Peminat Setia Doktor Pakar

Sunday, November 06, 2011

Kanser Kepala dan Leher Masih Boleh Dirawat

Tatkala Pakar Bedah Kanser Kepala dan Leher dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Mohd. Razif Mohamad Yunus menunjukkan gambar-gambar pesakit dibedah akibat menghidap kanser jenis itu, terbit satu perasaan yang sukar diungkapkan di dada penulis.

Rasa gerun, takut dan seriau menyelubungi diri. Tidak dapat diungkapkan bagaimana keadaan pesakit yang menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian tersebut.

Penulis percaya, bila disebut tentang kanser, bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila ia membabitkan bahagian kepala.

"Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pesakit kanser di bahagian kepala dan leher mampu diselamatkan andainya mereka bertindak dari peringkat awal. Walaupun bukan 100 peratus pulih seperti asal, namun sekurang-kurangnya kita mampu menyelamatkan atau memanjangkan hayat mereka dengan hidup yang lebih berkualiti," kata beliau.

Menurut Prof Mohd. Razif, kanser kepala dan leher dirujuk sebagai satu kumpulan kanser di bahagian bawah otak hingga ke bahagian esofagus. Ia merangkumi bibir, rongga mulut (termasuk lidah), rongga hidung, sinus, tekak, peti suara dan salur pemakanan. Kadangkala, ia melibatkan kes kombinasi dengan otak yang turut memerlukan perhatian pakar neurologi.

Katanya, sebanyak 90 peratus daripada kanser jenis itu merupakan sel squamous carcinoma yang berasal daripada lapisan mukosal (epitelium) di kawasan tersebut. Biasanya ia akan merebak ke kawasan nodus limfa pada leher dan ini merupakan tanda-tanda yang biasa dapat dilihat ketika diagnosis.

Menurut beliau, punca yang dikaitkan dengan kanser kepala dan leher adalah merokok, pengambilan minuman beralkohol, amalan mengunyah pinang, sirih dan juga gambir serta beberapa jenis virus seperti virus papiloma manusia (HPV).

Kata Prof. Mohd. Razif, kanser kepala dan leher lebih biasa menyerang golongan lelaki usia pertengahan namun kes melibatkan wanita muda berusia sekitar 20-an turut ditemui sejak akhir-akhir ini.

Ditanya sejauh mana seriusnya penyakit ini kata beliau, ia bergantung kepada peringkat mana ia dikesan dan dirawat. Jika masih diperingkat awal, pesakit mampu diselamatkan.

Walaupun umum jarang membicarakan mengenai kanser kepala dan leher, hakikatnya secara global penyakit itu merupakan antara tiga jenis kanser yang paling banyak dihidapi oleh kaum lelaki. Dan angkanya juga menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Pada tahun 2009, sebanyak 35,720 kes kanser kepala dan leher dikesan di Amerika Syarikat.

Simptom dan tanda-tanda:

Kanser di bahagian tekak biasanya bermula dengan simptom biasa seperti pembesaran nodus limfa di luar bahagian leher, sakit tekak atau perubahan suara. Namun jika ia berkaitan dengan kanser, keadaan ini kelihatan lebih kronik. Ia mungkin dapat dilihat dengan jelas melalui benjolan atau kesakitan di bahagian tekak, leher yang tidak sembuh untuk tempoh yang lama. Pertuturan turut terjejas dan pesakit mungkin mengalami sakit di bahagian telinga.

Menurut Prof. Mohd. Razif, biasanya kanser di bahagian kepala dan leher mudah dikesan.

"Sebagai contoh, kanser di dalam hidung. Pesakit akan menyedari kelainan dan rasa terdapat ketumbuhan, bengkak dan keluar darah di bahagian yang terbabit. Adakalanya ketumbuhan tersebut akan keluar daripada hidung, begitu juga di bahagian-bahagian lain.

"Bagi kanser lidah dan mulut pula, ia biasanya ditunjukkan melalui ulser pada mulut yang luar biasa," katanya.
Jelas beliau, ulser adalah masalah biasa setiap individu dan ia akan pulih dengan sendirinya selepas beberapa hari. Namun dalam kes ini, ulser terlalu lama melebihi dua minggu dan ia semakin membesar sehingga berdarah memberi petanda bahawa ia bukan sesuatu yang biasa.

Seandainya kanser itu terdapat di bahagian tekak pula, pesakit biasanya mengalami kesukaran menelan dan kadangkala ia membengkak di bahagian leher.

Begitu juga dengan kanser peti suara, dimana pesakit mengalami kelainan pada suara melebihi dua minggu sehingga kadangkala boleh menyebabkan suara hilang. Pesakit juga akan bernafas lebih kuat dan seandainya di peringkat serius, ia boleh menyebabkan pendarahan.

Sebenarnya kanser di bahagian itu kata Prof. Mohd Razif saling berkait antara satu sama lain. Ada pesakit yang mengalami kanser pada hidung dan kemudian ia merebak ke bahagian leher dan ada yang bermula dari leher ke hidung. Selepas itu ia merebak pula ke paru-paru, hati dan seterusnya ke tulang.

Pesakit yang bertemu doktor akan menjalani ujian endoskop terlebih dahulu pada bahagian yang dijangkiti. Jika terdapat tisu yang tidak normal, mereka akan disarankan menjalani Selepas ujian saringan resonan magnetik (MRI) dan CT scan. Seandainya disahkan menghidap kanser, mereka akan diberi cadangan rawatan mengikut peringkat yang bersesuaian.

Rawatan

Prof. Mohd Razif berkata, terdapat beberapa jenis rawatan yang perlu dijalani pesakit bergantung kepada peringkat yang mereka alami.

Menurut beliau, ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan sahaja. Ada pula yang memerlukan radioterapi sahaja dan ada pula yang perlukan pembedahan diikuti dengan radioterapi. Terdapat juga pesakit yang memerlukan pakej rawatan lengkap iaitu pembedahan diikuti kemoterapi dan radioterapi.

Menurutnya, bagi pesakit kronik yang sudah berada pada tahap empat di mana sel kanser sudah merebak ke seluruh tubuh badan, maka mereka diberi rawatan paliatif yang menyokong pesakit.

Namun bagi pesakit yang dipercayai mempunyai harapan untuk sembuh, mereka akan dibedah bagi membuang kawasan yang dijangkiti.

Kata beliau, biasanya kes-kes melibatkan kanser kepala dan leher memerlukan pemerhatian daripada pakar bedah kanser kepala dan leher, pakar bedah plastik rekonstruktif, pakar telinga, hidung dan tekak, pakar onkologi, pakar bedah mulut dan juga pakar terapi pertuturan. Menurutnya, tidak semua hospital menawarkan kepakaran pembedahan untuk kanser jenis itu kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Hanya hospital tertentu termasuk PPUKM yang setakat ini melakukannya dan peratusan kejayaan boleh dibanggakan.

Biasanya pesakit yang berada di tahap awal iaitu satu dan dua mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh. Pembedahan panjang perlu mereka lalui hingga kadangkala memakan masa selama 12 hingga 24 jam. Jika tiada sebarang komplikasi dan pesakit tidak mempunyai penyakit kronik yang lain, proses sembuh tidak mengambil tempoh yang lama.

Ditulis oleh: Bintu Rasyada A. Rahman  

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

4 comments:

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    ReplyDelete
  2. BAGAIMANA BIJI APRIKOT (VITAMIN B17) MEMBUNUH SEL KANSER?
    Huraian:
    Apabila B17 atau Amygdalin atau juga disebut Laetrile bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat dipecahkan disebabkan tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser. Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini iaitu Hidrogen Sianida (cyanide) bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Kita akan lihat sel-sel kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau ketoksikan selektif. Hanya sel-sel kanser sahaja disasarkan untuk di musnahkan. Beginilah cara B17 dari Biji Aprikot bekerja. Ia telah terbukti dan berilustrasi untuk memusnah serta membunuh sel kanser dan menyuburkan sel yang sihat melalui B17.

    Layarilah internet untuk melihat fenomena ini digunakan Hospital Contreras di Mexico dan Harold Manner Hospital lebih 30 tahun yang lalu dan berjaya merawat 100,000 orang pesakit-pesakit kanser.


    SIAPA YANG MENEMUI KEAJAIBAN BIJI APRICOT?
    Huraian:
    Pada tahun 1950, setelah bertahun-tahun penyelidikan, Dr. Ernest T. Krebs, seorang doktor biokimia telah menemui satu vitamin lalu menomborkannya sebagai Vitamin B17 dan dipanggil Laetrile.
    Setelah beberapa tahun, orang ramai semakin percaya bahawa Dr. Krebs telah menemui pengawal dan penyembuh kanser iaitu Vitamin B17, ramai pesakit kanser yang telah sembuh setelah mengambil vitamin tersebut. Namun begitu, beberapa ketika kemudian, organisasi multinasional farmaseutikal melancarkan propaganda bahawa Vitamin B17 membawa maut dan tidak berkesan merawati kanser. Vitamin B17 tidak diiktiraf dan tidak dibenarkan sebarang pengeluaran dan penjualan di Amerika Syarikat. Sekiranya Vitamin B17 berleluasa, industri kemoterapi, radiasi dan pembedahan kanser yang mengaut keuntungan jutaan dolar pasti akan lingkup. Sebab itu propaganda itu dilancarkan.

    Selepas itu, Dr. Krebs berpindah ke Mexico dan penemuannya disambut baik di sana. Hospital-hospital di Mexico menawarkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Setiap tahun, ramai rakyat Amerika Syarikat yang pergi ke Mexico untuk mendapatkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Peratusan besar daripada mereka berjaya dirawati, malahan pesakit yang berada di tahap 'menunggu masa' (terminal cancer) juga sembuh. Hanya sebilangan kecil yang tidak berjaya kerana organ dalaman mereka telah teruk dirosakkan oleh rawatan kemoterapi dan radiasi.

    Tetapi di sudut lain, FDA, AMA dan American Cancer Society masih meneruskan propaganda mereka mangatakan Vitamin B17 adalah tipu semata-mata. Dan oleh sebab itu, beratus-ribu pesakit kanser mati setiap tahun disebabkan rawatan pembedahan, kemoterapi dan radiasi, sehinggalah sekarang.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Dr. Ernest T. Kerbs dan Vitamin B17, sila lawati en.wikipedia.org/wiki/Ernst_T._Krebs.

    ReplyDelete
  3. APA KATA PAKAR-PAKAR BIOKIMIA MENGENAI VITAMIN B17? .
    Huraian:
    Dr Ernesto Contreras, Oasis of hope Hospital : Beliau telah berjaya merawat 100,000 lebih pesakit kanser menggunakan Vitamin B-17.

    Menurut Dr Philip E . Binzel, Pakar Kanser, Ohio, Usa :“B17 bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser”.

    Dr . Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia : “Kanser adalah penyakit metabolic … terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B-17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser”.

    Dr Dean Bur , Pakar Kanser dari Jerman yang mengkaji secara terperinci : “Dibawah mikroskop kami masukkan B17 keatas sel kanser, kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali”.

    Dr Kanematsu Suguira, Penyelidik Kanser terkenal di dunia : “B17 adalah ejen anti barah paling berkesan yang pernah diujinya”.

    Dr Ernest Kreb Jr, Pakar Biochemist, Pengasas Vitamin B15 dan B17: “B17 adalah harapan utama dan terakhir di dalam terapi kanser”.

    Dr Hans Nieper, Pakar Kanser dari Jerman Barat : “Setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar , saya mendapati vitamin B17 jauh lebih baik mahupun pencegahan. Saya berpendapat bahawa tiada lain melainkan Vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser”.

    KENAPA PAKAR-PAKAR PERUBATAN TIDAK MENGGUNAKAN VITAMIN B17 SEBAGAI KAEDAH MERAWAT PENYAKIT KANSER?
    Huraian:
    Sebuah buku yang ditulis oleh G.Edward Griffin, bertajuk "The Politics of Cancer Theraphy" menunjukkan satu bukti penipuan besar, ketidakjujuran dan penyalahgunaan kuasa dalam bidang kajian perubatan. Ini kerana, terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa Laetrile atau B17 sebagai tiada nilai kepada rawatan anti kanser. Para pelajar perubatan di institiusi-institusi diajar dan diberi latihan yang berunsurkan rawatan moden, (drug-oriented training). Selain itu, para doktor juga dipaksa untuk menggunakan cara rawatan moden sahaja seperti kimoterapi, radiasi dan pembedahan bagi mengubati kanser, walaupun cara rawatan tersebut tidak efektif. Mereka hanya diajar untuk mengubati simptom-simptom, tanpa menfokuskan punca-punca penyebab kanser. Itulah kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam dunia perubatan sekarang apabila wang dan nyawa manusia menjadi taruhan.

    Fakta logik dan sains menunjukkan bukti kehadiran enzim-enzim dan scientific chemistry dalam badan manusia adalah benar-benar berlaku. Mana-mana ahli biokimia atau ahli toksikologi di seluruh dunia telah mengesahkan berlakunya proses ini. FDA (merupakan badan yang mengawal ubat-ubatan dunia) telah mencabar pakar-pakar penyakit kanser dan ahli biokimia untuk menunjukkan bukti penemuan bahawa enzim Laetrile dari Biji Apricot dapat membunuh sel kanser. Walaupun FDA mendapati terdapat bukti kukuh bahawa Laetrile atau Vitamin B17 benar-benar dapat membunuh sel kanser, atas kepentingan kewangan dan politik, Amerika Syarikat melalui FDA telah merahsiakan penemuan ahli biokimia tersebut untuk memberi laluan kepada gergasi-gergasi farmasi mengaut keuntungan berbilion dolar hasil penjualan ubat kimoterapi dan penjualan peralatan berkaitan rawatan kanser.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.... saya siti dari sabah... sakit kepala berdenyut di sebelah kiri membuatkan badan saya sangat lemah dan tangan saya tidak bermaya.. saya hlng selera makan kerana bahagian tekak saya terasa loya...

    ReplyDelete