Peminat Setia Doktor Pakar

Monday, March 28, 2011

Ibu bapa Harus Lebih Terbuka

Komunikasi merupakan faktor penting dalam memastikan hubungan di antara ibubapa dengan anak-anak berjalan dengan lancar. Ibu bapa perlu menjadi rakan dan sahabat karib kepada anak-anak mereka di samping mengetahui segala perilaku dan perkara yang berlaku kepada mereka. Kita lihat situasi dahulu dan sekarang amat berbeza kerana pada zaman dahulu menggunakan kaedah memukul anak-anak relevan untuk mengajar mereka, tetapi pada masa ini pendekatan secara bercakap dan berkomunikasi dengan mereka adalah lebih baik. Ibubapa perlu lebih prihatin dengan keadaan persekitaran anak-anak seperti sentiasa memantau dengan siapa mereka berkawan, terbuka untuk mendengar pendapat mereka dan sedia menjadi kawan mereka ketika mereka berada di dalam kesedihan dan kesusahan.

Salamiah Hassan, 60 tahun
Penyanyi

Keluarga adalah salah satu punca yang menyebabkan remaja hari ini melarikan diri dari rumah. Kebanyakan mereka yang terlibat dengan perkara tidak bermoral terdiri daripada kalangan keluarga yang bermasalah seperti ibubapa yang berpisah, masalah ekonomi dan sebagainya.

Selain itu, pemilihan rakan yang betul juga penting kerana mereka merupakan antara individu yang berpengaruh dalam kehidupan seharian anak-anak. Pendekatan kedua ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka melakukan aktiviti berfaedah seperti bersukan, bermain alat muzik boleh mengurangkan masalah ini.

Akmar Amrah, 50 tahun
Suri rumah

Keluarga dan rakan-rakan merupakan pendorong kepada peningkatan remaja lari daripada rumah. Remaja hari ini perlulah peka dan prihatin apabila memilih kawan. Kawan yang baik akan memberi faedah yang baik kepada mereka, tetapi kawan yang buruk akan mendatangkan masalah kepada mereka.

Latar belakang keluarga yang bermasalah seperti ibubapa yang bercerai, masalah ekonomi juga akan memberikan tekanan kepada kehidupan seharian anak-anak. Anak-anak yang tertekan akan melakukan perkara-perkara diluar kawalan mereka.

Ibu bapa juga berperanan memantau segala aktiviti anak-anak mereka termasuk latar belakang kawan-kawan mereka.

Johari Keria, 33 tahun
Pengawal Peribadi


Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment