Peminat Setia Doktor Pakar

Tuesday, February 17, 2009

Pengambilan Beberapa Jenis Suplemen

SOALAN:
Saya mengambil suplemen herba yang mengandungi Gymnema untuk membantu mengawal paras gula darah.

Dalam masa yang sama, saya mengambil gabungan vitamin (beta karotene, vitamin C, E dan zink) antioksida selepas terbaca akan kebaikannya. Apakah boleh saya meneruskan pengambilan kedua-dua produk ini?


JAWAPAN:

Gymnema merupakan sejenis herba yang boleh menjejaskan deria rasa daripada diaktifkan oleh molekul gula dalam makanan (selama beberapa jam) serta mencegah penyerapan gula dalam usus.

Asid gimnemik yang terkandung dalam herba Gymnema ini didapati membantu sel beta dalam pankreas dalam merembeskan insulin dan memperbaiki penghasilan insulin.

Ia juga meningkatkan aktiviti enzim yang memudahkan penggunaan glukosa serta meningkatkan pengambilan glukosa kepada glikogen.

Terdapat juga herba-herba berpotensi lain seperti Fenugreek (biji halba), Holy basil dan juga bitter melon atau peria.

Berdasarkan kajian, biji halba juga mengandungi sebatian kimia seperti coumarin, trigoneline dan juga serat yang dapat merendahkan glukosa darah.

Formula yang menggabungkan herba-herba ini dengan buah peria dan holy basil akan memberi kesan sinergistik dalam pengawalan glukosa darah.

Penghidap diabetes juga memerlukan vitamin C dan E yang lebih tinggi. Vitamin E juga dikatakan memperbaiki aktiviti insulin dalam badan.

Vitamin C juga memainkan peranan dalam memperbaiki toleransi glukosa. Nutrien-nutrien ini membantu meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas dalam tubuh.

Manakala mineral zink pula membantu tubuh untuk mengguna insulin dan menggalak penyembuhan seperti luka (di mana fungsi ini terganggu akibat paras glukosa yang tinggi).


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

1 comment:

  1. saya mengalami masalah kegatalan pada kulit dan jerawat pada muka.bermacam-macam ubat yang saya beli untuk mengatasi masalah ini namun tak ada satu pun yang berkesan.baru2 ini kawan syorkan saya mengambil suplemen vitamin c dan E.patutkah saya meneruskan pengambilan vitamin berkenaan.?

    ReplyDelete