Doktor,masalah kesihatan saya semakin kronik akibat perut yang selalu sakit serta memulas-mulas selepas dan sebelum makan. Dada saya juga sering sakit bila bernafas dengan hembusan nafas berbau agak busuk (seperti bau najis) yang membuatkan saya berasa rendah diri dan kurang yakin untuk bergaul.
Daktor panel telah memberikan saya ubat untuk angin atau gastrik sementara pemeriksaan gigi saya tidak menunjukkan sebarang masalah.
Apakah kemungkinan masalah sebenar saya ini dan adakah rawatan untuknya?
Saya juga keliru doktor pakar dari bidang mana yang sepatutnya saya temui untuk masalah ini?
Suzy,
Shah Alam, Selangor
JAWAPAN:
Sakit perut yang memulas-mulas sebelum atau selepas makan mungkin disebabkan oleh penyakit radang usus terutamanya jika kesakitan bertumpu di bahagian bawah abdomen.
Jika kesakitan bertumpu di bahagian atas abdomen pula, kita boleh menolak kemungkinan masalah ini berpunca daripada penyakit ulser peptik atau penyakit batu pundi hempedu.
Adalah lebih baik jika saudari berjumpa pakar gasteroenterologi (sistem penghadaman) untuk pemeriksaan lanjut termasuk ujian pemeriksaan ke atas masalah mulut berbau kerana terdapat rawatan untuk masalah ini.
Ditulis oleh:
Dr Abdul Malik Jamal Buhari
Pakar Runding Perubatan dan Gasteroenterologi,
Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC)
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment