Peminat Setia Doktor Pakar

Saturday, February 09, 2008

Dr Hamid Arshat

Dato' Dr. Hamid Arshat antara pakar sakit puan melayu yang terawal sekali muncul di persada perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan orang-ramai untuk masalah kesuburan. Doktor yang sempat saya berkenalan rapat ini seorang yang peramah bersama pesakitnya, bersifat sangat penyabar, tetapi berperibadian tegas dan berprinsip.

Bermula mendapat pendidikan asas di Johor dan kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau , memperolehi MBBS di situ. Seterusnya pada tahun 1976 beliau mendapat MRCOG dari London diikuti FRCOG dari London juga pada tahun 1987. Dari situ berputiklah satu karier yang sungguh menarik yang beliau perolehi sepanjang kerjaya hidupnya menjadi seorang doktor pakar sakit puan.

Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor di Universiti yang sama. seterusnya beliau dilantik menjadi Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Akhirnya beliau menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara. Setelah itu beliau membuka satu klinik pakar khas, sebagai seorang konsultan untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk perkhidmatannya khusus untuk masalah ketidaksuburan dan masalah sakit puan. Beliau sendiri adalah seorang ketua keluarga yang bahagia bersama isterinya Toh Puan Maimon, dikurniakan lima orang cahaya-mata rumah-tangga mereka dan tiga orang cucu yang beliau sambut sendiri ke dunia ini. Suasana rumahnya tidak pernah sepi dari disulami ketawa gurau senda anak-anak kecil, remaja mahupun yang dewasa.

3 comments:

  1. saya ingin mengajukan soalan. saya 25thn, dah berumahtangga,mempunyai seorang cahaya mata berusia setahun. masalah saya bermula sejak saya tamat tempoh berpantang, bahagian kulit sekitar kemaluan saya berubah menjadi gelap. tiak lama selepas itu, kulit mula terasa gatal. setelah merujuk pada doktor d klinik swasta, saya diberikan ubat bagi penyakit keputihan akibat kulat. tetapi kesan ubat itu hanya bertahan selama lebih kurang sebulan sahaja. dalam kurang setahun, saya sudah menerima rawatan yang sama, dan hasilnya juga sama. saya merasa pelik, kenapa ianya berulang lagi? apakah puncanya? kenapa rasa gatal itu merebak hingga ke bahagian dubur saya sehingga saya sukar untuk duduk dengan selesa!?pls reply me as soon as possible, dan apakah caranya untuk mengubati penyakit ini agar ianya tidak berulang lagi......my email diluteGIRL@Gmail.com.my

    ReplyDelete
  2. sy pernah hamil..apa risiko keguguran dua kali dan tidak pernah cuci rahim kat klinik atau hospital?sebenarnya saya x tau sy keguguran dua kali atau skali saja...sbb ptama kali sy kegugran keluar satu benda yg kental seperti hati ayam.tp sy tak ada pula cuci rahim..mungkin bg sy masa tu benda ni tak penting....selepas sebulan,saya ingatkan saya hamil lagi,kemudian saya mengalami pendarahan yang sy sangka sy skali lg keguguran..tp x ada pulak benda keluar mcm hati ayam tu...pd pendapat doktor,adakah sy mengalami keguguran sbnyak dua kali?
    kemudian saya mengalami keputihan yang luarbiasa...bendalir keluar dr kemaluan saya berwarna hijau dan berbau busuk...lepas tu timbul kerisauan d hati sy lalu sy rujuk kat hospital,doktor tu bt apoiment ngan saya selepas pemeriksaan pertama dia tak jalankan proses cuci rahim kat saya,sy sndiri tak tahu kenapa...dan bila kita da buat apoinment tu saya pulak da berpindah kat tempat yang jauh dr hospital tu...so,sy batalkan hasrat sy utk buat pemeriksaan..lepas tu kawan suggest sy guna sejenis pantyliner mengandungi herba iaitu bio sanitary pad produk keluaran avail utk d pakai hari2 dan saya try je la...skg bendalir hijau tu dah tak ada cuma keputihan.sy cuma nak tahu apa risiko yang akan saya hadapi nanti...dan berapakah peratusan saya untuk dapat hamil lg...ataupun tak dpt hamil sama skali....bantu sy..dan pd pendapat doktor,apa langkah2 yng perlu sy buat agar saya dpt hamil lg?

    ReplyDelete
  3. G6PD TU APA DOC..?
    TIMA KASIH.
    -

    ReplyDelete