Peminat Setia Doktor Pakar

Monday, March 17, 2008

Kanser Prostat: Tanda, Keadaan dan Rawatan

Pengenalan

Tahap keseriusan kanser prostat boleh menentukan sejauh mana kanser tersebut telah merebak. Pengetahuan tentang tahap keseriusan kanser ini membolehkan doktor pakar menentukan rawatan yang sepatutnya dijalani oleh pesakit tersebut.

Tanda-Tanda Awal Kanser Prostat

Kanser prostat di peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:

* Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam

* Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan

* Tidak boleh mengeluarkan air kencing

* Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat

* Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing

* Terasa sakit ketika air kencing keluar

* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani

* Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha.

Bagaimana Cara Mengesan Kanser Prostat:

Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian PSA dalam darah. Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi dilaksanakan olek pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser. Semasa ujian biopsi pakar urologi akan mengambil contoh sel-sel prostat menggunakan jarum melalui rektum setelah diberi ubat kebas. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh ahli patologi, iaitu seorang doktor yang pakar dalan kaji penyakit. Pakar patologi akan mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.

Kanser Prostat Boleh Dihuraikan Dari Segi Gred dan Tahap.

Gred menerangkan bagaimana tumor itu menyerupai tisu-tisu prostat yang normal. Berasaskan dapatan kajian biopsi melalui mikroskop, pakar patologi melaporkan kanser prostat sebagai gred rendah, sederhana atau tinggi. Salah satu sistem yang digunakan untuk menyalurkan gred kanser prostat ialah sistem Gleason. Ia menggunakan skor dari 2 hingga 10. Skor yang tinggi menunjukkan gred yang tinggi. Tumor gred tinggi biasanya membiak lebih cepat dan mempunyai besar kemungkinan untuk merebak jika dibandingkan dengan tumor gred rendah.

Tahap Pula Menunjukkan Sejauh Mana Kanser Itu Telah Merebak.

Empat tahap dalam kanser prostat

Tahap ini diambil kira dari segi saiz tumor tersebut, sama ada nod limfa telah dijangkiti atau sama ada tumor tersebut telah merebak ke bahagian badan yang lain.

* Tahap 1: Kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

* Tahap 2: Kanser masih berada dalam kelenjar prostat, tetapi kebengkakan boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

* Tahap 3: Kanser telah pecah melalui selaput prostat dan kemungkinan besar telah merebak ke bahagian seminal.

* Tahap 4: Kanser telah merebak ke bahagian pelvis (tulang pinggul), atau telah merebak ke nod limfa atau bahagian-bahagian badan yang lain, seperti tulang, hati atau paru-paru.

Bagaimana Kanser Prostat Merebak

Kanser prostat merebak melalui saluran limfa dan darah. Kanser prostat kerap merebak ke tulang berbanding bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Untuk mengenal pasti tahap kanser ujian ultrasound, skan tulang dan skan berkomputer untuk paru-paru, abdomen dan pelvis dijalankan.

Peringkat TNM Dalam Kanser Prostat

Para pakar dan doktor menggunakan sistem berperingkat yang rumit yang juga dikenali sebagai sistem TNM. Kaedah ini digunakan di seluruh dunia.

Ia mengimbas 3 bahagian iaitu:

* Tumor (T)

* Nod Limfa (N)

* Kanser peringkat kedua atau Metastises (M).

Doktor boleh mengulas lanjut tentang kaedah pengesanan kanser dan peringkat-peringkat/tahap keseriusan kanser dengan lebih mendalam.


Ditulis oleh:
Dr Sulaiman Tamanang
Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear,
Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

1 comment:

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    ReplyDelete