Peminat Setia Doktor Pakar

Thursday, May 08, 2008

Plantar Fasciitis Punca Tumit 'Menyucuk'

SOALAN:
Doktor, saya seorang lelaki berumur 44 tahun, berkeluarga dan bekerja sebagai eksekutif.

Masalah saya ialah kedua- dua tumit saya berasa amat sakit semenjak seminggu yang lalu.

Ini terutamanya selepas bangun tidur atau berdiri setelah lama duduk. Adakah ini menunjukkan sesuatu simptom?

Dan adakah ubat yang perlu diambil untuk menghilangkan kesakitan ini? Terima kasih atas nasihat doktor.

Hamdan


JAWAPAN:
Sakit pada kedua-dua tumit seperti yang digambarkan oleh saudara terutamanya pada waktu pagi atau setelah lama berehat merupakan apa yang dinamakan plantar fasciitis.

Terdapat banyak sebab lain yang menyebabkan kesakitan pada tumit akan tetapi plantar fasciitis ini lazimnya berlaku kepada pesakit dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun.

Ia lazimnya dikaitkan dengan jenis kasut yang dipakai terutamanya yang bertumit tinggi dan bertapak atau in-sole yang keras pada jangka masa yang lama, iaitu dari usia yang muda.

Kesan daripada itu menyebabkan tarikan atau traction kepada plantar fascia yang terletak pada tapak kaki dan fascia atau ligamen ini terikat kepada dasar tulang tumit dikenali sebagai calcaneum.

Kesakitan yang dirasai adalah kesan daripada keradangan yang dihasilkan dari traction yang berulang-ulang ke atas plantar fascia atau ligamen tapak kaki.

Pemeriksaan akan menunjukkan terdapat kesan sakit pada tumit kaki apabila ditekan kuat dan di situlah keradangan yang paling kuat berlaku pada tapak kaki saudara.

Pemeriksaan imbasan sinar-X tumit juga boleh menunjukkan kesan traction dilihat dengan terhasilnya calcaneal spur atau reaksi tulang tumit calcaneum membentuk spur yang tajam dan tebal seolah-olah mencucuk tapak kaki.

Rawatan untuk plantar fasciitis adalah selalunya konservatif dengan penggunaan ubat-ubatan anti-keradangan dan juga menukar jenis kasut yang digunakan kepada yang lebih lembut tapaknya, tanpa tumit yang tinggi dan keras.

Lazimnya doktor anda akan menyarankan suntikan anti-keradangan yang paling efektif iaitu 'kenacort', sejenis kortikosteroid antiradang yang sangat berkesan terus ke kawasan tumit yang sakit.

Kira-kira dua pertiga pesakit akan pulih seperti sedia kala selepas menerima rawatan bersesuaian dan selebihnya berkemungkinan memerlukan ulangan suntikan kortikosteroid.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

3 comments:

  1. saya fikir saya sedang mengalami Plantar fasciitis . Tumit kaki sakit 24 jam dah 8 bulan masih sakit.
    Dekat mana di Kl/PJ boleh saya cari doctor pakar?

    Umur 33 tahun ..overweight!

    thanks

    ReplyDelete
  2. saya b'usia 30thn mula sakit tumit sjak 4 bln lalu, yg plik nye skit hye sebelah kaki kanan je, mcm2 ubat dh ltak , farmasi, singsea smua saya cuba still sakit yg amat sgt lebih2 lg ketika bdiri, ape pelu saya buat utk ilangkan skit ini???

    tlg saya....

    ReplyDelete
  3. Melalui xray saya d sahkan menghadapi plantar fasciitis ini, telah menerima suntikan namun keadaan masih juga belum pulih.. saya akan dsuntik kembali 2 minggu akan datang. Saya juga d refer ke physiotherapy untuk therpy kaki saya ini. Soalan : Apakah insiatif lain yg boleh saya lakukan untuk mengurangkan kesakitan?.. Saya teringin sangat membuat "urutan kampung (berurut)" namun khuatir akan mengerohkan keadaan.. Apa pendapat Dr?.. Saya juga mengunakan sokongan kaki n tumit yang di sarankan Dr pakar saya...

    ReplyDelete