Peminat Setia Doktor Pakar

Sunday, June 08, 2008

Gastrik Tidak Halang Mengandung

SOALAN:
Doktor, jika seseorang itu mengalami gastrik yang kronik, apakah kesan buruk yang dialaminya? Jika yang mengalami penyakit ini adalah seorang wanita, adakah dia tidak boleh mengandung? Apakah rawatan yang paling sesuai untuk penyakit gastrik dan apakah risikonya jika melakukan pembedahan?

Zarry


JAWAPAN:
Gastrik yang kronik tidak akan memberi kesan kepada peluang untuk seorang wanita mengandung. Kaedah terbaik untuk merawat gastrik kronik adalah dengan menjalankan ujian endoskopi dan diikuti dengan mengambil ubat secara oral (makan).

Pembedahan pula bukanlah antara pilihan rawatan biasa untuk penyakit ini kecuali jika penyakit gastrik itu telah membawa kepada pembentukan ulser atau lubang pada dinding perut.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my

1 comment:

  1. doktor, saya penah mengalami sakit buah pinggang yang kronik akibat diberi salah ubat (Voltron) sehingga dimasukkan ke ICU dan peluang hidup 50-50. walaubagaimanapun, setelah menjalani hemodialisis sebanyak 1 kali, buah pinggang saya kembali normal. namun, doktor yang merawat ada memberi tahu bahawa imun badan saya rendah. persoaalannya, adakah faktor ini blh menghalang kehamilan? saya sudah 8 bulan berkahwin, namun masih belum hamil.

    ReplyDelete