Kini penyakit tersebut bukan sahaja merangkumi golongan dewasa malah turut melanda remaja atas pelbagai sebab antaranya, tekanan persekitaran, peperiksaan, masalah keluarga atau dengan rakan-rakan di sekolah.
Sesetengah orang berpendapat bahawa kemurungan remaja hanyalah sekadar perubahan angin dan sikap melankolik yang sesekali melanda golongan ini.
Sebaliknya, kemurungan atau depresi merupakan masalah serius yang memberi impak kepada setiap aspek kehidupan remaja berkenaan.
Jika dibiarkan tanpa rawatan ia mampu menimbulkan masalah lebih besar di rumah dan sekolah. Lebih tragik lagi jika remaja itu terlibat dengan dadah, membenci diri sendiri, bertindak ganas dan akhirnya membunuh diri.
Walaubagaimanapun, penyakit tersebut boleh dirawat dengan bantuan ibu bapa, guru atau rakan yang paling rapat dengan mereka.
Dekan Jabatan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Azhar Md. Zain berkata, meskipun agar sukar dikesan, namun ibu bapa sebagai orang paling hampir dengan pesakit harus mengenal pasti simptom kemurungan pada anak mereka.
''Antara perubahan ketara yang mungkin boleh dikenal pasti adalah perbezaan sikapnya yang menjadi ganas, mengambil dadah, mengunjungi kelab atau perkara yang membahayakan diri mereka.
''Sebaliknya simptom juga boleh datang tanpa disedari iaitu apabila pesakit menyembunyikan perasaan sebenar, menyendiri, hilang minat bersosial dan sebagainya,'' jelas beliau.
Ramai terlupa betapa sukarnya zaman remaja apabila terpaksa mengimbangkan antara keprihatinan dan keakraban hubungan sesama rakan, kejayaan akademik, kurikulum dan pembangunan jati diri yang kukuh serta bermoral.
Oleh itu, sesekali menunjukkan muka masam atau perangai adalah normal tetapi kemurungan mampu merosakkan personaliti remaja dan menimbulkan perasaan sedih, kecewa atau marah yang amat sangat.
Tidak seperti golongan dewasa yang mampu mendapatkan bantuan dengan sendiri, remaja biasanya terpaksa bergantung kepada ibu bapa, guru atau penjaga mereka untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi serta mendapatkan rawatan diperlukan.
Justeru, jika anda mempunyai remaja dalam hidup anda adalah penting untuk mengenal pasti tanda-tanda kemurungan ini dan apa yang perlu dilakukan sekiranya menemui simptom tersebut.
Simptom Kemurungan Remaja
Golongan remaja mengalami pelbagai jenis tekanan termasuk perubahan fizikal akibat akil baligh, mengenal pasti identiti diri sendiri dan kelompok sosial mana paling sesuai dengan mereka.
Transisi semula jadi ini bagaimanapun mampu menimbulkan konflik keibubapaan apabila remaja mula menyedari dan menuntut hak untuk bebas.
Disebabkan 'drama' ini juga adalah sukar untuk membezakan antara kemurungan dan perubahan angin remaja yang normal. Lebih menyukarkan keadaan, remaja yang murung tidak selalunya kelihatan sedih atau sentiasa menyendiri.
Bagi sesetengah remaja murung lain pula, mereka bertindak agresif, cepat marah, panas baran dan sering terbabit dalam pergaduhan.
Tanda-Tanda Amaran
Sejak kebelakangan ini berlaku peningkatan terhadap kes membunuh diri atau cubaan membunuh diri di kalangan remaja yang mengalami kemurungan kronik.
Namun mereka yang terbabit dalam salah guna alkohol atau dadah lebih berisiko membunuh diri berbanding pesakit yang tidak bergantung kepada bahan tersebut.
Disebabkan timbul kemungkinan pesakit akan membunuh diri, remaja murung perlu sentiasa dipantau untuk sebarang tanda-tanda berikut seperti;
+ Bercakap atau bergurau mengenai hendak membunuh diri seperti ''Lebih baik aku mati", Alangkah bagusnya jika aku hilang selama-lamanya", atau "Sudah tiada jalan keluar lagi.''
+ Bercakap secara positif mengenai kematian atau berangan-angan mengenai mati. Contoh: ''Jika aku mati, orang akan lebih sayang padaku.''
+ Menulis cerita atau puisi mengenai kematian atau membunuh diri.
+ Terbabit dalam tingkah laku semberono atau sering cedera kemalangan.
+ Memberi barangan peribadi paling berharga kepada orang lain.
+ Mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan atau keluarga seolah-olah akan berpisah selamanya.
+ Mencari senjata, pil atau sebarang cara untuk membunuh diri.
Ditulis oleh:
Diyana Rose Kamalludden
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
Saya seorang perempuan berusia 21 thn.
ReplyDeleteSaya sedar sejak kebelakangan ini saya sering mengelamun, berfikir tentang diri saya.
Saya selalu memikirkan mahu menjadi yang lebih baik. Saya tak mahu jadi diri saya yang sekarang ni.
Saya benci diri saya..
Saya selalu menangis memikirkan tentang perkara ni..
Saya pernah menangis seharian memikirkan tentang perkara ni..
Berat badan saya juga makin turun dan saya juga telah menjadi semakin kurus..
Saya makin hilang selera untuk makan dan kepala saya hanya dibebankan dengan masalah ini..
Saya rasa amat tertekan dan saya juga pernah terfikir untuk tak mahu hidup lagi..
Kalau kematian dapat menyedarkan orang - orang yang saya sayang, saya sanggup....
Saya terfikir adakan ini dinamakan kemurungan ataupun tekanan..
Saya betul - betul berharap dapat berjumpa dengan pakar psikologi..
Bolehkan saya mendapatkan khidmat pakar psikologi secara percuma memandangkan saya masih belajar...
Saya Abdul Ahmad melipat penyakit yang melibatkan badan, perasaan, dan pemikiran dan tidak menjejaskan dari cara seseorang makan, tidur, merasakan tentang dirinya dan memikirkan perkara-perkara. saya tidak sama seperti dulu. Ia bukan satu tanda kelemahan peribadi atau suatu keadaan yang boleh mahu lagi. saya yang mengalami kemurungan tidak boleh semata-mata 'menarik diri bersama-sama dan menjadi lebih baik.
ReplyDeleteNasih baik ada rawatan dari :
http://www.kemurungan.com