalah penghuraian tentang gejala dan akibatnya. Apa yang kita selalu lakukan ialah merawati gejala sahaja iaitu kandungan gula dalam darah yang tinggi dan bukan merawat penyakit sebenar secara dasarnya.

Rawatan yang hanya menumpukan usaha untuk merendahkan gula darah dalam kencing manis pada masa yang sama akan meningkatkan paras insulin; ini akan memburukkan lagi keadaan bukan mengubati masalah kepincangan komunikasi metabolik.

Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kencing Manis Jenis II?

Disglisemia - Penentangan insulin dan kecacatan pengisyaratan leptin

Pesakit kencing manis jenis II dan pra kencing manis akan mengalami disglisemia. Ia keadaan yang melibatkan pelepasan lebih banyak insulin daripada yang boleh ditangani oleh reseptor sel. Penentangan insulin pada umumnya berlaku sebagai tindakbalas terhadap obesiti (kegemukan) dan/atau kurang senaman. Faktor lain termasuklah pengambilan karbohidrat berlebihan terutama gula dan kanji (nasi, roti, pasta, keropok, kuih- muih, bijirin sarapan pagi, dll). Bahan dalam makanan ini akan menaikkan paras glukosa darah secara berlebihan dan sebagai tindakbalas, pankreas akan melepaskan lebih banyak insulin. Tidak lama kemudian, reseptor sel itu akan menjadi tepu, malahan mungkin tertutup sama sekali dan tidak berfungsi lagi. Oleh itu glukosa dan insulin mula terkumpul dalam aliran darah.

Mengapakah Keadaan Ini Berlaku?

Satu sebabnya ialah kekurangan faktor toleransi glukosa (GTF). Ia wujud secara semulajadi dalam struktur badan terutama dalam hepar. Ia membantu mengaktifkan kegiatan insulin dan mengekalkan metabolisme glukosa yang sihat. Adalah dinyatakan bahawa apabila badan kita kekurangan GTF, insulin akan mengalami keaktifan yang rendah. Glukosa yang memasuki aliran darah tidak dapat diangkut dengan cekap ke sel kita dengan itu mengakibatkan kenaikan paras glukosa darah yang tinggi.

Satu sebab lain ialah kecacatan dalam pengisyaratan leptin. Hormon leptin sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap ketepatan pengisyaratan insulin dan menentukan sama ada seseorang itu akan menjadi penentang insulin atau tidak. Leptin, sejenis hormon yang dikeluarkan oleh lemak memaklumkan kepada badan dan otak berapa banyak tenaga dipunyai, sama ada memerlukan lebih banyak tenaga (memberi isyarat kelaparan), atau sama ada ia patut membuang sedikit tenaga (tidak kelaparan) dan apa yang harus lakukan terhadap tenaga yang dipunyainya itu (mengeluarkan semula, meningkatkan kawalan pembaikan selular, atau tidak).

Perubahan Gaya Hidup

Perubahan terhadap gaya hidup perlu dilakukan untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis. Di sini disyorkan beberapa langkah yang praktik:

1) Rancang pemakanan - apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu:

i) Hapuskan atau kurangkan pengambilan gula - fruktosa, glukosa, sirap jagung, madu, gula sirap, sirap mapel dan jus buah-buahan.

ii) Kurangkan pengambilan karbohidrat tidak berserat: karbohidrat kompleks seperti ubi kentang, nasi, bijirin, pasta, roti, kuih- muih, kek dan pastri.

iii) Makan lebih banyak makanan berserat tinggi, gantikan dengan karbohidrat mudah.

iv) Makan makanan yang mengandungi protein tinggi sihat seperti ikan, telur, daging ayam dan daging putih yang lain dan lemak yang baik seperti minyak zaitun.

2) Senaman

Senaman akan mengurangkan penentangan insulin. Bersenam setiap hari membantu mengekalkan paras gula darah pada tahap rendah. Latihan angkat berat intensiti tinggi dilakukan bersama dengan program pengurangan berat badan yang sederhana, boleh membantu para pesakit kencing manis jenis II memperbaiki pengawalan gula darah.

3) Suplemen semulajadi untuk pesakit kencing manis

Herba-Herba Penting

Herba-herba tertentu seperti kayu manis, banaba dan kunyit adalah diketahui sebagai dapat membantu memperbaiki toleransi glukosa dan menurunkan paras gula darah. Satu rumusan seperti itu yang saya gunakan mengandungi pati larut air yang dipiawaiankan daripada kayu manis dan dicampur dengan banaba. Kajian-kajian menunjukkan pati kayu manis yang larut air boleh meningkatkan kegiatan insulin sehingga beberapa kali ganda. Banaba, sejenis herba yang berasal dari Filipina mengandungi sejenis jisim yang dikenali sebagai asid corosolic dan ia mempunyai ciri-ciri yang dapat menurunkan glukosa darah.

4) Suplemen nutrisi lain

i) Asid alfa lipoik: Dianggap sebagai nutrien penting bagi para penghidap kencing manis.

Dos pengambilannya berjulat antara 50mg hingga 600mg bergantung kepada keparahan masalah itu.

ii) Vanadium: Ia telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan glukosa bagi mereka yang menghidapi kencing manis jenis II dengan meningkatkan sensitif insulin. Kerana kemungkinan kesan-kesan seperti insulin yang diperolehi daripada vanadium maka kekurangan mineral surih ini hendaklah sentiasa dijaga bagi mereka yang mengalami ketidaknormalan gula darah.

iii) Kromium: Meningkatkan bilangan reseptor insulin pada sel-sel dan juga kegiatan reseptor tersebut.

iv) Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan Biotin merupakan pembawa tenaga bio dalam metabolisme selular; meningkatkan keberkesanan metabolik, terutama sekali pada sel-sel hepar, unit pusat bagi metabolisme badan.

v) Vitamin E: Bertindak sebagai pelindung antioksidan bagi membran-membran sel.

vi) Vitamin C: Membetulkan ketidakseimbangan selular yang disebabkan oleh paras gula darah yang tinggi, menyumbangkan terhadap keperluan insulin yang lebih rendah, mengurangkan penyingkiran glukosa dalam air kencing dan melindungi dinding- dinding arteri.

vii) Minyak Ikan: Minyak ikan atau Omega 3 telah pun terbukti sebagai dapat membantu menurunkan gula darah. Ia juga mengekalkan aliran darah yang sihat, terutama sekali dari segi peredaran mikro dan juga ia mempunyai sifat anti inflamasi yang mujarab.

Jika anda seorang penghidap kencing manis atau pra kencing manis, maka keperluan nutrisi anda adalah berbeza. Oleh yang demikian, pilihlah multivitamin dan suplemen mineral yang telah diperkuatkan dengan asid alfa lipoik, vanadium, kromium dan biotin yang berpotensi lebih tinggi serta ditambahi dengan ramuan yang tersebut di atas demi untuk mengoptimumkan kesihatan dan mencegah penyakit.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Hikmah Kena Kencing Manis

Agak menghairankan jika mendengar seseorang yang menghidapi penyakit kencing manis merasa bersyukur dan gembira dengan 'kurniaan' Allah itu sejak 26 tahun yang lalu.

Biasanya, pesakit yang menghidap penyakit itu akan mengeluh dan melahirkan rasa kurang senang kerana terpaksa mengehadkan pelbagai aktiviti, berhati-hati ketika menjamah makanan dan menanggung kos rawatannya.

Namun, bagi seorang arkitek muda yang sedang membina kehidupannya, Izati Aliza Ismail, 30, 'anugerah' itu adalah rahmat walaupun terpaksa mengambil empat suntikan insulin setiap hari sepanjang hidupnya.

"Saya bersyukur kerana menghidap kencing manis sejak berumur empat tahun yang menjadikan saya seorang yang berdisiplin dan mengamalkan gaya hidup yang betul," kata Izati kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini.

Kata Izati yang merupakan anak jati Kelantan Darul Naim, penyakit kencing manis itu memberinya satu kekuatan untuk menahan diri daripada nafsu makan yang tidak menentu, bersukan mengikut jadual yang betul serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pada setiap hari, Izati mesti mengambil suntikan insulin pada jumlah yang betul, menjamah semua jenis makanan yang memberi zat dan khasiat yang bersesuaian serta bersenam pada kadar yang yang sederhana agar ketiga-tiga amalan itu sentiasa seimbang.

Segala-galanya bermula kira-kira 26 tahun yang lalu ketika beliau berusia empat tahun dan telah mengalami demam viral untuk tempoh yang agak lama sehingga meracau-racau dan kemudiannya dimasukan ke hospital.

Ujian ke atasnya mendapati kelenjar pankreas anak kecil seorang jururawat itu gagal untuk menghasilkan bahan kimia insulin yang diperlukan oleh badan untuk merangsangkan pertukaran gula kepada tenaga, sebaliknya keluar semula dari badan dalam bentuk air kencing.

Di samping itu, keturunan Izati sebelah ayahnya juga mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan diwariskan kepadanya.

Sejak itu, Izati yang hanya boleh mengambil tiga sudu gula dalam pelbagai bentuk sehari pada masa sekarang berkata, beliau mengambil insulin menerusi suntikan pada bahagian pinggang pada kadar tertentu mengikut tahap umur.

"Kini saya sudah biasa mengambil suntikan itu, biasanya ketika di pejabat setiap kali sebelum makan sarapan pagi, makan tengahari dan malam walaupun ketika kanak-kanak dahulu seksanya sampai meraung-raung," katanya.

Jika gagal menyuntik insulin pada kadar yang diperlukan, badan akan merasa lemah, kepala mengalami pening-pening dan beliau mengakui pernah pengsan sebanyak ratusan kali sepanjang hidupnya, jelas Izati lagi.

Justeru, Izati yang gemar dengan aktiviti lasak dan mencabar mengambil tindakan mengurangkan kegiatan seperti mendaki gunung kerana sukar untuk membawa insulin yang memerlukan ia disimpan dalam peti sejuk.

"Pesan saya kepada semua di luar sana terutama ibu bapa yang mempunyai anak menghidap kencing manis ialah mereka harus memberi galakan terutama sokongan modal dan tidak mudah untuk putus asa."

"Jika boleh, galakkan mereka untuk menyertai kem diabetes agar anak-anak ini tahu bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi hal ini selain meningkatkan pengetahuan mengenai penyakit kencing manis,'' katanya lagi.

Secara umumnya diabetes merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan ketinggian kandungan glukosa dalam darah (hyperglyceamia) terutamanya selepas pengambilan makanan.

Keadaan ini berlaku kerana hormon insulin yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas bagi membakar tenaga tidak mencukupi ataupun tidak berfungsi dengan berkesan, menyebabkan gula dalam darah tidak dapat dipergunakan. Oleh itu, kandungan paras gula tetap tinggi di dalam darah.

JenisSecara umumnya, terdapat tiga jenis diabetes iaitu jenis pertama yang juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM), di mana hormon insulin tidak dihasilkan dengan secukupnya ataupun tiada langsung.

Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mengalami simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja lagi. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua pula disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan. Pesakit biasanya memerlukan ubat-ubatan dan melakukan pengubahsuaian gaya hidup.

Manakala diabetes jenis ketiga berlaku pada sesetengah kes kehamilan tetapi ia akan hilang dengan sendiri.

Perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan kira-kira 246 juta penduduk di seluruh dunia diancam bahaya penyakit diabetis dan jumlah tersebut dijangka meningkat kepada 380 juta menjelang tahun 2025.

Di seluruh dunia, Asia mempunyai bilangan pesakit diabetes tertinggi dengan jumlah pesakit meningkat kepada 91 peratus iaitu daripada 81.8 juta orang pada 2003 kepada 156.1 juta orang pada tahun 2025.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Tuesday, May 13, 2008

Herba Untuk Diabetes

SOALAN:
Setahun yang lalu saya disahkan menghidap kencing manis. Saya sedang mengambil ubat seperti yang disarankan doktor serta mengawal pemakanan serta membuat pemeriksaan gula darah secara berkala. Bacaannya yang diperolehi biasanya tidak melebihi 8.0 mmol/L (tanpa makan). Selain ubat-ubatan, saya ingin mencuba suplemen herba yang dikatakan berkesan untuk mengawal peningkatan paras gula. Apakah yang boleh saya cuba?


