SOALAN:
Saya mengalami masalah berat badan berlebihan dan perut buncit. Doktor turut menasihatkan saya supaya lebih waspada dengan kolesterol dan diabetes serta mencadangkan saya menjalani program detoksifikasi dan mengurangkan berat badan. Apakah suplemen yang boleh diambil untuk masalah ini?
JAWAPAN:
Mereka yang mengalami kegemukan di bahagian perut lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung, hipertensi dan juga kerintangan insulin.
Dari segi pemakanan, elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi dengan lemak dan karbohidrat. Sebaliknya tingkatkan pengambilan sayur-sayuran.
Pengambilan karbohidrat seperti nasi yang berlebihan akan menjejaskan paras insulin yang akan memperlahankan metabolisme.
Akibatnya, ia akan disimpan dalam bentuk gula dan juga lemak yang akan terkumpul dalam badan.
Hati merupakan kelenjar terbesar dalam tubuh dan merupakan organ detoksifikasi utama yang melindungi tubuh daripada toksin berbahaya dengan menyingkirkannya secara berterusan.
Makan berlebihan, terutamanya makanan berlemak akan membebankan hati dan menjejaskan fungsinya untuk pemecahan lemak dan penyingkiran bahan kumuh daripada tubuh.
Apabila pemecahan lemak tidak sempurna, ia menyukarkan usaha mengurangkan berat badan dan tanda biasa masalah ini adalah perut buncit.
Herba milk thistle digunakan sejak tradisi sebagai tonik hati. Juga dikenali sebagai silymarin, bahan aktifnya silybin bertindak sebagai antioksida untuk mencegah kerosakan sel hati akibat radikal bebas.
Gabungan bersama Dandelion membantu aliran hempedu, memperbaiki pencernaan lemak dan memberi kesan pengekalan kesihatan hati.
Pengambilannya juga disarankan untuk mengatasi masalah purut buncit. Senaman dan aktiviti fizikal juga adalah amat penting untuk membakar lebih banyak lemak.
Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari seharusnya datang dari gabungan pengurangan pengambilan kalori dan aktiviti fizikal.
Senaman seharusnya dijadikan amalan rutin bagi pengawalan berat badan yang sihat.
Jika semangat ingin bersenam anda selalu dilunturkan oleh kepenatan dan kekurangan daya ketahanan, pengambilan Astaxantin mungkin boleh membantu.
Astaxantin berfungsi dengan membenarkan penghantaran lemak ke mitokondria secara berterusan untuk penghasilan tenaga.
Tenaga yang dihasilkan menambah daya ketahanan, meningkatkan stamina serta mengurangkan kepenatan.
Kelebihan ini membolehkan aktiviti fizikal diteruskan, lalu pengurangan berat badan serta ketegangan otot dapat dicapai.
Pengambilan Astaxantin bagaimanapun haruslah disertai dengan pemakanan sihat dan juga senaman.
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
saya tiada masalah berat badan, tapi saya bermasalah dengan perut buncit. keadaan ini menjadi tidak selesa lebih2 lagi apabila saya duduk. perut nampak telebih besar dan buncit. bagaimana cara untuk mengurangkan perut buncit tanpa perlu mengurangkan berat badan kerana berat badan saya sudah ideal?
ReplyDelete