Peminat Setia Doktor Pakar

Friday, September 12, 2008

Rawatan GERD


GERD mungkin menjadi lebih teruk atau menyumbang kepada asma, batuk yang kronik dan pulmanory fibrosis.


















Perunding kesihatan anda mungkin mencadangkan antasid yang boleh diperoleh di kaunter, ubat yang menghalang penghasilan asid atau ubat yang membantu otot mengosongkan perut anda. Anda boleh beli ubat-ubat ini tanpa preskripsi. Walaubagaimanapun, berjumpalah doktor anda sebelum mengambil atau menambah sesuatu ubat.

Antasid adalah ubat pertama yang selalu dicadangkan untuk mengurangkan rasa pedih hulu hati dan simptom-simptom GERD yang lain. Terdapat banyak jenama di pasaran yang menggunakan kombinasi tiga garam asas iaitu magnesium, kalsium dan aluminium bersama dengan ion-ion hidroksida atau bikarbonat untuk meneutralkan asid di dalam perut.

Walaubagaimanapun, antasid mempunyai beberapa kesan sampingan. Garam magnesium boleh mengakibatkan cirit-birit sementara garam aluminium boleh menyebabkan sembelit. Garam-garam aluminium dan magnesium sering digabungkan di dalam satu produk untuk mengimbangkan kesan-kesan tersebut.

Antasid kalsium karbonat juga merupakan sumber tambahan kalsium. Tetapi, ia juga boleh menyebabkan sembelit. Agen ‘foaming’ pula bertindak dengan melapisi kandungan perut anda dengan buih untuk menghalang refluks asid.

Penyekat H2 (H2 Antagonist) seperti cimetidine, famotidine, nizatidine, dan ranitidine boleh mengurangkan asid daripada terhasil. Ianya terdapat secara preskripsi dan juga di kaunter. Ubat-ubatan ini memberi kelegaan secara sementara dan hanya berkesan pada separuh daripada mereka yang mempunyai simptom-simptom GERD.

Perencat pam proton (Proton Pump Inhibitor) termasuklah omeprazole, lansoprazole, pantoprazole, rabeprazole dan esomeprazole boleh didapati secara preskripsi. Perencat pam proton adalah lebih berkesan daripada penyekat H2 dan ianya boleh mengurangkan simptom-simptom dan menyembuhkan keradangan lapisan esofagus (oesophagitis) yang dialami oleh pesakit yang menghidapi GERD.

Prokinetics membantu menguatkan sfinkter (pencerut) esofagus (LES) dan mengosongkan perut dengan lebih cepat. Ubat-ubatan ini termasuklah Itopride dan metoclopramide. Metoclopramide juga memulihkan pergerakan otot di dalam salur penghadaman.

Namun, Prokinetics kerap mempunyai kesan sampingan di mana ia akan mengehadkan keberkesanannya seperti rasa letih, mengantuk, runsing dan masalah dengan pergerakan fizikal. Disebabkan ubat-ubatan bertindak dalam cara yang berbeza, kombinasi ubat-ubat ini mungkin akan membantu mengawal simptom-simptom yang dialami oleh pesakit.

Bagi mereka yang mengalami rasa pedih hulu hati selepas makan, bolehlah mengambil kedua-dua antasid dan penyekat H2. Antasid akan mula bertindak untuk meneutralkan asid di dalam perut dan kemudian, penyekat H2 akan bertindak ke atas penghasilan asid.

Apabila antasid berhenti bertindak, penyekat H2 akan menghentikan asid daripada dihasilkan. Doktor anda merupakan sumber yang terbaik untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan ubat untuk GERD.

Pembedahan

Pembedahan merupakan satu pilihan apabila ubat dan perubahan yang dilakukan dalam cara kehidupan tidak membantu menangani simptom-simptom GERD. Pembedahan juga mungkin merupakan satu alternatif yang baik berbanding dengan ubat-ubatan dan ketidakselesaan yang dialami.

Fundoplication merupakan satu rawatan surgikal yang standard untuk GERD. Selalunya, prosedur khusus yang dikenali sebagai Nissen fundoplication akan dilakukan di mana bahagian atas perut akan dibalut di sekeliling LES untuk menguatkan sfinkter, menghalang refluks asid dan membaiki hernia hiatal.

