Peminat Setia Doktor Pakar

Tuesday, March 04, 2008

Ceramah Pemakanan Kesihatan Gamat Emas

Satu ceramah kesihatan mengenai khasiat Gamat Emas (Stichopus her manii) akan diadakan oleh Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, lulusan dari Universiti Vrije di Brussels, Belgium.

Orang ramai yang ingin mendapatkan penerangan mengenai penggunaan Gamat Emas dalam mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kronik dijemput hadir ke Dewan Muktamar 1, Pusat Islam, UiTM, Seksyen 2, Shah Alam pada pukul 9 malam, 4 Mac 2008 (Selasa).

Masuk adalah percuma dan terdapat cabutan bertuah bernilai sehingga RM1,000 untuk dimenangi dengan setiap pembelian kupon RM5 di samping cenderamata untuk 100 peserta terawal.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ida di talian 017-3116870, Zee (013-3746313), atau Suhaimi (019-2781665).

No comments:

Post a Comment