Peminat Setia Doktor Pakar

Thursday, November 24, 2011

Apa Itu Selaput Dara?

SOALAN:
Doktor, saya seorang ibu, ingin bertanya suatu perkara yang sungguh merunsingkan saya. Saya ternampak kemaluan anak perempuan saya yang baru berusia sembilan bulan. Sebelum ini lubang atau pun ‘selaput dara’ anak saya kecil tetapi baru-baru ini, saya nampak sudah semakin besar. 

Macam-macam perkara buruk bermain di fikiran saya. Adakah ia disebabkan anak saya telah dicabul oleh orang lain? 

Atau apakah ia sesuatu yang normal dalam tumbesaran seorang anak perempuan? Saya bimbang suami mencabul anak saya atau mungkinkah selaput dara anak saya terkoyak dengan sendirinya? Apakah kesan buruk yang boleh terjadi terhadap anak kecil saya itu? Saya berharap doktor dapat memberikan maklum balas secepat mungkin sebelum saya berbuat sesuatu.


Ibu Delima. 

JAWAPAN:
Puan Delima, terima kasih di atas soalan yang diutarakan pada minggu ini. Sebagai seorang ibu yang prihatin, saya dapat memahami dan bersimpati dengan kerisauan puan. Untuk pengetahuan Puan, selaput dara atau yang sering dikenal dengan sebutan ‘hymen’ adalah suatu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu kemaluan (introitus vagina). Pada kebiasaannya berbentuk bulat sebagaimana bentuk liang faraj, tetapi ada juga yang seperti bulan sabit (bentuk semilunar), bahkan ada yang mempunyai septum (pemisah). Lubang selaput dara yang masih utuh (tidak terkoyak) umumnya hanya dilalui oleh jari kelengkeng. Pada bayi, kondisi selaput dara cenderung besar dan tebal. Tetapi semakin bayi itu membesar, jaringan selaput dara akan menipis, lebar dan terbuka.

Namun begitu, terdapat juga segelintir wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Tisu ini pula terdapat dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang nipis, ada juga yang tebal dan menutupi keseluruhan lubang faraj hingga menyukarkan pengeluaran darah haid. Dalam situasi ini ada kalanya bantuan pakar perubatan diperlukan bagi membuat pembukaan (incision) untuk mengalirkan darah haid. Lazimnya ia hanya terkoyak semasa kemasukan zakar yang tegang semasa persetubuhan. Bagaimanapun, strukturnya boleh tercedera akibat senaman ataupun aktiviti lasak. Oleh yang demikian, wujud atau tidak selaput dara bukan ukuran tepat bagi menentukan kegadisan seseorang wanita.

Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, apatah lagi jika telah melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Suatu hal yang patut diketahui ialah bahawa selaput dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan.

Terdapat pelbagai bentuk selaput dara. Ada yang seperti kelopak bunga, ada yang seperti cincin, ada yang berlubang dua, ada yang berlubang banyak dan malah ada wanita yang memang tidak ada selaput dara sejak dilahirkan. Sekiranya selaput dara telah terkoyak, iaitu kerana jimak atau tercedera akibat terjatuh dan sebagainya, selaput dara itu masih ada tetapi tidak lagi utuh atau mungkin ia bertaut kembali. Namun begitu jika seorang wanita telah melahirkan anak maka selaput daranya akan hilang.

Mengambil pemikiran positif dan bersangka baik terutama terhadap pasangan hidup dan ahli keluarga adalah jalan terbaik dalam membesarkan anak-anak. Mungkin ia sebahagian daripada perubahan normal setelah bayi perempuan anda membesar. Bagaimanapun, langkah berhati-hati perlu diambil dan usul periksa sebelum mengambil tindakan. Implikasi tindakan seseorang mungkin akan menghambat kehidupan pada masa depan. Saya sarankan puan membawa anak puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan pengesahan.

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/

1 comment:

  1. saya seorang ibu mempunyai seorang anak yang berusia setahun setengah,anak saya menghadapi masalah pintu faraj ank saya masih belum terbuka.semasa anak saya berusia 9 bulan saya telah sunatkan anak saya di sebuah klinik swasta doktor tersebut telah beritahu saya pintu faraj anak saya masih belum terbuka dan beliau telah memberi krim sapu dan smpai sekarang masih belum terbuka, disini saya ingin bertanya doktor umur berapakah sepatutnya pembedahan dilakukan untuk buka pintu faraj anak saya. Saya dalam delima dan risau dengan keadaan anak saya yang makin membesar. anak saya seorang yang aktif dan sihat

    ReplyDelete