Peminat Setia Doktor Pakar

Friday, August 31, 2012

Kemurungan Boleh Dirawat


SOALAN :

Saya mempunyai seorang rakan yang boleh dikategorikan menghidap kemurungan. Masalah yang dihidapinya bukan sahaja menjejaskan hubungannya dengan keluarga seperti menguruskan suami dan anak-anak, malah merebak kepada rakan-rakan sekerja. Dia menjadi pendiam dan sering syak wasangka pada orang sekeliling. Apakah yang menyebabkan seorang wanita menjadi murung dan apakah kesan kemurungan kepadanya? Adakah ubat antimurung boleh membantu rakan saya?

Hajar, 
Kuala Lumpur

JAWAPAN :

Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan seharian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraan seseorang itu.

Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga berkeinginan membunuh diri.

Memang tidak pelik bagi golongan yang mengalami kemurungan yang kronik berisiko tinggi menghidapi masalah jantung kerana tekanan dan stres adalah salah satu penyebab penyakit jantung.

Ada pesakit dan ahli keluarga tidak mengambil berat penyakit kemurungan ini walaupun terdapat rawatan seperti ubat-ubatan dan kaunseling. Mungkin masyarakat tidak sedar bahawa masalah mental adalah penyakit sepanjang hayat dan ia boleh berulang-ulang tanpa mereka sedari. Justeru pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat sewenang-wenangnya tanpa nasihat pakar psikiatri. Namun, disebabkan prejudis masyarakat, pesakit dan ahli keluarga tidak mahu mendapatkan rawatan.

ParanoiaPada pengamatan saya, kawan anda sedang mengalami kemurungan dengan paranoia. Paranoia adalah gangguan mental yang merujuk pada seseorang yang percaya atau bersyak wasangka bahawa orang lain sentiasa mengancam dirinya (walaupun pada hakikatnya tidak). Elok anda segera mengesyorkan rawatan kemurungan yang dialami oleh kawan anda ini. Masalah yang dialaminya sudah serius.

Terdapat pelbagai faktor yang dapat meningkatkan kemurungan iaitu faktor tekanan diri, kurang yakin pada diri sendiri dan perasaan kendiri yang rendah, kehilangan daya kawalan ke atas perlakuan-perlakuan individu, pengalaman sosial yang menyakitkan seperti kematian orang yang sangat disayangi, perceraian atau kegagalan dalam peperiksaan juga boleh menyumbang ke arah kemurungan. Pengaruh emosi seperti menghadapi tekanan hidup seringkali juga menjadi punca masalah kemurungan.

Selain punca-punca yang dinyatakan di atas, faktor biologi individu terbabit juga boleh menjadi penyebab penyakit kemurungan. Antara faktor biologi tersebut adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak.

Dipercayai bahawa ketidakseimbangan bahan kimia yang dipanggil neurotransmiter serotonin di bahagian otak akan menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan. Serotonin inilah yang terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Oleh itu apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, ia akan menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia dan akhirnya akan wujudlah masalah kemurungan.

GenetikKemurungan juga berlaku lebih kerap kepada seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kemurungan. Oleh itu ada kemungkinan kemurungan ini boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan. Ia juga boleh disebabkan oleh sesetengah ubat darah tinggi. Sekiranya ini berlaku, kemurungan itu akan beransur hilang dengan sendirinya apabila ubat-ubatan tersebut diberhentikan. Oleh itu jika seseorang itu sedang mengambil ubat-ubatan, sila pastikan dengan doktor terlebih dahulu sama ada ubat-ubatan tersebut mungkin punca pesakit mengalami kemurungan ataupun tidak.

Daripada kenyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyakit ini berpunca daripada pelbagai faktor yang merangkumi genetik, psikologi dan yang ada kaitan dengan proses perkembangan personaliti dan sebagainya.

Sepanjang rawatan, emosi pesakit akan bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya juga semakin berkurangan. Ahli keluarga juga memainkan peranan membantu memulihkan pesakit murung dengan memahami keperluan dan manfaat ubat yang kadangkala boleh membuatkan mereka berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor.

Ramai pesakit dan ahli keluarga tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat kemurungan secara tiba-tiba menyebabkan kemurungan menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi.

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu rancangan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Sebahagian daripada pusat kesihatan dilengkapi unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu kawan anda pulih daripada penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat. Jangan biarkan kawan anda terus merana. Bantulah dia untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera.


Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

1 comment:

  1. Nama Saya Aziz, sebelum ini saya rasa tekanan mental sampai ke tahap maksimum dan bimbangkan masa depan saya gelap seperti sekarang.
    saya ada masalah kemurungan yang serius, seolah-olah saya berada dalam satu terowong yang gelap dan rasa saya terperangkap dalam keadaan gelap ini untuk selama-lamanya, untuk sesiapa yang terlalu lemah semangatnya dan rasakan mereka tiada peluang untuk kembali sihat, untuk sesiapa yang murung sampai rasakakan tiada siapa-siapa yang dapat membantunya. Untuk emosi kemurungan dan sedih yang mendalam dan mereka yang dalam kegelapan.

    boleh jumpa doctor :
    http://www.kemurungan.com

    ReplyDelete