JAWAPAN:

Diabetes adalah penyakit yang tidak boleh disembuhkan, namun dengan penjagaan dan rawatan yang baik ia boleh dikawal dengan lebih berkesan, seterusnya mengurangkan kesan jangka panjang diabetes. Apabila disahkan menghidap diabetes, pengambilan ubat seperti yang disarankan adalah sangat penting.

Antara herba popular yang telah digunakan sejak sekian lama untuk mengawal peningkatan paras gula termasuklah fenugreek (halba). Halba atau trigonella foenum-graecum telah digunakan secara tradisional sebagai emolien yang mengurangkan keradangan kulit. Pengambilan secara oral akan mengurangkan paras gula darah akibat kesan hipoglisemiknya. Kandungan pentingnya seperti trigolline, komarin dan serat membantu mengurangkan paras gula.

Bahan aktif dalam gymnema membantu menjana semula sel beta yang merembeskan insulin dalam pankreas dan meningkatkan pengeluaran insulin. Ia juga meningkatkan aktiviti enzim untuk menyenangkan penggunaan glukosa dan meningkatkan penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati, buah pinggang dan otot.

Ekstrak gymnema memberi kesan positif kepada diabetes jenis kedua. Dalam kajian yang melibatkan dua puluh dua pesakit diabetes jenis kedua yang diberikan ekstrak gymnema berserta dengan ubat oral hipoglisemia mendapati kesemua pesakit memperoleh kawalan gula darah yang lebih baik, dengan 21 daripada 22 subjek boleh mengurangkan dos ubat mereka. Lima subjek pula boleh menghentikan pengambilan ubat dan mengawal gula darah dengan menggunakan ekstrak gymnema sahaja.

Dua herba bermanfaat ini digabungkan dengan holy basil (Ocimum sanctum) dan peria (Momordica charantia) untuk kesan sinergistik. Sekiranya anda disahkan menghidap diabetes dan memilih untuk mengambil gymnema, pastikan anda membuat ujian gula darah dengan lebih kerap untuk mengawasi paras gula anda.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my

Tuesday, May 06, 2008

Kacip Emas : Penawar Diabetes

Penawar Kacip Emas™, telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bagi menghilangkan punca-punca kencing manis. Kami mempunyai rujukan lebih dari seribu kes yang telah berjaya.

Harga sebotol RM210.00, PROMOSI beli 3 botol RM550.00 sahaja, JIMAT RM60.00. Pos PERCUMA (Poslaju). Sila buat pembayaran ke akaun MAYBANK : 1621 0697 4760

Untuk mendapatkan Penawar Kacip Emas™ sila hubungi kami di talian +6012-3696954 ataupun email norrihahkhalid@gmail.com

Penawar Kacip Emas™ hanya mengandungi bahan-bahan asli dan semulajadi yang dirumus khusus supaya bertindak dengan lembut dan berkesan. Penawar Kacip Emas™ tidak mempunyai bahan tambahan, pengawet atau bahan tiruan. Tidak seperti ubat-ubat yang lain, Penawar Kacip Emas™ tidak memerlukan preskripsi doktor, ianya dijamin selamat dan langsung tidak mempunyai kesan sampingan yang negatif. Penawar Kacip Emas™ secara semulajadinya memperbaiki punca penyakit, bukannya menutup simptom-simpton. Penawar Kacip Emas™ dihasilkan melalui kajian dan pembangunan yang mendalam dan lama. Pasukan Khas Kacip Emas™ bersama dengan Kapten (B) Yussof Md. Saad, telah berpadu tenaga dan usaha kearah produk yang berkualiti selama lebih 20 tahun.

Penawar Kacip Emas™ diformulasikan daripada 100% jus asli sayur-sayuran, bunga-bungaan dan herba terpilih tempatan. Penawar ini memberikan keunikan dan kepuasan kepada pesakit Diabetes. Jus asli cecair memberikan penyerapan pantas kedalam sel badan dan sekaligus membantu perkara-perkara berikut:

  • Membantu MENCERNAKAN GLUKOSA dan membenarkan glukosa dalam darah menembusi dinding sel
  • Membantu MENINGKATKAN KUALITI OKSIGEN dan mengaktifkan sel-sel di dalam badan
  • Membantu MENGURANGKAN KELETIHAN dan KELESUAN TENAGA yang seterusnya MENGEMBALIKAN TENAGA DALAMAN khususnya bagi lelaki
  • Membantu MEMULIHKAN RASA KEBAS KAKI DAN TANGAN
  • MENGEMBALIKAN DERIA RASA dan MEMULIHKAN LUKA TERUK atau KRONIK akibat Diabetes
  • Membantu MEMPERJELASKAN PENGLIHATAN YANG KABUR berpunca dari Diabetes.


Persoalan Yang Sering Ditanya (FAQ)

Adakah Penawar Kacip Emas™ telah mendapat kelulusan dari Kementerian Malaysia dan Sijil Halal?
Penawar Kacip Emas™
telah memperolehi Sijil Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Sijil Halal.


Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menurunkan bacaan gula dalam darah selepas meminum Penawar Kacip Emas™?

Penurunan bacaan gula dalam darah bergantung kepada antibodi setiap individu. Ada yang perlu hanya meminum 100ml - 500ml sahaja atau beberapa botol. Walaupun bacaan gula dalam darah bertambah, ia menjelaskan wujudnya komplikasi atau simptom akibat Diabetes. Akan tetapi, pengguna tetap akan merasa lega dan puas. Selepas mengalami kestabilan terhadap komplikasi dan simtom tersebut, bacaan gula akan turun ke paras normal semula.

Sebagai rawatan alternatif, Penawar Kacip Emas™ bertindak secara beransur-ansur. Semasa kandungan glukos didalam darah berada dalam yang tinggi, kemudian bertukar dari rendah ketinggi akhirnya menjadi stabil ketahap yang ideal. Proses ini biasanya mengambil masa selama dua hingga tiga minggu dan ini memerlukan pengambilan Penawar Kacip Emas™ secara berterusan didalam tempoh tersebut.

Berlainan dengan rawatan yang dianjurkan oleh perubatan moden, rawatan ini tidak begitu menonjolkan penurunan atau peningkatan insulin dalam tubuh secara ketara dimana kandungan glukos dalam darah dapat diukur dari peningkatan atau pengurangan yang mendadak. Ia bertindak dengan mempergiatkan sistem imunisasi seterusnya mempertingkatkan penghasilan insulin secara semulajadi yang kemudiannya akan mengawal penyerapan glukos kedalam darah secara berlebihan.

Oleh yang demikian, perkara pertama yang dapat diketahui ialah kesegaran dan tahap kesihatan yang lebih baik yang dapat dirasai dari kurang rasa dahaga yang keterlaluan, tahap kekerapan membuang air kecil yang menurun dan pembaikan pada tisu-tisu pada bahagian yang luka. Keadaan ini agak ketara pada beberapa minggu yang pertama. Selepas tiga minggu,anda akan mendapati perubahan yang mendadak terhadap simptom-simptom diabetes.


Berapakah jumlah maksima sepatutnya diminum oleh seorang pesakit Diabetes yang mempunyai komplikasi dan keadaan yang kronik?

Berdasarkan pengalaman, kebiasaannya tidak melebihi 10 liter (10 botol)

Anda boleh berhenti menggunakan Penawar Kacip Emas™ apabila kadar glukos didalam darah anda berada pada tahap yang ideal iaitu antara 3.5 hingga 6.7 amo/L. Namun demikian anda masih boleh terus meminumnya sebagai minuman kesihatan.


Bagaimanakah Penawar Kacip Emas™ dikaitkan dengan rawatan jantung, buah pinggang, darah tinggi dan sebagainya?
Sudah tentunya. Selagi anda telah memulakan penghasilan insulin yang stabil, darah didalam tubuh anda akan kembali berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung penyakit-penyakit yang dinyatakan diatas akan bertindakbalas dan menunjukkan perubahan yang ketara. Walau bagaimanapun kami menganggap perubahan tersebut adalah hasil dari kesihatan anda yang bertambah baik dan positif yang tidak diakibatkan secara langsung dengan pengambilan Penawar Kacip Emas.


Bagaimanakah Penawar Kacip Emas™ berfungsi sebagai minuman kesihatan?
Penawar Kacip Emas™ merupakan rumusan formula herba yang berkhasiat bagi membantu pembersihan toksik dalam badan. Ia menggalakkan peredaran darah yang bersih dan bebas toksik. Seterusnya menjadikan anda sihat dan bertenaga.


Bilakah hendak memulakannya?
Anda boleh mula meminum Penawar Kacip Emas™ pada bila-bila masa walaupun semasa anda menjalani rawatan di hospital atau sedang mengambil ubat-ubat yang lain maupun suntikan insulin. Penawar Kacip Emas™ tidak bertindakbalas dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain. Namun demikian sekiranya anda tidak berada berada dalam situasi yang kritikal, adalah dinasihatkan supaya anda berhenti dari mengambil ubatan yang lain bagi memastikan kesan yang anda terima nanti ialah dari Penawar Kacip Emas™.


Bagaimanakah cara pengambilannya?
Sekiranya bacaan glukos dalam darah anda berada pada tahap kurang dari 12 mmo/L anda dinasihatkan supaya meminumnya 2 kali sehari dengan sekali minum 100ml

Sekiranya bacaan glukos dalam darah anda berada pada tahap lebih dari 12 mmo/L anda dinasihatkan supaya meminumnya 3 kali sehari dengan sekali minum 100ml


Bilakah kesan Penawar Kacip Emas™ dapat dilihat?
Fakta ketahanan badan (antibody) dan metabolisma sesaorang itu adalah berbeza. Adalah agak sukar untuk menentukan bilakah kesan dapat dilihat. Kami mencadangkan pengambilan 3 hingga 10 botol secara berterusan seiring dengan pemeriksaan bacaan glukos dalam darah yang berjadual. Ini adalah bertujuan bagi memastikan kesan positif dan kesetabilan pada diri anda sebelum anda menghentikan pengambilan Penawar Kacip Emas™.


Bagaimanakah mengingatkan pengambilan Penawar Kacip Emas™ setiap hari?
Untuk keputusan yang paling baik, jadikannya sebagai rutin harian dan minumlah Penawar Kacip Emas™ anda pada masa yang sama setiap hari (misalnya selepas sarapan, selepas makan tengahari dan selepas makan malam). Simpan Penawar Kacip Emas™ anda di tempat yang mudah didapati.

Sentiasa simpan satu botol Penawar Kacip Emas™ yang lebih supaya anda tidak akan kekurangan bekalan.


Apakah yang akan terjadi sekiranya, saya mengalami sebarang kesan sampingan?
Walaupun kebanyakan pesakit tidak mengalami kesan sampingan setelah memulakan pengambilan Penawar Kacip Emas™ ini, sebahagian daripada mereka masih mengalami gejala-gejala seperti cirit birit atau lenguh sendi dan kebas. Walaubagaimanapun, gejala-gejala ini akan berkurangan ketika badan menyesuaikan diri kepada paras insulin yang baru ini.


Saya sedang mengambil ubat-ubat yang lain?

Setakat ini kami tidak menemui sebarang percanggahan kesan yang negatif dari pengambilan ubat-ubat yang lain.


Adakah Penawar Kacip Emas™ selamat diminum?
Penawar ini diformulasi daripada 100% jus sayur-sayuran dan buahan tempatan. Ia dijamin selamat untuk diminum.


Bagaimanakah cara penyimpanan Penawar Kacip Emas™?
Penawar Kacip Emas™ elok disimpan di dalam peti sejuk. Disarankan agar dibekukan dahulu untuk dibawa ke mana-mana. Ini bertujuan untuk mengekalkan kualitinya.


Testimoni Pengguna

En. Hamid bin Ismail
Encik Hamid berumur 60 tahun dan berasal dari Pokok Sena, Kedah telah menghidap Diabetes selama 13 tahun. Pakar perubatan moden telah mengesahkan bahawa kesemua jari kaki kirinya telah mencapai tahap paling kronik dan berbahaya iaitu 'Gangrene'. Akibatnya, sepuntung jari kakinya telah dipotong di sebuah klinik swasta pada 15 Jun 2004.

Semakin hari, kesan daripada jari yang dipotong tersebut tidak sembuh dan beliau dinasihati untuk membuat pembedahan susulan (dipotong) memandangkan empat jari yang selebihnya telah dijangkiti serta menjadi hitam.

Keadaan tersebut menyukarkan beliau untuk bergerak dan hanya mampu terlantar di atas katil. Luka yang semakin serius tersebut membawa kepada beberapa komplikasi seperti kebas pada kedua-dua belah kaki, bisul, dan kerap kencing sehingga 5 ke 6 kali pada waktu malam.

En. Hamid telah puas berikhtiar namun tiada yang berkesan. Akhirnya pada 11 Ogos 2004, beliau telah mencuba Penawar Kacip Emas™ dan hasilnya amat menakjubkan. Setelah meminum botol ketiga, jari kakinya yang kedua telah tanggal dengan sendiri. Kemudian, setelah botol keempat pula tiga lagi jari tertanggal. Pada 23 Ogos 2004, seketul darah beku sebesar buah pinpong telah keluar.

Beliau amat bersyukur kerana sejak itu kakinya telah menunjukkan petanda untuk sembuh di mana rasa kebas pada kedua belah kakinya mula berkurangan dan beliau tidak lagi kerap membuang air kecil pada waktu malam.

En. Hamid bin Ismail boleh dihubungi di Kg. Bendang, Mukim Jabi, 06400 Pokok Sena, Kedah. Tel: 04-7825840


Puan Sabariah binti Shaari

Puan Sabariah telah menghidap Diabetes selama 5 tahun. Peristiwa terkena gulai kawah yang sedang menggelegak pada 6 Ogos 2004 menyebabkan beliau dimasukkan ke Hospital Kangar pada hari yang sama.

Beliau kemudian dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) dan dirawat oleh seramai sebelas orang doktor dan pakar. Mereka meramalkan beliau terpaksa berada di hospital untuk tempoh masa yang agak lama lebih kurang setahun berdasarkan kecederaan yang dialaminya adalah serius.

Puan Sabariah kemudian berikhtiar dengan mencuba Penawar Kacip Emas™ pada 7 Ogos 2004 dan mendaftar keluar dari hospital pada 9 Ogos 2004. Sungguh menakjubkan!

Kecederaan beliau telah pulih seperti sediakala selepas meminum 4 botol Penawar Kacip Emas™ untuk tempoh kurang dari 2 minggu.

Puan Sabariah binti Shaari boleh dihubungi di Kg. Kandis, Mukim Pering, 06100 Kodiang, Kedah. Tel: 04-9251934


En. Khairuddin bin Omar

En. Khairuddin bin Omar tinggal di Taman Wira Mergong, Alor Star berumur 49 tahun. Beliau telah menghidap penyakit Diabetes selama setahun dan telah mendapat luka yang serius pada pertengahan tahun 2002. En. Khairuddin telah menjalani rawatan di sebuah klinik swasta di Alor Star pada 1 Ogos 2002 dan kemudian dirujuk pula ke Hospital Alor Star.

Lukanya amat kritikal dan menyebabkan beliau tidak boleh berjalan, keletihan dan lemah tenaga. Setelah beliau meminum Penawar Kacip Emas™ sebanyak 4 liter secara keseluruhannya, luka beliau kini telah sembuh seperti sediakala.

Berikut adalah rekod bacaan gula dalam darah beliau yang telah disahkan oleh Klinik Kesihatan Jalan Putra, Alor Star :

Tarikh

mmol/L

4 September 2002

9.8

30 Oktober 2002

5.3

6 April 2003

6.3

15 Jun 2003

5.1

9 November 2003

6.1

11 Januari 2004

6.1

En. Khairuddin bin Omar boleh dihubungi di C172, Taman Wira, Jalan Sultanah Sambungan, Mergong, 05350 Alor Star, Kedah. Tel: 012-5645862 , 019-4221340


En. Izham bin Zainul

Encik Izham berusia 57 tahun telah menghidap penyakit Diabetes selama 18 tahun dan telah beberapa dimasukkan ke hospital. Beliau mengalami luka-luka dijari dan belakang tangan. Sejak itu, beliau juga sering keletihan dan lemah tenaga. Disamping itu, beliau juga kerap membuang air kecil sewaktu tidur.

Beliau telah membuat pemeriksaan gula di klinik yang sama pada pagi 6 September 2002 iaitu selepas dua hari meminum Penawar Kacip Emas™ dan didapati bacaan gula telah turun kepada 9.0 mmol/L. Susulan itu, keadaan beliau semakin pulih dan luka di tangannya telah kering seta pulih. Pemeriksaan gula terakhir sehingga ke saat ini adalah di bawah 8.0 mmol/L. Secara keseluruhannya beliau telah meminum sebanyak 6 botol Penawar Kacip Emas™.

En. Izham bin Zainul boleh dihubungi di Taman Sri Tanjung, Sungai Petani, Kedah. Tel: 012-5326329


En. Wan Ariffin bin Ismail

En.Wan Ariffin berumur 41 tahun telah menderita penyakit Diabetes sejak tahun 1990 lagi. Sepanjang tempoh itu, beliau telah mengalami koma sebanyak 15 kali. En.Wan Ariffin juga telah mendapat rawatan daripada lebih kurang 25 orang pakar dan bergantung kepada suntikan insulin selama 10 tahun. Beliau telah keluar masuk dari hospital sebanyak 40 kali dan tarikh terakhir beliau keluar adalah pada 6 Ogos 2002 dengan bacaan gula sebanyak 22.7 mmol/L. Ketika itu, keadaan beliau amat kritikal di mana tapak kaki sebelah kanan dijangka akan dipotong pada 11 Ogos 2002.

Pada 10 Ogos 2002 ketika En. Wan Ariffin dalam keadaan separa koma, beliau telah meminum Penawar Kacip Emas™. Beliau mempunyai tempoh lebih kurang 17 jam sebelum kakinya dipotong. Berkat usaha dan ikhtiar En. Wan Ariffin, beliau meminum lagi 500 ml Penawar Kacip Emas™ pada pagi 11 Ogos 2002 itu dan alhamdulillah paras gula telah turun kepada 5.6 mmol/L daripada bacaan sebelumnya iaitu 22.7 mmol/L. Perubahan tersebut telah menyelamatkan kaki beliau daripada dipotong dan dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama.

Kini keadaan beliau telah pulih seperti sediakala dan tahap gula tidak melebihi 6.0mmol/L. Luka beliau juga telah sembuh 100%. Secara keseluruhannya, beliau telah meminum sebayak 5 botol Penawar Kacip Emas™ iaitu sebanyak 7.5 liter.

En. Wan Ariffin bin Ismail boleh dihubungi di 72, Lorong Serindit 5, Taman Serindit, Jalan Langgar, 05250 Alor Star, Kedah. Tel: 012-4845713


En. Abd. Rahman bin Mahmud

Encik Abdul Rahman bin Mahmud berasal dari Kampung Ceruk Tok Uban , Sik Kedah kini berusia 49 tahun. Beliau menghidap penyakit Diabetes selama 8 tahun. Beliau pernah dimasukkan ke Hospital Alor Star pada 10 Ogos 2002 dan pada ketika dalam tahap kritikal dengan bacaan gula iaitu 29.9 mmol/L. Beliau mengalami luka yang serius pada tapak dan belakang kaki.

Setelah meminum 4 botol Penawar Kacip Emas™, bacaan gula yang diambil pada 11 Ogos 2002 ialah 5.6 mmol/L. Beliau kini telah pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.

En. Abd. Rahman bin Mahmud boleh dihubungi di Kg. Ceruk Tok Uban, Pekan Sik, Sik, Kedah. Tel:


Haji Abdullah bin Puteh

Haji Abdullah berusia 70 tahun dan berasal dari Kodiang, Kedah. Bacaan gula maksima yang diambil ialah 24.5 mmol/L dan telah turun kepada 5.3 mmol/L iaitu dikategorikan sebagai paras normal.

Setelah meminum Penawar Kacip Emas™, luka yang dialami pada tapak kakinya telah sembuh sepenuhnya dan beliau tidak lagi mengalami keletihan. Beliau juga telah kembali bertenaga dan berupaya menunggang motosikal semula dan melakukan kerja-kerja harian.

Haji Abdullah bin Puteh boleh dihubungi di 69-3, Kg. Bendahara, 06100 Kodiang, Kedah. Tel: 04-9252441