Peminat Setia Doktor Pakar

Friday, May 13, 2011

Riadah Boleh Kurangkan Ketagih Onani

SOALAN
Saya seorang remaja awal 20-an. Sejak di bangku sekolah menengah (tingkatan 1) saya sudah mula mengamalkan aktiviti melancap sehinggalah umur saya sekarang. 

Perkara yang saya lakukan ini boleh dikatakan seminggu dalam tiga hingga ke empat kali. Apakah ia akan memberi sebarang kesan kepada zakar saya. Adakah saya boleh mendapatkan zuriat setelah berkahwin serta bolehkah saya mengalami masalah mati pucuk kerana kerap melakukan perbuatan tersebut. 

Zur, Selangor.
Saudara Zur,

JAWAPAN:
Saya pasti kebanyakan remaja melakukan onani atau melancap dan ada di kalangan remaja menjadi ketagih dengan perbuatan ini. Saya banyak berjumpa remaja yang turut mengalami tekanan akibat ketagihan melancap bahkan ada yang mengatakan bahawa zakar mereka menjadi kecil dan mengecut akibat melancap.

Secara amnya, perbuatan melancap tidak memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal mahupun mental seseorang itu. Ia juga tidak akan menyebabkan benih atau sperma berkurangan ataupun mati pucuk. Ia boleh memberi kesan fizikal atau mental jika tidak terkawal ataupun melibatkan penggunaan alat-alatan yang boleh memberi kecederaan terhadap zakar. Saudara Zur boleh mengelakkan daripada melakukan melancap dengan menjauhi rangsangan seks seperti melihat video lucah dan sebagainya.

Aktiviti riadah boleh mengisi masa lapang dan menjauhkan daripada melancap. Bagi orang Islam, membaca Quran, berpuasa dan banyakkan bersembahyang sunat dapat menjauhkan diri dari melancap.

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment