Kanser kolorektal atau kanser yang menyerang usus besar dan rektum  dikatakan cepat merebak ke bahagian lain sebelum merosakkannya.
Walaupun punca kanser ini belum dikenal pasti, namun satu analisis  terbaharu menunjukkan pola makan tertentu dapat mengurangkan risiko  penyakit ini.
Menurut laporan dalam Jurnal Klinikal Onkologi, pola pemakanan yang  tinggi dengan vitamin D boleh menurunkan risiko kanser usus sehingga 33  peratus.
Dalam 18 kajian melibatkan lebih daripada 10,000 orang mendapati,  mereka yang mengambil vitamin D lebih tinggi, lebih rendah risiko untuk  mendapat penyakit tersebut.
Namun, Dr. Huanlong Qin dan rakannya dari The Sixth People Hospital  dan Universiti Jiao Tong Shanghai, China, mengatakan penemuan tersebut  belum dapat disahkan lagi kerana belum banyak kajian yang menganalisis  hubungan antara vitamin D dengan kanser usus dijalankan.
EKSTRA: Selain boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, menarik nafas  panjang juga boleh mengurangkan rasa sakit, menjauhi perasaan gugup dan  melegakan perut.
Dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/
salam Dr mcm mana naK mengatasi masalah sembelit... pengerakan najis saya lambat
ReplyDeletemohdnorhairie89@gmail.com
0174621559