Peminat Setia Doktor Pakar

Saturday, May 30, 2009

Silybin Menyokong Kesihatan Hati

SOALAN:
Saya diberitahu pengambilan kombinasi vitamin B baik untuk hati. Memandangkan saya pernah mengalami masalah hati, saya turut dicadangkan mengambil produk herba yang mengandungi silymarin untuk menyokong kesihatan hati. Bagaimana ia boleh membantu dan bolehkah ia diambil bersama dengan vitamin B?


JAWAPAN:
Silymarin merupakan kompaun aktif yang terkandung dalam herba milk thistle. Herba ini telah lama digunakan sebagai rawatan tradisional untuk menangani masalah hati, dan untuk itu ia juga dikenali sebagai tonik hati (liver tonic).

Sekiranya anda pernah disahkan mengalami masalah hati, pengambilan silymarin yang berkepekatan tinggi dicadangkan untuk memperolehi kesan terapeutiknya.

Silymarin itu sendiri mengandungi empat komponen, namun silybin didapati paling aktif dan memberi kesan yang lebih baik. Silybin juga mempunyai kesan tindakan antioksida dan melindungi hati.

Silybin dianggap penting kepada kesihatan hati kerana ia didapati menstabilkan membran sel dan dengan itu membantu mencegah bahan kimia berbahaya daripada memasuki sel-sel serta menyingkirkan toksin dari dalam sel sebelum kerosakan berlaku.

Selain itu, silybin juga bertindak sebagai penentang radikal bebas, meningkatkan aktiviti superoxide dismutase dan glutation peroksidase dalam sel tubuh manusia.

Glutation merupakan enzim antioksida utama tubuh yang memperbaiki menyahtoksik hati dengan melekat pada toksin dan meneutralkan kesan-kesan kerosakannya.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

1 comment:

  1. salam Dr.

    Saya ada mengalami kebas2 tangan sebelah kiri. Selepas dignosis, didapati ada sedkit kerosakan disk dibhg. tengkuk saya. saya diberikan ubat MECOMIN iaitu mengandungi VITAMIN B12. Selepas 4 bulan saya masih lagi memakannya. Persoalan saya adakah B12 ini penyumbang kepada kegemukan? kerana selepas saya memakannya, berat badan saya naik dengan mendadak iaitu dari 78 kepada 85 kg sekarang.

    Satu lagi saya harap doktor dapat menerangkan sedikit tentang penyakit DVT, kerana saya seorang pengidap DVT.

    Sekian Terima kasih.

    ReplyDelete