Peminat Setia Doktor Pakar

Thursday, June 25, 2009

Probiotik Tangani Sembelit Kanak-Kanak

SOALAN:
Bolehkah kanak-kanak berusia 4 tahun yang mengalami masalah sembelit diberikan probiotik? Apakah kemungkinan manfaat yang diperolehi dengan pengambilan probiotik di kalangan kanak-kanak?

JAWAPAN:
Probiotik kini semakin banyak dicadangkan oleh pakar perubatan kerana keselamatan dan keberkesanannya.

Antara yang tidak terkecuali adalah probiotik dari strain Lactobacillus acidophillus LA-5 yang telah dibuktikan dapat membantu penghadaman laktosa dan mengurangkan simptom alahan laktosa. Ia juga mampu merangsang dan memperkuat sistem imun badan kanak-kanak.

Mengikut kajian klinikal, probiotik dari strain Bifidobacterium lactis BB-12 juga mempunyai ketahanan terhadap jus hempedu dan asid asid yang tinggi, lalu membenarkannya mengkoloni saluran gastrousus.

Prebiotik pula merupakan makanan untuk probiotik. Prebiotik inulin dapat merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat di dalam usus, lalu meningkatkan penyerapan nutrien khasnya kalsium, dan memberi manfaat berterusan ke atas fungsi imun.

Tambahan pula, inulin merupakan serat makanan yang larut dan selamat untuk kanak-kanak.

Gabungan probiotik Bifidobacterium lactis BB-12 dan juga prebiotik boleh dijadikan pilihan untuk kanak-kanak dalam menangani gangguan sistem pencernaan seperti sembelit.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

1 comment:


  1. Artikel yang menarik mengenai kebaikan probiotik. Memang probiotik dapat memstabilkan koloni bakteria sihat di dalam usus dan membantu untuk melancarkan penghadaman. Selain itu, probiotik juga boleh menguatkan sistem imunisasi seseorang terhadap jangkitan kuman seperti demam selsema.

    ReplyDelete