Nissen fundoplication boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskopi, satu instrumen yang dimasukkan melalui insisi kecil di dalam abdomen. Kemudian, doktor akan menggunakan alat-alat kecil yang memegang kamera untuk melihat kawasan abdomen dan pelvis.

Apabila dilakukan oleh pakar bedah berpengalaman, laparoscopic fundoplication adalah selamat dan efektif untuk semua orang termasuklah kanak-kanak. Prosedur ini dilaporkan mempunyai keputusan sama seperti fundoplication yang biasa, dan pesakit boleh meninggalkan hospital dalam masa satu hingga tiga hari dan kembali bekerja seperti biasa dalam masa dua ke tiga minggu.

Teknik-teknik endoskopi yang terkini masih boleh dianggap percubaan digunakan untuk merawat rasa pedih hulu hati yang kronik. Teknik-teknik ini memerlukan penggunaan endoskop untuk melakukan pembedahan anti-refluks.

Komplikasi Jangka Panjang

Jika dibiarkan GERD yang kronik tidak dirawat, ia akan mengakibatkan komplikasi yang serius. Inflamasi di esofagus dari perut yang mengalami refluks asid perut akan merosakkan lapisan tisu dan menyebabkan pendarahan atau ulser (esofagitis). Parut dari tisu-tisu yang rosak akan menyebabkan striktur (penyempitan esofagus) yang akan menyebabkan kesukaran menelan.

Sesetengah orang akan mengalami esofagus Barret, di mana sel-sel di dalam lapisan tisu esofagus akan berubah rupa dan warna. Setelah beberapa lama, sel-sel ini akan menyebabkan kanser esofagus yang kerap mendatangkan maut.

Mereka yang mengalami GERD dan komplikasinya haruslah dipantau secara berhati-hati oleh pakar bedah. Di Malaysia, statistik GERD, seperti juga penyakit lain tidak diketahui dengan tepat.

Kajian menunjukkan bahawa GERD mungkin akan menjadi lebih teruk atau menyumbang kepada asma (lelah), batuk yang kronik dan pulmanory fibrosis.


Ditulis oleh:
Dr Abdul Hamid Mat Sain
Pakar Bedah,
ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

25 comments:

  1. rozaini_sejati@sejati.coopJune 24, 2011 at 12:07 PM

    Salam Dr Abdul Hamid..
    Saya zaini. Saya mempunyai masalah Gerd semenjak bulan 02/2011 tapi sebelum itu saya hanya banyak sendawa. Semasa bulan 02/2011 saya dimasukkan ke hospital disebabkan saya sesak nafas, tapi selepas buat pemeriksaan ECG dan darah saya tidak mempunyai masalah dan dikeluarkan hospital. saya kerap sesak nafas, pening, tangan lembap, muntah selepas makan (kuantiti kecil tapi berulang 3-4 kali). Doktor klinik panel saya menyarakan saya membuat pemeriksaan di Pakar damansara dan keputusannya GERD. jadi buat masa sekarang Doc hanya memberikan saya controlloc. sekarang saya cuma kembung perut kadang2 dan sesak nafas tapi tidah seperti sebelum ini.. ape yg perlu saya lakukan doc untuk mmpercepatkan penyembuhan masalah saya ini?? dan ada ikhtiar lain ke??

    ReplyDelete
  2. rozaini.hosni@sejati.coopJune 24, 2011 at 12:09 PM

    pembetulan email saya dari zaini

    ReplyDelete
  3. Salam Dr. Abdul Hamid,

    Isteri saya telah mengalami GERD selama kurang lebih 15 tahun. Sepanjang tempoh itu dia telah menjalani OGDS ratusan kali dan doktor pakar di salah satu hospital pakar di KL mendapati hakisan di bahagian esophagusnya. Juga di dapati ada jangkitan helicobacter pylori sebanyak tiga atau empat kali. Di setiap kali dia di beri makan antibiotik (kombinasi dua jenis antibiotik di ambil selama satu minggu hingga sepuluh hari. Alhamdulillah hp berjaya di basmi di setiap episod.
    Masalahnya ia lah, oleh kerana menghidap GERD, isteri saya tidak bebas untuk makan kerana jika silap makan ia akan merasa kesakitan berhari hari lamanya. Dia kerap masuk wad untuk menjalani rawatan dengan kos yang banyak. Walau pun dia mengambil proton inhibitors dan antacid, reflux tetap berlaku. Boleh dikatakan saban hari dia merasa pedih hulu hati yang teruk.Ini menyebabkan dia terpaksa menambil ubat tahan sakit secara suntikan.
    Saya selalu melayari internet dan terbaca/terjumpa artikel berhubung nissen fundoplication. Ada yang memuji kaedah tersebut kerana telah berjaya membebaskan mereka dari penyakit sakit pedih hulu hati yang serius. tidak kurang pula yang berkata bahawa kaedah nfp yang menyebabkan penderitaan yang lagi teruk. ada yang mengadu kesukaran menelan, walau pun cuma minum air; ada yang mengadu kembung perut yang lagi teruk. pendek kata kaedah nfp memberi lebuh kesengsaraan.
    Soalan saya adalah, adakah nissen fundoplication benar-benar satu kaedah rawatan untuk GERD yang akan mengembalikan cara hidup yang normal bagi seseorang yang megidap GERD teruk. Adakah kaedah ini betul-betul berhasil.
    Adakah rawatan berkaedah nissen fundoplication boleh di dapati di Malaysia? Jika ada, di mana, dan berapakah kosnya?
    Di harap Tuan Doktor boleh membantu. sekian, Yusuf. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes your wife same ngan my wife...mkn lah ubat ape pun, mslh tetap same...Tetap sakit, tetap kene sesak nafas. I pun dah buntu tak tau mcm mane nak buat. Doc just bg ubat suh mkn berbulan2, tp mslh tetap same my wife masih lg belum sembuh. Kdg2 i jadi sgt sedih bile tgk my wife suffer menahan sakit dan sukar utk bernafas. Sekrg ni i cuma mampu berserah pada Allah dan berharap agar penyakit gerd yg my wife hadapi sejak bertahun2 ni akn sembuh.

      Delete
    2. ada kaedah yg trbaru slmt dr Nissen ni.. rwtn stretta.. the only one ade kt kpj sabah.. bkn pmbedahan.. dia mngetatkn less atau hiatal hernia.. supaya mngurangkn asid reflux... Dr pakar stretta ni ade dua kt Malaysia.. hanya d sabah stakat ni.. teknologi dr US.. boleh tgk youtube... atau add kt fb stretta treatment for gerd.. grupat salih.. ade yg kmbali normal.. tdk ada risiko yg merbahaya...

      Delete
    3. ada kaedah yg trbaru slmt dr Nissen ni.. rwtn stretta.. the only one ade kt kpj sabah.. bkn pmbedahan.. dia mngetatkn less atau hiatal hernia.. supaya mngurangkn asid reflux... Dr pakar stretta ni ade dua kt Malaysia.. hanya d sabah stakat ni.. teknologi dr US.. boleh tgk youtube... atau add kt fb stretta treatment for gerd.. grupat salih.. ade yg kmbali normal.. tdk ada risiko yg merbahaya...

      Delete
    4. ada kaedah yg trbaru slmt dr Nissen ni.. rwtn stretta.. the only one ade kt kpj sabah.. bkn pmbedahan.. dia mngetatkn less atau hiatal hernia.. supaya mngurangkn asid reflux... Dr pakar stretta ni ade dua kt Malaysia.. hanya d sabah stakat ni.. teknologi dr US.. boleh tgk youtube... atau add kt fb stretta treatment for gerd.. grupat salih.. ade yg kmbali normal.. tdk ada risiko yg merbahaya...

      Delete
  4. Assalamualaikum dr.

    Seingat saya, sewaktu mengandung saya sering mengalami pedih ulu hati , namun ia berakhir selepas melahirkan. sekarang sya mengalami pedih ulu hati walaupun sy tidak mengandung.Pd awalnya sy fikir kerana sy terlewat makan.hari pertama saya tahankan sahaja rasa terbakar, x selesa dan sendawa yang kerap tersebut dengan harapan ia akan hilang kerana sy telah pun mengambil makanan.Walaupun ada rasa ingin termuntah saya tahankan saja. masuk hari ke 2 sy agak kerisauan krn kebiasaanya rasa pedih ulu hati itu kan hilang tetapi kali ini ia menjadi semakin sakit dan akhirnya sy termuntah. muntah sy berserta dgn darah.pada awalnya darah kecoklatan seperti darah beku yang telah lama tetapi akhirnya muntah sy menjadi muntah darah yg banyak. rasa sakit pebih ulu hati tersebut berkurangan selepas saya termuntah.soalan saya apakah sakit pedih ulu hati akan memuntahkan darah atw ia adalah simptom bg penyakit lain.Bolehkah saya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atw perlu ke klinik specialist untuk mendapatkan rawatan yg berkaitan dgn GERD.
    Diharapkan tuan doktor dapat memberikan pandangan ,nasihat dan cadangan tindaka yang boleh saya ambil.

    Terima kasih.
    Rozy
    Assalamualaikum..


    ReplyDelete
    Replies
    1. asalamu'alaikum,
      selama ini saya mempunyai sakit mag yg lumayan sudah lama juga, akhir'' ini saya merasakan badan sya begitu lemah dan di ulu hati serasa sakit bget, kadang agak sesak nafas juga,
      apakah yang saya alami ini termasuk gerd.

      Delete
  5. Salam sejahtera dokter.saya ada soalan sebab saya juga menghadapi masalah GERD .apakah sangat menyakitkan cara proses pemeriksaan endoscopi terhadap pesakit? terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam, saya adalah pesakit gerd. Selalu kembung perut, pedih hati ...tak payah nak kata. Terlalu pedih dan susah nak makan walaupun hanya nasi putih sahaja.
    Kehidupan harian begitu susah kerana saya suka makan. Tetapi selepas mengidapi Gerd, kebanyakkan makanan tak dapat makan. Saya terpaksa makan ubat yang diberi oleh doktor selama 15 tahun. Omecprazo,controloc dan kini nexium. Sekiranya saya stop ubat ini....saya tidak dapat makan walaupun nasi putih sekali pun. Kehidupan saya sungguh menyakitkan sekiranya tiada ubat. Kini saya bergantung pada ubat sahaja. Pernah stop ubat. Sehari sahaja...sakit datang lagi. Apa saya patut buat? Any advice?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rawatan stretta.. add sye.. 0186601658

      Delete
    2. sy try call cik neesha sweet utk rawatan stretta. tapi tak dapat pun nombor tu

      Delete
    3. Join Group ini di FB. Mereka mengamalkan sistem berpantang (berpantang beberapa jenis makanan) dan hanya mengambil suppliment tertentu. insyaAllah ada yang sudah sembuh.

      https://www.facebook.com/groups/GastrikAsidrefluk/

      Delete
  7. Salam.saya juga masih mengidap gastrik kronik @ gerd.masih berusaha berikhtiar utk sembuhkan penyakit yg dh dihidapi 2 thn lebih ni.jika ada sesiapa berminat utk menyertai group wassap penyakit gastrik @ gerd ni boleh lah wassap saya di nombor 0138475678.terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Salam.saya juga masih mengidap gastrik kronik @ gerd.masih berusaha berikhtiar utk sembuhkan penyakit yg dh dihidapi 10 thn lebih ni.jika ada sesiapa berminat utk menyertai group wassap penyakit gastrik @ gerd ni boleh lah wassap saya di nombor 0104657384.terima kasih.

    Reply

    ReplyDelete
  9. Join Group ini di FB. Mereka mengamalkan sistem berpantang (berpantang beberapa jenis makanan) dan hanya mengambil suppliment tertentu. insyaAllah ada yang sudah sembuh.

    https://www.facebook.com/groups/GastrikAsidrefluk/

    ReplyDelete
  10. Ada doktor ke dlm ni..tgok org dok citer msalah spatah haram ape pn x reti nk balas

    ReplyDelete
  11. Kaedah Perawatan Batin Pak Habib ini ialah merawat semua jenis penyakit termasuklah kanser, stroke, gout, artritis,rheumatic, asid urik berlebihan, kencing manis , darah tinggi, jantung, sakit saraf, vertigo, penyakit kulit, eczema, tumor, lmbt dpt anak, kayap, asma, kurap, resdong, hepatitis, HIV, gerd, gastrik, bisa bisa badan dll penyakit fizikal (modern) atau penyakit berpunca dari gangguan (batin) dan juga masalah tenaga batin cara syifa syariyyah.
    (Maaf perawatan ini tiada sentuhan ke atas anggota pesakit wanita, mohon pesakit wanita memakai stokin dan diminta dtg bersama suami atau muhrim).

    BILA HARI/WAKTU RAWATAN DAN BRG PERLU DIBAWA ?

    Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sahaja (kecuali jika diberitahu) waktu dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

    1.Bawalah telur ayam satu papan bg satu pesakit ataupun boleh bawa je duit RM20 (untuk disumbangkan kpd pusat tahfiz bkn utk dimakan atau diguna oleh perawat atau pesakit)
    2. Bayaran Minyak penawar syifa Morha RM120 (satu set) yg diruqyah oleh tokwan untuk satu pesakit (Syifa Morha ini utk kegunaan pesakit dan lebihannya disumbangkan dana utk pusat tahfiz)
    3. Sebotol air mineral 5 atau 10 liter tutup hijau/biru sebaiknya botol besar bg satu pesakit (pastikan air mineral tulin bkn air minuman atau RO atau air suling di rumah utk kegunaan pesakit)
    4. Jangan lupa bawa earphone utk digunakan semasa
    5. Jika ada kencing manis/diabetik sila bawa 100gm serbuk kayu manis yg orgnl jenis Ceylon. Sebelum beli pastikan serbuknya tidak gelap kemerahan, cuba rasa dgn lidah jika manis berlemak, rasanya tidak menggigit lidah, langsung tidak pedas itulah namanya Ceylon. Kalau rasa pedas jgn beli sbb itu merbahaya kpd hati. Jika masih tk jumpa dtg je boleh dptkn drpd TokWan dgn harga RM15 utk tiga botol. Perlu diingatkn ya, pesakit kencing manis juga perlukan satu set tmbhn Syifa Morha utk diadun bersama Serbuk Kayu Manis Ceylon.

    6. Jika ada batu karang sila bawa buah delima masak lima biji, nanas spruh masak tiga biji dan tembikai isi kuning tiga biji.

    7. Jika menghidapi kanser bawa bersama daun tua durian belanda (pokok yg dah berbuah dipetik sendiri sblm kul 11 pagi) sebanyak 17 helai , dptkn ibu kunyit 7 biji dan pulur nanas Sarawak 3 biji.
    8. Bagi kes gout, bawa nanas separuh masak tiga biji, buah keras 7 biji, dan lobak putih 7 biji.
    9. Bagi kes stroke dan kencing manis dicdg ambil dua set Syifa Morha dan tmbh upah urut lah sikit sebab ia guna tenaga bkn stkt bacaan ruqyah semata mata.
    10. Bagi kes sakit buah pinggang sila bawa barli anggaran 200gm dan buah zaitun 200gm serta lobak putih 3 biji
    11. Jika ada masalah gastrik,pedih ulu hati atau gerd bawa bersama biji barli 100gm, sengkuang cina 5 biji dan sebotol soda bikarbonat (biasa buat kueh)
    12. Jika perlukan rwtn tenaga batin klu ada sila bawa daun jarak 15 helai dan limau 7 biji (cuba dptkn sbb jika ada lagi bgus) Rawatan tenaga batin hnya dibuat pada waktu malam shj.
    Sediakan upah tenaga urut batin RM50 dan byrn minyak superpower batin RM60 sebotol sebaiknya dua botol utk dpt kesan maksima ( urutan batin sila bawa kain pelikat yg dah guna)
    13. Tidak ada byrn pengeras atau byrn ikhlas hati kpd perawat. Sumbangan dan byrn syifa morha itu sudah memadai utk jariah kpd pusat tahfiz.
    14. Kaedah TokWan ini TIDAK MENGGUNAKAN bantuan jin atau sihir atau alin telur dan alih penyakit pada binatang seperti yg diviralkan sebab kaedah ini 100% cukup dgn kaedah ruqyah dan ayat ayat syifa.

    BAGAIMANA NAK PERGI KE TEMPAT TOK WAN?

    Sila cari Bomba Bukit Katil Melaka dahulu dalam google maps, kenalpasti laluan ke tempat TokWan di Jalan SI 25. Selepas kenal pasti lokasi barulah boleh bergerak menuju destinasi.Anda parkinglah di kawasan padang hadapan Tabika Kemas Taman Saujana Indah.
    Mohon pastikan arah lokasi ni betul2 jgn tersalah alamat ke Taman Indah lagi.

    Sila wasap utk dapatkn temujanji dgn klik pada www.wasap.my/60172460967

    ReplyDelete