Peminat Setia Doktor Pakar

Friday, June 20, 2008

Klavikel Patah Akibat Kemalangan

SOALAN:
Doktor, saya ingin meminta pendapat doktor. Baru-baru ini saya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Doktor yang merawat mengesahkan saya telah patah tulang iaitu structure clarical.

Adakah potensi tulang tersebut boleh bercantum atau pun tidak? Kini saya hanya mengamalkan minum susu dan makan buah limau untuk proses pencantuman tulang saya itu.

Sakura


JAWAPAN:
Tulang klavikel berpotensi untuk bercantum semula secara semulajadi dan selalunya memakan masa antara empat hingga enam minggu untuk pulih.

Ini berlaku dengan lebih pantas lagi bagi kanak-kanak dan bayi yang mengambil masa antara dua hingga tiga minggu sahaja.

Akan tetapi, satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat sehingga 30 peratus kepatahan tulang klavikel di tahap pertengahan tulang tersebut atau ‘midshaft’ tidak dapat bersambung semula dan memerlukan rawatan lanjut, termasuk pembedahan.

Dalam soal pemakanan, untuk penyembuhan tulang, adalah penting pemakanan dijaga kerana ianya sedikit sebanyak mempengaruhi kadar penyembuhan tulang untuk bercantum semula.

Bagaimanapun, sekiranya tulang klavikel tidak bersambung semula atau keadaan yang dinamakan ‘non-union’ berlaku, ianya juga bukan berlaku akibat pemakanan sepenuhnya.

Non-union atau ketidaksambungan tulang yang patah mungkin juga berlaku akibat faktor-faktor tertentu seperti ciri kepatahan (tulang berselisih jauh), bekalan salur darah kepada tulang yang patah terganggu, atau terdapat jangkitan kuman kepada tulang tersebut.

Amalan pemakanan sihat seperti susu dan vitamin C dalam oren secara keseluruhannya merupakan satu amalan yang baik dan perlu diteruskan walaupun tiada mengalami kepatahan.


Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my

1 comment:

  1. sy terlibat dgn kemalangan akibatkan tulang klavikel sy patah..tulangnya terjongket dan rasa sakit..tgn kiri juga sakit dan pedih..tulang belakang sakit..kaki kanan rasa tertekan sedikit jd rasa sakit di tapak dan lutut..sy risau nanti ia lebih teruk jika banyak berjalan..adakah ia akibat drpd tulang klavikel patah?cmna sy nk baikpulih kpd asal sblm kemalangan?

    ReplyDelete