Peminat Setia Doktor Pakar

Saturday, July 26, 2008

Probiotik Bermanfaat Untuk Sembelit

SOALAN:
Anak saya yang berusia 15 tahun sering mengalami sembelit. Untuk pengetahuan pihak tuan, dia tidak menyukai sayur-sayuran dan mempunyai saiz badan yang gempal.

Walaupun doktor menyarankan beliau meningkatkan pengambilan sayuran, namun agak sukar baginya mendisiplinkan diri memandangkan dia agak cerewet. Adakah suplemen sesuai untuk meringankan masalah anak saya ini?’


JAWAPAN:
Pengambilan serat yang mencukupi penting untuk mencegah dan melegakan sembelit, selain minum air dengan secukupnya.

Bijirin penuh, sayuran dan buah-buahan segar merupakan sumber yang kaya dengan serat. Betik, prun serta sayuran berdaun hijau seharusnya diambil dalam setiap hidangan anda sekeluarga kerana ia merupakan sumber semula jadi dalam memperbaiki sistem penghadaman.

Dari segi suplemen, anda boleh menyarankan pengambilan probiotik setiap hari. Probiotik membantu mengimbangkan mikroflora usus, memperbaiki masalah penghadaman serta merangsang sistem penghadaman yang lebih baik.

Strain (jenis) probiotik yang terbukti bermanfaat termasuklah dari strain Lactobacillus acidophilus NCFM. Probiotik perlu disimpan dalam keadaan sejuk untuk memastikan potensi dan keberkesanannya.

Mengikut kajian oleh seorang ahli mikrobiologi baru-baru ini, probiotik yang disimpan dalam suhu sejuk lebih stabil dan ini memberi kesan kepada keberkesanan probiotik itu sendiri.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment