Peminat Setia Doktor Pakar

Tuesday, October 06, 2009

Cabaran Jantung Sihat Dengan Oats

Anda ingin menjaga kesihatan jantung anda? Jom makan bijirin Oats. Amalkan pengambilan 70 gram oats (10 sudu besar) setiap sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat anda yang berdiet rendah lemak, rendah kolesterol terbukti boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam masa 30 hari.

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan oat yang kerap membantu mengurangkan kolesterol. Oat kaya dengan Serat Larut (Beta Glucan) yang bertindak sebagai span kecil untuk menyerap dan mengyingkirkan kolesterol tidak sihat dari badan, justeru memelihara jantung yang sihat.

Anda juga boleh mengubahsuai penyediaan oat mengikut kreativiti anda supaya lebih digemari oleh anak-anak seperti menyalut oat dengan ikan atau ayam goreng, boleh juga dibuat biskut, terdapat pelbagai resepi oat yang boleh anda cuba.

Cabar diri anda dengan memakan Bijiran Oats selama 30 hari dan lihat hasilnya.


Hidup Sihat Dengan EFT (Teknik Kebebasan Emosi)

2 comments:

  1. Bagus juga cabaran oat, saya pasti sahut cabaran ini. Entah dah berapa kilo "lemak jahat" kat jantung dan saluran darah.

    ReplyDelete
  2. tq atas info ini..
    sy selalu campurkan oat kedalam masakan berasaskan tepung seperti cucur udang,bilis,bwng,
    dan lempeng oat diuli dengan miynk bunga matahari..cubalah..

    ReplyDelete