Peminat Setia Doktor Pakar

Thursday, April 03, 2008

Kelesuan Akibat Diabetes

SOALAN:
Untuk makluman pihak tuan, saya berusia sekitar 50 tahun dan menghidap diabetes sejak 15 tahun yang lalu. Selepas pemeriksaan baru-baru ini, saya juga disahkan mempunyai masalah kolesterol yang tinggi.

Kini saya sedang mengambil ubat untuk menangani masalah-masalah tersebut. Adakah keadaan-keadaan ini menyumbang kepada kelesuan dan dalam masa yang sama menjejaskan prestasi hubungan intim saya?

Adakah keletihan dan kualiti hubungan intim boleh diperbaiki dengan makanan tambahan?


JAWAPAN:
Disfungsi erektil atau kemerosotan fungsi seksual merupakan kesan sampingan lazim akibat diabetes. Peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa. Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.

Kerosakan saraf turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan, selain menjejaskan keupayaan ereksi atau mengekalkan ereksi lelaki. Penyakit yang dihidapi juga turut menyumbang kepada keletihan dan kelesuan. Tambahan pula pengambilan ubat-ubatan dalam jangka panjang juga mungkin memburukkan lagi keadaan. Pemakanan seimbang adalah kunci utama kepada kesihatan. Patuhilah panduan pemakanan daripada doktor untuk memastikan diabetes anda dalam keadaan terkawal. Pengambilan asid alfa lipoik yang penting untuk kesihatan saraf digalakkan untuk diamalkan setiap hari oleh penghidap diabetes.

Pengambilan beberapa jenis herba mungkin dapat meringankan kelesuan, sekaligus mungkin juga bermanfaat untuk memperbaiki kualiti hubungan intim. Antara herba tradisional yang popular termasuklah Gingko, Ginseng, Muira puama, Horny goat weed, Damiana, Withania dan Tribulus (Puncture vine). Pengambilan Ginseng boleh membantu meningkatkan aliran darah sekaligus menggalakkan ereksi yang lebih baik. Gingko pula mengendurkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah ke bahagian alat kelamin. Gabungan dengan herba lain juga didapati memberi kesan sinergistik ke atas kesihatan secara umum.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment