Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan   mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang   menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat   15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009.
“Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu   kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit   selepas penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas   mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di   sini semalam.
Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda,   pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan   pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres   di sekolah sepanjang tahun ini.
Dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment