Pengetahuan yang kurang dan salah tanggapan bahawa masalah jerawat di muka boleh diatasi dengan hanya merujuk kepada pakar kecantikan telah menjerumuskan mereka kepada masalah kulit yang lebih serius.
Malah sikap wanita itu sendiri yang terlalu menekankan kecantikan wajah sehingga mengabaikan aspek kesihatan, menjebak mereka kepada pelbagai risiko yang mengundang masalah seperti kecacatan wajah dan sebagainya.
Naib Presiden Persatuan Dermatolgy Malaysia, Dr. Mardziah Alias berkata, masalah tersebut bukan baru di negara ini, malah pihaknya telah menggunakan pelbagai cara termasuk menghebahkan maklumat menerusi media massa dan juga Internet bagi mendidik masyarakat khususnya kaum wanita mengenai rawatan kulit wajah.
‘‘Kita telah menggunakan pelbagai cara bagi mendidik orang ramai dan usaha ini kita lakukan secara berterusan. Malangnya, masih ada di kalangan pengguna yang enggan mendengar nasihat atau mendapatkan pandangan daripada pihak ketiga sebelum membuat rawatan kulit wajah di mana-mana pusat kecantikan di negara ini,” katanya.
Beliau yang juga merupakan Pakar Kulit Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) memberitahu, masalah kulit walaupun hanya membabitkan jerawat yang kecil, individu yang perlu dirujuk ialah pakar kulit kerana hanya mereka yang lebih arif mengenai anatomi manusia.
Katanya lagi, jerawat merupakan sejenis penyakit kulit yang perlu dirawat oleh doktor dan bukannya oleh pakar kecantikan menerusi penggunaan produk kosmetik yang mungkin ada kesan sampingan terhadap kulit manusia.
‘‘Pakar kecantikan bukan doktor dan orang yang lebih mahir adalah pakar kulit terutamanya bila seseorang pesakit itu ada masalah jerawat.
‘‘Jerawat adalah satu penyakit yang hanya boleh dirawat oleh doktor pakar kulit di mana jika hendak melakukan sesebuah prosedur rawatan mereka tahu apa yang hendak dibuat termasuk merawat alahan atau kesan sampingan pada kulit muka pesakit,” ujarnya.
Menurutnya, ramai di kalangan pengguna masih tidak menyedari bahawa kos rawatan yang ditawarkan oleh doktor perubatan atau pakar kulit adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan di pusat-pusat kecantikan.
Tambah Dr. Mardziah, sekiranya prosedur rawatan tidak melibatkan pembedahan, kos yang akan dikenakan kepada pesakit hanya membabitkan ratusan ringgit dan ia tidak mencapai perbelanjaan empat angka.
‘‘Jika pesakit memerlukan pembedahan atau pun rawatan laser sudah tentu kosnya lebih mahal, tetapi untuk rawatan biasa perbelanjaannya tidaklah semahal rawatan di pusat kecantikan yang melibatkan ribuan ringgit dan jaminan untuk pulih tidak pula dapat diberi secara seratus peratus,” tegas beliau.
Beliau berkata, masalah kulit tidak boleh dipandang ringan kerana kesan daripada rawatan yang dibuat boleh memberi implikasi yang cukup besar khususnya dari segi psikologi dan emosi pesakit.
Jelasnya lagi, pesakit boleh bertukar menjadi seorang yang murung dan emosional sekiranya rawatan yang dilaksanakan ke atasnya menemui kegagalan.
Dr. Mardziah memberitahu, kadangkala pengguna khususnya kaum wanita sering kali terlupa bahawa penjagaan kesihatan yang betul adalah jauh lebih penting daripada memelihara kecantikan wajah.
‘‘Kita masih boleh kelihatan cantik jika aspek kesihatan diambil berat seperti mengambil makanan seimbang dan mengawal berat badan agar tidak obes,” katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Kanan Pembedahan Maksilofasial Universiti Malaya, Profesor Dr. Zainal Arif Abdul Rahman, menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati setiap kali hendak mendapatkan rawatan kosmetik.
Kesan buruk
Katanya, sebagai pengguna, orang ramai perlu memastikan individu yang dirujuk adalah merupakan pakar yang bertauliah agar rawatan yang diterima tidak mendatangkan kesan buruk kepada kulit wajah.
‘‘Saya perhatikan pada masa kini, banyak rawatan seperti suntikan botox atau pun vitamin C boleh didapati di pusat-pusat kecantikan.
‘‘Sedangkan prosedur rawatan tersebut hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit atau doktor perubatan yang bertauliah kerana dikhuatiri ubat yang digunakan boleh mendatangkan kesan alahan kepada pesakit,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai penggunaan botox, jelas beliau, botox merupakan bahan kimia yang dihasilkan menerusi sejenis bakteria, botulinum toksin yang mana bakteria itu berupaya melumpuhkan otot jika salah cara penggunaan.
Tambahnya, suntikan botox atau pun vitamin C perlu dilakukan secara berterusan iaitu enam bulan sekali sekiranya seseorang itu ingin mengekalkan keserian wajah kesan daripada suntikan berkenaan.
Menceritakan pengalaman merawat pesakit yang mengalami kerosakan struktur wajah, Dr. Zainal memberitahu, biasanya pembedahan perlu dilakukan sekiranya wajah pesakit mengalami kerosakan serius sehingga membabitkan tisu dan tulang muka.
‘‘Saya pernah merawat seorang pesakit yang mendapat komplikasi setelah membuat rawatan di China di mana bahagian dagu pesakit berkenaan telah bernanah dan saya terpaksa membedah bahagian dagu bagi membentuk semula dagunya yang telah rosak teruk,” katanya.
Justeru, beliau mengingatkan kepada orang ramai agar meningkatkan pengetahuan mereka mengenai rawatan wajah dan produk-produk kecantikan menerusi pembacaan di internet ataupun merujuk terus kepada pakar kulit bagi mendapatkan nasihat serta pandangan yang betul.
Ditulis oleh:
Noor Fazrina Kamal
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
insya Allah 20tahun dari saat ini anda terlihat tampak seperti saat ini
ReplyDeletecoba pelajari www.maxgxl.com
glutation alami
franky +6281381093195
saya berumur 26 tahun dan belum berkahwin.saya sering merasa tidak selesa kerana mempunyai bulu roma yang lebat di bahagian betis.tindakan yang saya ambil adalah mencukur bulu roma tersebut.tetapi bulu roma akan tumbuh dengan cepat selain dari merasa sangat gatal.akibat terlalu kerap menggaru, kulit saya melecet dan meninggalkan parut.saya merasa rendah diri dan kurang keyakinan diri kerana mempunyai betis yang tidak cantik.saya juga merasa gusar sekiranya pasangan saya menyatakan kaki saya tidak cantik apabila berkahwin kelak.saya harap doktor dapat membantu.terima kasih.(miss shikin)
ReplyDeleteSaya juga mempunya masalah yang sama seperti miss shikin dimana kerana kerap bercukur, kaki saya sudah berparut. Apa yang perlu saya lakukan supaya mendapat kulit yang cantik?
ReplyDeletesaya ingin bertanya..saya mengalami masalah kulit yg sensitif dan kulit saya kini berparut di bahagian kaki dan celah-celah peha dan ianya kelihatan kehitaman...saya amatlah tidak menyukinya..bagaimana saya boleh mendapatkan rawatan yang sebaiknya bagi kulit saya untuk menghilangkan parut...???
ReplyDeletesaya ada panau di peha... macam mana hendak hilangkan yea.. dah puas cuba telan ubat... ubat sapu pun da cuba...
ReplyDeleteada sapa-sapa yang leh bagitahu jenis ubat panau yang berkesan sila bagitahu sy..
ReplyDeletesa ada masalah black heads pada hidung..kerap kali sa memicit mengunakan alat khas untuk black heads tapi x juga hilang..black heds ni slu membuatkan kulit sa menjadi kasar..sa memerlukan nasihat dari pakar kulit..apakah patut sa buat untuk menghilang kan b.h ni..
ReplyDeleteSalam, Saya berumur 21 tahun. Apa yg saya kurang selesa ialah kulit belakang yg d penuhi jerawat & parut jerawat. Apa yg patut saya lakukan? Saya betul2 dlm delema. Apatah lg saya seorang freelance model.
ReplyDeletesalam...saya pun macam tu..belakang badan saya ada jerawat dan kat dada....macam mana ya?ubat apa yang sesuai....?
ReplyDeletesalam..saya mmg dr kecik ada masalah kulit..tak tahan dengan nyamuk..kaki akan gatal n saya garu n menjadi kesan parut...macam mna sy nk hilang kan?saya rasa malu dgn kaki saya..boleh kew saya m'hilangkan parut dihospital utk memulih kn kaki sy blk?email sy di katyasyraf@yahoo.co.uk
ReplyDeleteSalam....saya ada masalah kulit muka yang berparut kesan daripada luka jerawat yang saya picit di sebelah kanan pipi saya,saya menjadi kurang selesa dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orng ramai malah saya rasa rendah diri dan kurang bergaul,APAKAH YANG PATUT SAYA BUAT?TLG EMAIL KN PADA SAYA KALAU ADA APA2 CADANGAN habel_90@yahoo.com
ReplyDeletesalam ..sy ad masalah kulit .dekat belakang saya ad bintik2 merah .macam jerawat jugak lahh .sekarang dah merebak kat lengan n dada .apa yang patut saya buat ..ap ubat yang paling sesuai untuk badan saya nie
ReplyDeletesy pndah ade panau kt bdan.
ReplyDeletealhamdulillah hilang xsmpai sbulan.
gune krim cap pisang.btol wrne kuning.
hrga dlm 5rrgit je.
bli kt kedai ubat cina.
try la cari.insyaalah bkesan.
salam..saya ada masalah kulit kepala yang agak kronik.minta rujukan jenis ubat yang perlu saya ambil atau siapa doktor yang pakar yang dapat ubati sakit saya ni..terima kasih..
ReplyDeleteabby_042003@yahoo.com
Salam....saya ada masalah kulit muka yang berparut kesan daripada luka jerawat yang saya picit di sebelah kanan pipi saya,saya menjadi kurang selesa dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orng ramai malah saya rasa rendah diri dan kurang bergaul,APAKAH YANG PATUT SAYA BUAT?TLG EMAIL KN PADA SAYA KALAU ADA APA2 CADANGAN rafael.fabio92@gmail.com
ReplyDeletesalam...sy menghidapi masalah kegatalan yang teruk akibat dari hama..walaupun kesan itu sudah meninggalkan parut tapi kegatalan masih lagi berlaku...keadaan itu membuatkan sy merasa malu untuk memakai pakaian yg sedia ada kerana takutkan dengan keadaan kulit sendiri..sy pernah diberikan ubat sapu dynavate oleh doktor yang lain...tp rasa kegatalan itu hanya akan hilang buat sementara waktu sahaja..keadaan kulit sy yg makin berparut menyebabkan sy dalam keadaan stress sehingga client sy tidak yakin dengan sy kerana faktor emosi yang tidak menentu dan perasaan rendah diri yang sgt menebal dan keadaan ini boleh merosakkan karya sy...sy perlu yakin sebelum sy dapat meyakinkan client sy untuk melabur dalam company sy...jd bolehkah pihak tuan tolong sy suggestkan ubat yang sesuai digunakan dan ubat untuk menghilangkan parut2 sy ini?
ReplyDeletesaya mempunyai masalah kulit kering dan merekah...seolah2 kulit org tua...macam mana nk atasi ye...
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletesaya ingin bertanya kan tentang pil organic vitamin c yang kini konon nya ada lah ubat untuk merawat jerawat dan masalah yang berkaitan kulit..
contoh :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=229158570537134&set=a.214366368683021.44087.100003289783559&type=3
boleh tak doctor bagi pendapat tentang pil ini.
Amoy
amoy_yna@hotmail.com
sya mempunyai masalh kulit muka yang nipis sehingga boleh menampakkan urat2 d muka dan sya rsa x slesa keadaan mka sya bgini,,,keadaan ini dsebabkan sya menggunakan 2 jnis produk yg menyebabkan kulit mengelupas slma dlm 4 tau 5 buln,,,sya nk minta nsht n pandgn dktr apkh ptt sya lakukan utk mengembalikan kulit muka sya spt dahulu??adkh kulit mka sya dpt d rwt??
ReplyDeleteamino_alkali@yahoo.com
assalamualaikum.. boleh doktor pakar kulit jawab soalan saya.. saya hendak bertanya mengenai seborrheic dermatitis.. bagaimana hendak merawat sakit ini.. tolong saya..
ReplyDeletetolong jawab di die_anon84@yahoo.com
DeleteAs'kum,
ReplyDeleteSaya disini mahu berkongsi dengan anda semua tentang satu web yang dapat membantu anda untuk mengurangkan parut pada kulit dan seluruh badan anda. Di web tersebut juga terdapat ubat yang amat-amat berkesan untuk anda semua tidak mengira usia dapat menggunakannya. Jika anda mahu mendapatkan ubatnya, anda boleh layari di web ini:
Penawar Berkesan Untuk Menghilangkan Parut Pada Tubuh Badan - klik sini
Terima Kasih.
saya berumur 18 tahun dan mengalami masalh jerawat..setiap kali sya picit jerawat , mesti tumbuh kat tempat lain..pastu tmpat yg sya picit tu jadi kecut n meninggalkan parut..ada tak ape2 pencuci yg perlu sye pakai ?
ReplyDeletesalam , saya juga mempunyai masalah kulit , kulit saya menjadi merah2 tapi tidak gatal .. dah cuba krim dari dokter tapi tetap tidak berkesan .. harap boleh jawab ,,mohon jawab di farisya_edayu96@yahoo.com .. terima kasih ..
ReplyDeleteSalam, saya seorang isteri berumur 45 tahun. Masalah saya ialah sejak setahun lalu kedua-dua kaki saya telah menjadi gatal dan kemerah-merahan dengan kudis-kudis kecil. Setelah hilang kudis kemerahan-merahan tu, sejak 9 bulan lalu, kulit di pergelangan kaki kanan saya telah menjadi bengkak kemerah-merahan pula. Kadang-kadang nanah akan keluar dari pergelangan kaki saya yang kemerahan bengkak ni. Apabila tompok-tompok nanah baru mula hendak keluar, saraf kaki saya akan terasa sangat sakit seperti ditarik-tarik. Apabila ia semakin teruk, saya akan diserang menjadi demam panas. Saya telah beberapa kali berjumpa dengan doktor dan diberi suntikan. Selepas disuntik, ia akan hilang selama 3 minggu, lepas tu kaki saya akan membengkak kemerahan semula. Ini terjadi di sebelah kaki kanan saya saja. Tolonglah doktor-doktor pakar, saya ingin tahu apakah penyakit saya ini dan bagaimana untuk menyembuhkanya?
ReplyDeleteMaaf, ini email saya: rolynz04@yahoo.com.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesejak keci lagi sy mengalami mslh kulit kering terutamanya d bhgian jari tgn dn jari kaki... skrg umur saya dh mencecah 21 thn, mslh yg saya hdpi ttp x berubah mlh makin teruk.. ini amat menyukarkan kehidupan seharian saya... tiap bln saya terpaksa membeli tisu bsh yg bnyk utk membasahkan tgn saya dn akan saya pgg sampai tisu bsh itu kering dgn sendirinya.. sayajuga beli botol spray kosong dn diisikan air paip utk membasahkan kaki saya dn 2 bnda itu wajib saya bwa ke mana sahaja. tetapi apabila tgn dn kaki saya berpeluh, ia akan berpeluh dgn begitu bnyk sehinggakan jari2 tgn saya akan menjadi kembang sekembang2nya, sampai thp maksimum buat beberapa jam. dn setelah kembang itu mula surut, jari2 saya akan mula gatal2 dn ada seperti biji2 halus yg tumbuh di dlm kulit saya. dn sgt pedih tetapi saya perlu mengosok jari2 saya di tempat yg kasar kerana sgt gatal.. sehari 2 selepas itu area yg gatal td akan mengelupas seperti bertukar kulit dn gatal. dn tumbuh kulit baru.. jari kaki saya dn tgn saya menjadi lembut dn licin. saya terpaksa mengunakan selipar kerana saya kerap tergelincir. dn saya juga terpaksa mengunakan pinggan mangkuk plastik, kerana saya kerap memecahkan nya akibat terlepas dari tgn. kulit saya yg sentiasa bertukar kulit menyukarkan kehidupan seharian saya.. jika jari2 saya kering jika tidak dbshkan dgn segera akn menyebabkan kulit saya merekah dn pedih2... saya x tahu nak buat apa... air yg saya letakkan di tgn akan kering dlm masa lbh kurang 1 minit.. sama juga jika saya mengunakan losyen x da apa2 kesan pun.. sehinggakan org sekeliling saya memangil saya duyung.. tlglh doktor2 pakar... tlg beritahu saya skt apa yg saya hidapi dn mcm mana cara utk saya ubatinya... tq..
NO COMMENT
ReplyDeleteNO COMMENT
ReplyDeleteSalam saya cuma nak tahu dengan lebih lanjut lagi berkenaan sakit di muka isteri saya,pada mula nya ada lah tanda merah kecil sahaja,lama kelamaan menjadi gelembung air,jika air itu di pecahkan ia nya berbau yang kurang senang,dia jugak megadu urat saraf nya rasa tertarik dan ada kala nya sakit ada jugak kawan saya megatakan ia nya kayap,saya pun tak tahu,saya harap dapat penjelasan dalam ruang ini,terima kasih.
ReplyDeleteBest tips..Thanks
ReplyDeleteApa itu methyl paraben dan propyl paraben dalam bahan kosmetik
ReplyDeleteApa itu methyl paraben dan propyl paraben dalam bahan kosmetik
ReplyDelete