Peminat Setia Doktor Pakar

Saturday, July 19, 2008

Penyakit Buah Pinggang Kronik


KEROSAKAN buah pinggang berlaku tanpa sebarang rasa sakit sehinggalah mencapai satu tahap yang teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.














Penyakit buah pinggang kronik menular secara beransur-ansur dan jika dikesan pada peringkat awal, masalah ini boleh dilengahkan dengan strategi rawatan yang sesuai dan pengubahsuaian gaya hidup.

Bayangkan suatu hari anda keluar dari bilik doktor selepas diberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan buah pinggang anda.

Anda mungkin tertanya-tanya dan berfikir kenapa anda tidak pernah terasa sakit atau tidak selesa sebelum ini.

Situasi seperti ini tidaklah luar biasa kerana penyakit buah pinggang biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal.

Mereka yang mengalami kemerosotan beransur-ansur dalam keupayaan buah pinggang mereka berfungsi secara normal dikatakan menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Turut dikenali sebagai kegagalan buah pinggang kronik, masalah ini disebabkan oleh kehilangan nefron buah pinggang yang secara normalnya berfungsi sebagai penapis.

Kerosakan nefron buah pinggang menjejaskan kesihatan seseorang kerana bahan buangan tubuh kekal dalam darah dan tidak disingkirkan bersama air kencing.

CKD mungkin dilihat seolah-olah berlaku secara tiba-tiba, tetapi sebenarnya kemerosotan buah pinggang sudahpun hadir buat beberapa lama tanpa disedari oleh pesakit sendiri.

Ini tidak menghairankan kerana tubuh badan manusia berupaya berfungsi secara berkesan dengan hanya satu buah pinggang.

Walaupun kebanyakan kita boleh dikatakan bernasib baik kerana dilahirkan dengan dua buah pinggang yang sihat, seseorang yang dilahirkan dengan sebuah buah pinggang masih boleh melalui hidup yang normal dan sihat.

Faktor yang membezakan CKD daripada penyakit buah pinggang akut adalah kadar kemerosotan buah pinggang.

Berbanding dengan penyakit buah pinggang akut, CKD berlaku dalam jangka masa yang panjang sedangkan penyakit buah pinggang akut menular dengan pantas.

Lazimnya, penyakit buah pinggang akut disebabkan oleh penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang, aliran darah atau air kencing yang mengalir keluar daripadanya.

Tahap keterukan CKD boleh ditentukan berdasarkan ukuran atau anggaran kadar penapisan glomerulus (GFR) pesakit.

Secara ringkasnya, GFR ditakrifkan sebagai kadar buah pinggang menapis bahan buangan dari tubuh badan dan sering dirujuk sebagai ‘fungsi buah pinggang’.

Peringkat CKD

Pada peringkat pertama dan kedua, simptom kemerosotan buah pinggang adalah minima. Namun begitu, masalah buah pinggang biasanya dikesan menerusi tekanan darah tinggi, tahap kreatinine (urea) yang tinggi dalam darah, kewujudan darah atau protein dalam air kencing, tanda kerosakan buah pinggang dan sejarah keluarga berpenyakit buah pinggang polisistik iaitu sejenis penyakit buah pinggang yang diwarisi.

Mereka yang disahkan menghidap CKD pada peringkat satu dan dua boleh melindungi kesihatan buah pinggang mereka serta fungsinya secara berkesan dengan mengekalkan tekanan darah pada tahap yang sewajarnya, mengambil makanan yang kurang mengandungi protein dan melakukan senaman secara tetap.

Apabila CKD menular ke peringkat tiga, seseorang boleh mengalami anemia atau penyakit tulang peringkat awal.

Rawatan perlulah diperoleh seawal yang mungkin untuk mengurangkan ketidakselesaan bagi pesakit dan komplikasi yang mungkin timbul kemudian.

Pesakit CKD pada peringkat empat dan lima memerlukan terapi penggantian renal untuk mengambil alih fungsi buah pinggang bagi terus hidup.

Pesakit boleh memilih sama ada untuk menjalani dialisis atau melakukan pemindahan organ apabila fungsi buah pinggang mereka terjejas dengan teruk.

Tahap kelima CKD juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRF) untuk menandakan keadaan buah pinggang yang tidak lagi berfungsi.

Malangnya, CKD merupakan proses yang tidak boleh dipulihkan yang menyebabkan kerosakan kekal kepada buah pinggang.

Namun begitu, pesakit buah pinggang masih boleh menaruh harapan kerana ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengesan penyakit pada peringkat awal supaya tahap penularannya boleh diperlahankan.

Pemeriksaan kesihatan berkala sangat penting kerana sebarang keabnormalan dalam darah, air kencing, atau tekanan darah boleh dikesan dengan mudah.

Walaupun bukan semua ciri abnormal merupakan petanda penyakit buah pinggang, langkah berjaga-jaga wajar diambil oleh individu terbabit.

Dengan pengesanan awal, strategi rawatan yang sesuai disertakan perubahan gaya hidup boleh memanjangkan fungsi buah pinggang pesakit dan melengahkan CKD.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my

7 comments:

  1. saya sering mengalami sakit di bahagian tulang belakang..dan sejak kebelakangan ni saya sentiasa lemah dan tidak bermaya...saya berumur 18 tahun...tekanan darah saya 180/80...adakah ianya normal?

    ReplyDelete
  2. saya perlu tahu bagaimanakah caranya seseorang yg mengidap sakit buah pinggang boleh mengurangkan demam atau selesema? ini kerana orang ini tidak boleh mengambil sembarangan ubat, jika beliau ambil sebagai contoh panadol, muka beliau akan menjadi bengkak.

    ReplyDelete
  3. Sekiranya,pesakit tidak ingin menerima rawatan selanjutnya..apakah ia akan memudaratkan sakit itu???

    ReplyDelete
  4. sesiapa yang di sahkan oleh doktor supaya menjalani rawatan homodialysis tangguh dulu cubalah dapat bantuan dari saya insyaallah selamat

    ReplyDelete
  5. sila kunjungi blog saya di www.pakarbuahpinggang.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam semua. Dr. soalan saya mengapa lengan adik saya mengalami bengkak di tempat suntikan jarum untuk dialisis buah pinggang. Dulu tempat suntikan di sebelah kiri membengkak juga. dan sekarang dipindahkan ke sebelah kanan tetapi membangkak juga dan masih boleh digunakan lagikah kedua-dua lengan untuk rawatan sekira tidak pada bahagian mana lagi. saya sangat risau dan kasihan melihat adik saya.

    ReplyDelete